Atas dasar hak asasi manusia dan prinsip pakatan,tindakan PAS sebenarnya sekadar melepaskan batuk ditangga,mengkritik Karpal hanyalah sekadar cukup syarat. Korang bayangkan jika Karpal berdehem dan Kit Siang batuk batuk didepan Presiden PAS,sudah pasti mencicit lari kesemua pemimpin PAS ketakutan.
Tak percaya lepas ni kita tengok pula PAS akan tarik balik kata kata mereka terhadap Imam Karpal.
Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tak bersetuju dengan niat PAS menentang sambutan Hari Kekasih dianggap sebagai perbuatan yang tidak menghormati agama Islam.
Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.
“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama.
“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam.
“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah,” katanya menerusi status terkini di laman sosial Facebooknya hari ini.
Kenyataan Nik Abduh itu dipercayai berkait dengan tindakan Karpal yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.
Karpal seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini dipetik berkata, pendirian Pas itu tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum dan disambut hampir di semua negara.
Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Dewan Pemuda Pas pada 7 Februari lalu, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya.-UtaraNews
1 comments:
marah puak pas ni hanya lakonan sahaja. hari valentine itu tidak memberi apa-apa makna berbanding kepada kekuatan ekonomi umat melayu yang dihancurkan olih khalifah lim. hari valentine itu telah berlalu, kalau kapal senyap tak kata apa pun orang akan lupa kepada kisah hari valentine ini. maka pas pun selamat kerana dilihat mengjaga islam kerana marahkan kapal. dan undi melayu pun kembali kepada pas. kapal pun selamat dan dilihat amat tegas kerana mendiamkan dirinya semasa dimarahi olih puak pas. satu lakonan yang mantap dari puak pakatan rosak ni ..... yang penting bagi puak ini ialah undi berpihak kepada mereka, memang benarlah ada satu hipotisis yang menyatakan apabila dekat dengan pru 13 puak pakatan rosak ni akan berlakun musuh memusuhi sesama sendiri, kill two bird with ones stones, satunya melekakan umno satu lagi memulihkan undi kepada geng mereka.
Post a Comment