Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa memberi amaran kepada 84 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini supaya berhenti melanggan akhbar Utusan Malaysia.
Mendedahkan perkara itu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, amaran tersebut diberikan Guan Eng dalam ucapannya pada majlis penyampaian bantuan kepada SJKC pada 7 April lalu yang disiarkan dalam akhbar Sin Chew Jit Poh.
Beliau berkata, tindakan Guan Eng itu jelas boleh menyebabkan anak-anak bukan Melayu yang ingin menguasai ilmu di akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia akan terbantut.
"Guan Eng jelas cakap tidak serupa bikin kerana tindakannya itu boleh merugikan anak-anak yang sedang belajar di SJKC, selain menanam kebencian antara kaum di kalangan generasi muda.
0 comments:
Post a Comment