Ketua Penerangan PAS Sendiri Yang Cakap Tangguh Haji..!!!


TUAN Ibrahim Tuan Man bukan calang-calang orang. Dia adalah Ketua Penerangan PAS, pendek kata kalau PAS itu manusia, Tuan Ibrahim adalah lidahnya. Sudah tentu jawatan Ketua Penerangan ini bukan jenis yang punch masuk pukul 8.00 pagi, punch keluar pukul 5.00 petang. Ketua Penerangan kerjanya ialah bercakap bagi pihak parti, berkenaan hal parti juga, dimana dan bila diperlukan.

Justeru amat menghairankan bila pemimpin PAS yang lain pakat-pakat menjauhkan diri dari Tuan Ibrahim dan menyifatkan kenyataannya supaya jentera parti menangguhkan ibadah haji, sebagai kenyataan bersifat peribadi semata-mata.

Apa yang peribadinya mengenai kenyataan Tuan Ibrahim tu? Di samping dia sendiri sebagai Ketua Penerangan, hal yang dia bercakap itu pun hal parti, melibatkan gerak kerja parti untuk persiapan pilihanraya.

Yang kita nampak, pandangan Tuan Ibrahim itu tidak disokong sebab sudah jelas satu Malaysia orang marah dengan PAS kerana sanggup mengenepikan ibadah (rukun Islam) untuk kepentingan parti, macamlah yang nak menyelamatkan kita di akhirat besok PAS, bukan amal ibadat kepada Allah swt.

Selain PAS mahu melihat sendiri respon orang ramai kepada kenyataan tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya. Kalau siar guna Harakah, selain backfire kepada diri mereka semula, respon hanya mewakili ahli parti PAS sahaja, bukan khalayak yang lebih ramai. Berlainan bila isu ini disensasikan oleh Utusan Malaysia yang punya jumlah pembaca jauh lebih besar dari Harakah.

Apa yang penulis nak tegaskan disini ialah semua ini membuktikan sememangnya kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah pendirian rasmi PAS, cuma kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan, maka mereka lebih rela mengalihkan semua beban kesalahan kepada Tuan Ibrahim. Seperti biasa, Tuan Ibrahim akan senyap seketika, orang lain ambil alih (contoh Idris Ahmad), dan kembali bersuara bila isu ini sudah senyap dan tidak lagi hangat.

Oleh kerana ini adalah pendirian rasmi PAS, maka wajiblah kita mempersoalkan parti jenis apa yang sanggup mengenepikan ibadah yang menjadi salah satu dari rukun Islam, semata-mata untuk urusan duniawi seperti pilihanraya? Dulu bila kita kata PAS tak boleh beza antara politik dan agama, dia kata UMNO kafir sebab UMNO umpamakan agama suku, politik suku (Amanat Hadi Awang).

Janganlah pemimpin PAS harap penafian ini boleh menyelamatkan PAS dari kutukan dan kecaman rakyat, terutama orang Islam di Malaysia ini. Ramai orang sudah masak dengan pendekatan dan strategi seumpama ini dalam PAS, tinggal lagi ada sekelompok manusia hati kering dalam parti tersebut yang mampu memekakkan telinga dan membutakan mata kepada kebenaran, berterusan memanjangkan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka.

Itu yang buat ada segelintir rakyat yang terpengaruh, maklum, pembohongan yang disebut berulang-ulang, akhirnya akan nampak macam betul.

4 comments:

Anonymous said...

PAS kata boleh menangguhkan haji kerana memilih pemimpin itu lagi penting...jadi tak salah bukti video chinadoll didedahkan kerana memilih pemimpin itu lagi penting sehingga pergi haji pun kena tangguh?? jika bukti video chinadoll itu fitnah kenapa yg difitnah tak nak bersumpah menafikan atau tunjuk je jam omega tu???

jejakazman said...

bagus la pas tangguh pegi haji....bole la orang lain pegi dulu....lagi satu kalu dia orang tak nak pegi....maknanya ALLAH belum redha mereka datang ke rumahNYA.....tak ke gitu ....ALLAH BELUM REDHA.....ALLAH TAK IZINKAN....

Satu Kapai ..... said...

Apa lah nak jadi dengan pengikut PAS.. sanggup mengejar duniawi untuk kepentingan politik. Jangan jadi seperti mata ikan kering..ada mata tapi tak boleh nampak.

Anonymous said...

Ahli ahli PAS sebenarnya tak payah naik Haji langsung walaupun berkeupayaan kerana Syurga sudah dalam tangan.Bukan kah undi PAS masuk Syurga. Kalau Syurga sudah dalam poket untuk apa lagi naik Haji. Mungkin sebab inilah PAS kata boleh tangguh naik Haji bagi memboleh semua ahli PAS mengundi agar menang PRU13 dan masuk Syurga....kesihan ahli ahli PAS diperbodohkan oleh Tok-Tok Guru yang hanya pentingkan Dunia...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive