HOT BEB!!! Adun PAS Di Tangkap Khaluwat Dalam Pajero????



Ceritanya berlaku sekitar bulan Jun 2011 di kawasan rekreasi Lata Kertas Stong apabila seorang ADUN PAS ditangkap khalwat kerana berdua-duaan di dalam kenderaan Pajero oleh penduduk kampung yang amat mencurigai tingkah laku mereka. Berita penangkapan ADUN dan pasangannya itu sampai ke pengetahuan pakcik kepada pasangan ADUN tersebut yang juga ibu tunggal yang telah berjumpa dan mendesak ADUN tersebut mengahwini wanita tersebut. Wanita tersebut yang juga ahli PAS tempatan dikatakan telah lama mengenali ADUN tersebut.

Pada sekitar penghujung Julai 2011, isteri kepada ADUN tersebut telah pergi ke rumah wanita tersebut di Kg Kuala Geris, Dabong untuk berbincang dengan wanita tersebut di mana beberapa syarat telah ditetapkan oleh bapa wanita tersebut. Antara syarat yang ditetapkan ialah:

a. Menanggung kos malu yang bakal dihadapi keluarga wanita tersebut yang telah menjalankan hubungan sulit dengan ADUN berkenaan sejak awal tahun 2011

b. Menanggung nafkah wanita tersebut dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah

c. Mengahwini wanita tersebut secara sah di luar kawasan tanpa pengetahuan umum
Selepas perbincangan tersebut, wanita itu telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menutup isu tersebut selain mengelakkan daripada isu ini terus diperkatakan orang.

Kedua-dua pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan di luar kawasan pada bulan Oktober 2011 dengan diwalikan ayah wanita itu sendiri. Bagaimanapun mereka tidak hidup sebumbung dan hanya berjumpa di luar kawasan seperti di Gua Musang dan berhubung melalui telefon bimbit sahaja. ADUN tersebut sehingga sekarang masih menafikan cerita tersebut walaupun telah disiarkan dalam beberapa blog. ADUN tersebut juga pernah ditanyakan tentang isu tersebut oleh akhbar Sinar Harian pada bulan November lepas dan terus menafikannya. KLIK DI Tukang Screw

Penjelasan Tukang Screw.

Mungkin kisah yang disampaikan ini berunsur fitnah untuk menjatuhkan imej ADUN tersebut, maklumlah PRU pun hampir dekat. Rakan-rakan Tukang Screw di sekitar Dabong telah diminta Tukang Screw untuk mengesahkan cerita tersebut. Tanpa sebarang penafian mereka telah membawa Tukang Screw berjumpa bapa kepada wanita tersebut yang tinggal di Kuala Geris, Dabong untuk penjelasan lanjut. Ya, memang beliau mengakuinya dan berasa amat kecewa dengan sikap dan contoh yang telah ditunjukkan oleh ADUN tersebut. Kebelakangan ini banyak aktiviti parti yang diadakan di sana kurang mendapat sambutan dan ADUN tersebut juga makin jarang turun padang kerana malu dengan tingkah lakunya sendiri. Moral daripada kisah ini, manusia tidak sempurna dan punyai nafsu. Hanya akal dan iman yang mampu mencegah kita daripada melakukan maksiat ini. Hari ini kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita lebih islam daripada orang lain kerana ujian Allah kepada orang-orang yang beriman adalah benar. Wallahualam.

4 comments:

petani sayur said...

Kalau benar kes berlaku maknanya ADUN tersebut menipu semua rakyat Malaysia.

Patutlah Hadi Awang pun dah tak nak bertanding dan mungkin akan keluar parti tak lama lagi...

Anonymous said...

apa pun dosa orang pas pis pus akan di ampun olek nik ajis...

Dot said...

Subhanallah!! Maha Suci Allah, Allah Yg Maha Kaya lagi Maha Mengetahui...Dialah Yg Mengatur Segalanya...

semuanya terpalit kembali ke muka pemimpin2 pas yg selama ini suka menghina pemimpin2 umno...
Na'uzubillah...

Anonymous said...

Cikgu"S"

Orang yang nampak alim dengan pakaian jubah dan kopiah itu kadang-kadang lebih bahaya dari pada yang beasa-biasa aje. Aku dah banyak bergaul dengan orang-orang macam ni.Haram halal semua disapu habis.Kalau kedai nombor ekor tu dah jadi langganan biasa.Pekan Golok dan Hadnyai hanya macam pergi kedai kopi aje.
Janganlah berpura-pura wahai saudara-saudaku ikhwan muslimin sekelian.Kembalilah kepangkal jalan.Taubatlah.Mohon ampunlah kepada Allah.

Jadi,apa tunggu lagi.Jom ramai-ramai kita tinggalkan mereka dan puak-puak yang berpura-pura warak ini.Kita sokong pemimpin telus dan jujur yang bermati-matian memperjuangkan negara,bangsa dan agama.Kita sokong UMNO sekaran juga.Jangan tunggu sampai anak bini kita pula yang kena kebas Pak2 janggut ini.Jahanam kita!!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive