Pada asasnya, isu air Selangor yang menjadi pertikaian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ini mudah diselesaikan melalui meja rundingan. Oleh kerana terlalu banyak politiking dan dolak-dalik yang berlaku terutama dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang, perkara yang mudah tadi bertukar menjadi rumit dan payah diselesaikan sehingga rakyat pula terpaksa menanggung akibatnya.
Sampai bila kemelut isu air Selangor akan terus berlarutan tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas agar semua pihak yang terlibat termasuk rakyat jelata dapat keluar dari masalah ini.
Masa terus berlalu, tahun berganti tahun. Permintaan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya semakin meningkat serta pengeluaran air terawat sudah melebihi had kapasiti sebenar. Jika perkara ini terus dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk meningkatkan jumlah pengeluran air terawat dilakukan, dikhuatiri rakyat Selangor bakal berdepan krisis air paling dahsyat dalam sejarahnya. Selanjutnya Di Ocean's 13
0 comments:
Post a Comment