Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan Selangor seharusnya mengambil serius mengenai hal ini kerana penghuni rumah pangsa menjadi mangsa dalam manifesto yang ditaburkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demostrasi secara aman, namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.
"Mereka langsung tidak simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat khususnya mereka yang menghuni di rumah flat dan apartmen, sebaliknya tanpa rasa bersalah mengatakan bahawa manifesto itu bukan satu janji," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Apartment Rista Villa, Putra Perdana di sini hari ini.
Menurut Sohaimi, tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan bahawa kepimpinan PKR yang kononya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan hanyalah 'gula-gula' untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Sikap membisu beliau (Khalid) turut menunjukkan kerajaan negeri tidak bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar berpolitik daripada menyelami masalah rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Sohaimi berkata, penduduk di Apartmen Putra Perdana akan memfailkan tuntutan saman terhadap kerajaan negeri berhubung kegagalan melaksanakan skim air percuma kepada mereka.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, pakatan pembangkang berjanji dalam manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar dan kurang berkemampuan. KLPOS
2 comments:
manifesto bukan janji, faham ke tidak rakyat selangor..?
jangan jadi bodoh berdemo tak tentu pasal.. yg penting kekalkan PR di selangor.. hidup anda semua pasti terbela nanti..
Hidup PR...majoriti rakyat bersamamu...hanya puak2 kroni je yg dok panas tak tentu arah kat selangor...1M...rakyat diBAHLULkan..pencapaian kroni diutamakan....
Post a Comment