Tokoh Agama Kelantan Seru Umat Islam Tidak Menyokong DAP...!!!!


Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti Pas, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.

"Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.: BERNAMA

9 comments:

Anonymous said...

Betul USTAZ jangan ikut dakwah PAS,yang untung pemimpinnya dapat jadi YB,syiar yang dibuat adalah hanya untuk kemenangan pemimpin yg berhasrat jadi YB u je.Nak memerentah MALAYSIA,mintak simpang malaikat 44.Hancur UMAT.Nak berdakwah mengenai ISLAM kpd DAP,dah terbalik kot,DAP pulak turun kemarkas PAS berdakwah!

Orang terbuang macam pisau dan parang karat je yg sokong!

Anonymous said...

Haram, berdosa undi DAP (Utusan Malaysia 7 Ogos 2012)
Sekadar pandangan....
Penulis ingin memtik laporan akhbar yang melaporkan seprti dibawah:-
`KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.’
Saranan dan pendapat Pengasas Pondok Geting Tumpat dan seterusnya Mufti Pahang ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya. Ini di buat supaya rakyat Islam akan menjadi was-was dan akan timbul cerita Pengasas Pondok Geting tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seterusnya Dr Asri yang mempertikaikan saraan haram mengundi DAP. Beliau berkata bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bermaksud haram juga mengundi mereka. Jadi permasalahan ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Ajak penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
Saya kuatir saraan ini tidak diambil berat oleh pengikut PAS dan yang lebih menyedihkan ianya di laporkan oleh UTUSAN MALAYSIA, yang pada presepsi pengikut PAS adalah PEMFITNAH TERBESAR di Malaysia. Pengikut PAS akan menolak terus saraan tersebut walaupun saraan tersebut adalah betul.
Pandangan saya saraan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang `silent majoriti’. Utusan Malaysia sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...

Salam sejahtera tuan puan. Sila layarilah nasirwise.blogspot.com untuk bertukar tukar fikiran dan pandangan dan sila `like’ facebook `sepadu soccer’ sebagai tanda sokong sukan bola sepak remaja. Bantu sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

pas memang babi berkawan dgn bangsa makan babi..tak lama lagi org pas pon akan makan babi...

Anonymous said...

PAS itu hanya fahaman sesat seperti fahaman sesat SYIAH ! malah pengaruh SYIAH yg mnyesatkan dah makin kuat dalam PAS. elok la sama2 sesat. org2 PAS yg bodoh bertaubatlah sebelum terlambat. jgn taksub kpd pmimpin berhati iblis.

Anonymous said...

PARTI AGAMA SESAT "PAS" harus dibubarkan.Semenjak berkawan dgn Anwar orang2 PAS dah tak hiraukan ISLAM. Puncanya PAS masih ada lagi NIK AZIZ. Sekiranya NIK AZIZ bersara Kelantan lumayan dgn AIR, dapat ROYALTI lagi.

Anonymous said...

Aku dah keliru... tapi lebih baik aku belah...Bye Pas...

KontolMu said...

Lama dah tau yang PAS hanyalah sebuah parti politik bukan parti Islam tambahan sekarang yang haram pun jadi halal. Nasib baik arak Nik Aziz dan Hadi Awang kata halal. Selamat tinggal PAS kini Parti Ajaran Sesat lagi menyesatkan.

Anonymous said...

x faham dengan kenyataan
"PARTI AGAMA SESAT "PAS" harus dibubarkan.Semenjak berkawan dgn Anwar orang2 PAS dah tak hiraukan ISLAM. Puncanya PAS masih ada lagi NIK AZIZ. Sekiranya NIK AZIZ bersara Kelantan lumayan dgn AIR, dapat ROYALTI lagi."

kenapa Nik Aziz bersara baru dapat air dan royalti

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive