Akhirnya Mahasewel Ini Terencat Nak Mogok Lapa...!!!!!


GEMPAKNYA dahsyat, gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.

Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi.  Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat.  Penulis serahkan kepada pembaca sama ada nak nangis atau ketawa.

Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan.  Apa cerita dengan ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar berlapar atau cakap saja yang degar-degar?

Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’ membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas.  Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari menjalankan tugas.

Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini.  Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.

Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian?  Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini.  Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri.

Apa pun yang lebih penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat memalukan Pakatan Rakyat dan persatuan mahasiswa yang menjadi dalang disebaliknya.  Pelik, bagaimana Pakatan Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak cukup akal ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini?  Malah disebut-sebut pula bahawa demonstrasi ini adalah warming up kepada demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28 April nanti!!

Yang maha sewel itu sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya lebih sewel lagi kerana menyerahkan tugas dalam skala sebegini besar kepada budak-budak, hanya untuk melihat ianya gagal dan akhirnya memalukan mereka semula.  Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam yang kita lihat pada Sabtu.

Penulis mendengar, ada sesuatu yang buruk sedang menanti untuk didedahkan mengenai Adam Adli ini.  Apa yang diambilnya untuk mengisi ‘masa lapang’ sehinggakan mata kuyu dan badannya kurus kering macam jerangkung.  Tapi sebagai seorang yang professional dan punya intergriti, tunggulah sehingga bukti saintifik yang sahih diperolehi, sebelum pendedahan boleh dibuat ya. :- Beruang Biru

12 comments:

.Gory. said...

Betul ke mogok lapar bang? Cuba check Twitter Adam Adli, tadi dia baru pos gambar tengah makan ramai ramai dengan kawan kawan. Ada sponsor makanan ke demo ni?

Anonymous said...

Gasak deme le nak mogok lapar ke. Jangan sapa-sapa ambil peduli bior depa mampos taka makan. ade ke undang-undang melarang mogok lapar? kalau tak ada pedulikan. Bila dah mampos nanti campak kedlam sungai kelang tak pun hantar kat zoo negara boleh juga kasi boya kat zoo makan dapat jimat sikit kos beli makanan kat boya-boya tu. Aku sokong benor mika ni mogok lapar.

Anonymous said...

betul ke nak buat mogok lapar??? Kahkahkahkah...melayu nak buat mogok lapar? Setakat hangat2 jubor nuar jelah 2. Kalau btl diorg buat mogok lapar apa kata kita turun ramai2 buat picnic kat si2. Gua belanja kfc ngan pizza no hal.

Anonymous said...

Kalau kat negara yang makanan pun tak cukup memang boleh mogok lapar. Kalau kat Malaysia ni saya rasa boleh menangis depa ni. Dari kecik tak pernah lapaq. Bulan posa ja tu pun time malam makan punya la banyak

Anonymous said...

kena kencing jela budak2 ni

Anonymous said...

la mogok laparla pulak....sendiri sain loan pinjaman, sendiri habiskan duit pinjaman, sendiri malas belajar, sendiri tak mau bayar, sendiri mau mogok lapar???? kita tengok berapa jam depa bole berlapar......

Anonymous said...

depa semua tu Melayu LAYU.... tak pandang jauh.. ikut je.. jd pak turut bahlul...sape yg rugi... yg cerdik yg bijak yg nak menuju wawasan dah tentu tak ikut sertai....

Anonymous said...

Bagus teruskan mogok lapar tu. Lepas tu semua ramai-ramai makan layoq kat dia.

Anonymous said...

best ke adik berpicnic tgh bandar?adik..abg ada satu tempat yang cantik untuk berpicnic..hanya abg dan adik je tau berpicnic..nak x?tempat air terjun........cantik....sejuk...best....mandi mlm2 air dia hangat tau...

Anak Lenggong said...

Tengah malam merangkak ke kemah mahasewel pompuan kut..yang best nya makanan yang dihantar oleh Umno dikebasnya kah kah kah..

Anonymous said...

biarkan budak2 bodoh tu mampus...nak mogok lapar konon...baik puasa sunat..ada jugak pahala...kerajaan x payah layan mogok 2-3 ekor budak bodoh tuh..x buleh korbankan kepentingan jutaan lagi pelajar sebab nak layan mogok lapar 2-3 ekor beruk ni

Brahim Nyior said...

Kata orang Perak, keghoje tengin ni...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive