Kerajaan Negeri Selangor Zalim..!!!


TANJUNG KARANG - Pembinaan Institut Latihan Peladang (ILP) di Sungai Kajang di sini tertangguh sejak dua tahun lepas, adalah disebabkan penukaran status tanah terbabit belum diluluskan kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

"Tapak tanah seluas tiga ekar itu sebelum ini digunakan untuk membangunkan projek perumahan, namun pemajunya gagal melaksanakan projek itu. Jadi, daripada dibiarkan, kementerian ambil alih tanah berkenaan untuk membina institusi bagi memberi latihan kepada peladang. 

"Sehingga kini, kerajaan negeri belum meluluskan permohonan penukaran status tanah itu walaupun pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Karang telah beberapa kali menghantar surat kepada mereka memohon kelulusan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPK Tanjung Karang di sini, hari ini.

Beliau berkata peladang tidak boleh menyalahkan kementerian di atas kelewatan pelaksanaan projek itu kerana hal tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive