Lim Guan Eng Guna Duit Rakyat Lagi Untuk Menyewa Kapal Terbang..!!!!



Malaysiakini kecoh kata najib tak petriotik kerana pergi ke australia masa negara sambut kemerdekaan 31 ogos lepas, padahal mereka lupa, tahun ini kemerdekaan negara di sambut pada 16 september sekali dengan sambutan hari malaysia dan pada tarikh itu juga anwar ibrahim sepatutnya menjadi perdana menteri ke 6, tapi tak jadi.

Najib ke australia kerana nak dapat rawatan pasal sakit lutut dia, tapi itu tak di ceritakan pun dalam malaysiakini, sumber ini di sahkan sendiri oleh pajabat perdana menteri dan najib muncul semula semasa menyambut jenazah wira media, allahyarham faizul, jurukamera bernama tv yang terbunuh di somalia.

Tapi kenapa malaysiakini tak keluarkan cerita yang lim guan eng juga keluar negara pada tarikh 31 ogos tu? lim guan eng sekeluarga pergi ke negara komunis semasa hari kemerdekaan malaysia untuk apa? dan apa pulak alasan guan eng? aku di fahamkan guan eng sekeluarga ke negara cina menaiki pesawat sewakhas, maknanya dia sewa sebijik kapal terbang untuk bawak keluarga dia sahaja, orang lain tak boleh masuk dalam kapal terbang tu.

Disini ada soalan untuk guan eng, untuk apa dia ke negara cina di hari kemerdekaan negara? pergi cina atas urusan rasmi atau peribadi? siapa bayar sewa kapal terbang tu? adakah duit rakyat pulau pinang di gunakan untuk biaya cuti-cuti guan eng dan keluarga? guan eng kena jawab semua tu pasal dia kan umar abdul aziz....

DARI DARUL EHSAN TODAY

Vateran PAS Menolak Kepimpinan Mat Sabu!!!!!



Mat Sabu cuba membina benteng kekuatan Pakatan tanpa menjaja Anwar. Ini kata beberapa Pemimpin Vateran PAS membuat kesimpulan inilah realiti politik kotor yang dibawa Mat Sabu di dalam PAS sejak sekian lama. Bagi mereka, tiada lagi perjuangan Islam secara total.

Tiada perjuangan bukan sahaja Hudud, malah Sistem Perundangan Islam sedia ada bakal dimusnahkan, merujuk isu penutupan Pusat Hiburan pada bulan Puasa di Kedah yang ditentang hebat DAP Kedah walaupun ianya termaktub di dalam Undang2 Negeri Kedah. Lalu PAS akur dengan bantahan tersebut.

Strategi membakar hati dan jiwa masyarakat Malaysia ini akan diteruskan sehinggalah ke kemuncak menuju impian Pakatan iaitu pemberontakan ala2 Mesir bkal terlaksana di Malaysia. Jikalau benarlah apa yang cuba diperjelaskan ini, Pakatan memang kemaruk hendakkan kuasa. Sehinggakan sanggup melakukan strategi sedemikian rupa. Tak terasakah penonton2 yang acap kali hadir ke Ceramah Mat Sabu diperbodohkan dengan penipuan sebegitu rupa? Peristiwa Sejarah Negara 61 tahun yang lalu, kini tidak dilihat bermaruah oleh Pemimpin2 Pakatan.

Mat Indera Pengkhianat Bangsa & Agama, Mat Sabu Ikut Jejak Mat Indera!!!!!!


1) Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya. 

2) Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.

3) Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar PKM kerana dibakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. .Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British. 

4) Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British.



Mat Indera pengkhianat bangsa & agama

5) PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali. 

6) Ini dibantah oleh Raja-Raja Melayu & orang Melayu yang bersatu diri mereka dalam Kogres Melayu 1946 yang menubuhkan UMNO. Raja- Raja Melayu & UMNO terpaksa berunding selama 2 tahun sebelum British bersetuju menarik Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948 . 

7) Ketika itu , British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan PKM dan sekutunya . Inilah punca mereka berdendam dengan British dan memeranginya pada 1948 . PKM juga menjadikan orang Melayu iaitu Raja-Raja Melayu & UMNO sebagai musuhnya kerana dilihat sebagai penyokong British yang melansungkan pemerintahan .

8) Melalui Persekutuan Tanah Melayu inilah British memberi semula kuasa pentadbiran negeri kepada Menteri Besar & ketua-ketuan jabatan kerajaan yang dilantik oleh Sultan negeri masing-masing . British hanya berjawatan sebagai Penasihat Bristih sahaja . 



20 Minit Sebelum Kejadian Tembakan Arwah Sedang Bertugas.


Video diatas merupakan rakaman yang dirakam oleh Papa Gomo sewaktu Gomo, wartawan Jurukamera TV3, wartawan Jurukamera RTM, Wartawan Jurukamera NTV7 berada didalam sebuah lori bekalan makanan ketika kami selesai menghantar bekalan bantuan makanan ke sebuah kem pelarian. 

Dalam video diatas juga menunjukkan arwah berada bersama kami dalam melaksanakan tugas nya buat Bernama dan untuk makluman semua video yang dirakam kan diatas ini 20 minit sebelum kejadian tembakan oleh Africa Union keatas kenderaan yang dinaiki arwah dan menyebabkan arwah terkorban. 


Jenazah ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL SELAMAT TIBA DAN SELAMAT DI KEBUMIKAN.



Jenazah jurukamera BernamaTV,Noramfaizul Mohd. Nor,yang maut terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan di Somalia,malam kelmarin,selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) Petang Tadi.Jenazahnya yang tiba pada pukul 10.05 menaiki pesawat C-130 TUDM pagi tadi disambut kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan-rakan media yang lain.


Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul serta kepulangan pasukan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia.Hadir sama Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri,Puan Sri Norainee Abdul Rahman.Turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah ialah Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar,Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive