Kekejaman MBSA Merampas Barang Berniaga Tampa Amaran Di i-City..!!!


Kira-kira 30 peniaga barang permainan bercahaya kesal apabila barang niaga milik mereka dirampas Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika sedang berniaga di pekarangan i-City, Seksyen 7.

Salah seorang peniaga, Abd Raub Ibrahim, 42, berkata, ia berlaku Rabu lalu pada jam 9.30 malam, ketika peniaga sibuk melayan pelanggan.

Katanya, semua peniaga terlibat termasuk pelanggan terkejut dengan tindakan sekumpulan penguat kuasa MBSA itu.

“Penguat kuasa sanggup merampas barangan daripada peniaga yang cuba disimpan dalam kenderaan ketika serbuan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tindakan itu disifatkannya keterlaluan selepas rayuan agar barangan tidak dirampas tidak diendah.

Abd Raub berkata, beliau juga kesal dengan tindakan penguat kuasa terbabit terhadap peniaga kaum wanita.

“Mereka (penguat kuasa) menjerit dan mengarahkan peniaga patuh kepada arahan,” katanya kepada media yang membuat liputan di kawasan berkenaan.

Abd Raub berkata, berikutan insiden itu, mereka membuat laporan Polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Dia yang mewakili semua peniaga mempersoalkan bagaimana MBSA boleh menyerbu ke dalam kawasan berpagar i-City sedangkan kawasan itu milik persendirian.

“Kami syak mungkin mereka diarah pihak tertentu untuk bertindak sedemikian ke atas kami. “Sebelum ini banyak peniaga asal terpaksa berpindah dari satu tapak ke tapak lain berikutan timbul masalah,” katanya.

Menurutnya, disebabkan itu perniagaan mereka tidak stabil, malah pernah menyewa kedai dengan kadar RM500 seminggu.

Katanya, anggota Penguat kuasa MBSA diharap lebih bertolak ansur dan sentiasa bersikap profesional.

Dia berkata, pihak berkuasa tempatan tu juga diminta menyediakan tapak untuk peniaga-peniaga Bumiputera berdekatan i-City.

Sumber : Gelombang Rakyat

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive