Awang Yakin Kerjasama Dengan DAP....!!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin kerjasama dengan DAP tidak akan merugikan parti itu pada masa depan malah strategi itu memberikan harapan ke arah kemenangan lebih besar.

Menurutnya, Pas hanya mahukan sokongan dan undi kaum Cina, justeru bagi tujuan itu, Pas akan terus bekerjasama dengan DAP kerana beliau percaya kebangkitan Pas secara beransur-ansur adalah hasil usaha seumpama itu.

Katanya, sebelum ini, hasil kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), pengaruh Pas berkembang di semua kementerian dan pusat pengajian tinggi dan kemudiannya berjaya menguasai Kelantan melalui kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46.

"Hasil kerjasama dengan PKR dan DAP pada 1999, Pas berjaya menawan Terengganu dan kerusi Pas melonjak di Pantai Barat. Pada 2008, kita mara lagi apabila pakatan pembangkang menang di lima negeri iaitu Kelantan dipertahankan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Apa ruginya, tak ada. Utusan

1 comments:

Anonymous said...

pembangkang menang di lima negeri....?? apa jawatan yg Pas dapat dari PR..??

Pas hanya dapat jawatan menteri sukan dan tukang sorak..

Pas hanya balaci yg taat.. takebeerr

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive