Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tajaan untuk 57 imam dan 54 pengerusi JKKK itu bertujuan menghargai jasa, peranan serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara.
Menurut beliau, sudah menjadi hasratnya sejak memegang jawatan nombor satu negara untuk melaksanakan program tersebut dan bersyukur kerana ia dapat disempurnakan mengikut kemampuan kerajaan.
”Untuk memartabatkan kedudukan dan kebajikan imam-imam serta ketua kampung, langkah yang kerajaan ambil ialah dengan menaikkan elaun imam dan pengerusi JKKK supaya tidak berada di paras kemiskinan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran mengerjakan haji anjuran Yayasan 1MDB di Sri Perdana, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berhasrat menjadikan skim tersebut sebagai program tahunan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima.
”Semasa di Padang Arafah nanti tolong doa untuk negara supaya Malaysia terus aman, makmur dan rakyat mendapat rahmat dari Allah SWT.
”Saya juga berharap agar bakal-bakal haji ini dapat mengerjakan ibadat dalam keadaan yang sempurna dan dianugerahkan haji mabrur di tanah suci,” katanya.
Pada majlis tersebut, Najib turut mengumumkan pemberian RM1,000 sebagai wang saku kepada semua bakal haji berkenaan.
Kos menunaikan fardu haji tahun ini ialah RM9,980 dan program tajaan itu adalah pertama kali dianjurkan oleh 1MDB.
Sumber : Utusan
Semoga Haji Mabrur kepada Perdana Menteri yang turut diiringi isteri dan disertai Bonda beliau dan adiknya Datuk Nazim. Selain itu MB Perak Dr Zambry Abd Kadir juga turut menyertai rombongan haji Perdana Menteri.
4 comments:
DIHARAP DATUK SERI SEHAT KETIKA MENUNAIKAN RUKUN KE 5- AMIN AMIN YARABULALMIN
SEMPANGP
ibadat haji yang diterima (mabrur) adalah hasil dari keabdian yang suci kepada Allah SWT. Kesannya para hujjaj yang kembali selepas ibadat haji akan lebih baik amalan & akhlaknya.
Realitinya ramai pak2 haji kita selepas tunai haji berkali-kali... tapi masih yang gagal mendokong prinsip & amalan Islam yang sebenar selepas itu! masih ikut hawa nafsu..............
Sampai hati PM tak ajak Anwar Aljuburi pergi sama. Tidak pun suruhlah 1MDB sponsor 2 tiket atas nama Ketua Pembangkang. Kat sana mungkin dia bertobat ke, sumpah laknat ke. He..He..He
ye la sampai hati najib tak ajak dan sponsor semua anak beranak puaka tu..apat pahala.heheheh..mana hah nuar tu..o tu dia..dok sondol keling doll
Post a Comment