Gomo tidak hairan dengan keadaan yang mana pemimpin politik Sabah yang lompat dari parti A ke parti B dan kemudiannya lompat balik ke parti A. Ini merupakan lumrah dinegeri Sabah kerana kita harus ingat "SABAH untuk SABAH".
Cuma apa yang menjadi kerisauan Gomo adalah percaturan pemimpin luar dari Sabah iaitu pemain politik dari Semenanjung yang dilihat menjadi pemain catur dalam mencorakkan politik negeri Sabah. Kenapa pemimpin politik semenanjung sibuk nak mencampuri urusan politik negeri Sabah?
Anwar Ibrahim yang merupakan orang Semenanjung sibuk mengatur siapa yang nak lompat dan siapa yang bakal menjawat jawatan Ketua Menteri jika Sabah jatuh ketangan pihak pembangkang. Siapa Anwar Ibrahim? Anak Sabah kah dia?
Musa Aman Ketua Menteri Sabah begitu komited dalam membangunkan negeri Sabah sampaikan banyak projek projek yang dibangunkan di Sabah lebih ditumpukan kepada anak anak Sabah. Pemimpin luar yang cuba masuk ke negeri Sabah untuk melobi tender dan sebagainya ditolak kerana Musa Aman memberi keutamaan kepada anak Sabah. Dan ini realitinya apabila Sabah dipimpin oleh anak Sabah yang komited dengan negeri kelahirannya.
Tidak cukup dengan Anwar Ibrahim yang sedang galak mencatur politik Sabah ada desas desus pula menyatakan ada juga pimpinan lain yang sedang berusaha menjatuhkan Ketua Menteri Musa Aman di Sabah. Percaturannya mudah iaitu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana DANA KEEWANGAN akan disponsor oleh Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi tersebut.
Benar sepertimana Gomo nyatakan diatas bahawa LOMPAT PARTI pekara biasa bagi pemain politik Sabah tetapi jika difikirkan balik terutama rakyat Sabah siapa yang akan mndapat manfaat jika Musa Aman tersingkir dan Anwar Ibrahim berjaya? Siapa yang akan mendapat manfaat dari pekara tersebut? Pemimpin yang akan mengetuai Sabah kelak sudah pasti menjadi BONEKA kepada Anwar Ibrahim.
Lihat sahaja PKR yang mana Presiden nya Wan Azizah, tetapi siapa yang mendominasi PKR secara total? Apakah tidak jelas bahawa Wan Azizah adalah BONEKA kepada Anwar Ibrahim?
Lihat pula di Selangor yang mana Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Keewangan Negeri Selangor. Segala macam projek di Selangor mestilah melalui pejabat Anwar Ibrahim terlebih dahulu dan keputusan projek tersebut mestilah mendapat kelulusan Anwar Ibrahim. Apakah tidak jelas bahawa Selangor merupakan Kerajaan BONEKA Anwar Ibrahim?
Bagaimana pula di Sabah kelak jika Anwar Ibrahim melalui Pakatan mereka berjaya membentuk kerajaan? Siapa yang berkuasa? Pemimpin Sabah? Lupakan lah kerana segala DANA datang dari Anwar Ibrahim dan adalah semestinya yang akan berkuasa adalah Anwar Ibrahim orang semenanjung dan kerajaan Sabah waktu itu hanyalah BONEKA buat Anwar Ibrahim semata mata.
Rakyat Sabah harus sedar pekara ini kerana Sabah adalah untuk Sabahan. Walaupun Gomo orang semenanjung namun Gomo melihat jika rakyat Sabah terutama pemimpin yang ada waktu ini sanggup bekerjasama dengan Anwar Ibrahim maka tidak mustahil Sabah akan jatuh ketangan Anwar Ibrahim yang bukan anak Sabah sebaliknya akan menjahanamkan politik serta Ekonomi Sabah.
Apa yang anak sabah akan dapat jika Anwar Ibrahim selaku penasihat Keewangan negeri Sabah? Fikir fikirkanlah......... Pertahankan Ketua Menteri Musa Aman waktu ini kerana beliau telah membuktikan bahawa Ekonomi Sabah meningkat dari masa ke semasa dan merubah Sabah kearah lebih maju dari sebelumnya.
0 comments:
Post a Comment