HOT BEB!!! Ridhuan Tee Abdullah Maki Azri Puki!!!!



Secara peribadi, sebagai ahli akademik, saya amat menghormati bidang kepakaran seseorang. Bidang kepakaran inilah yang menentukan sama ada seseorang layak dipanggil pakar atau tidak. Namun, gelaran profesor tidak semestinya menjadikan seseorang itu terlalu pakar, sehingga boleh menidakkan kepakaran orang lain yang tidak sebidang dengannya. Dalam bidang agama sekalipun ada pecahan kepakarannya seperti usuluddin, syariah, akidah, dakwah dan lain-lain lagi. Bidang perubatan usahlah dibincangkan kepakarannya. Apa yang meloyakan lagi, ada orang merasakan dengan sedikit kelayakan yang ada, semua bidang dia mahu bercakap.

Kepakaran adalah bidang pengkhususan. Gunakanlah kepakaran tersebut untuk kebaikan terutama dalam menjaga maslahah agama, bukan diperalatkan. Janganlah terlalu ghairah mengatakan orang ini betul, orang itu tidak betul, tanpa merujuk kepada konteks yang di maksudkan. Pada saya, di sinilah penelitian yang perlu dilihat oleh Aziz Bari, bukannya ghairah menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh ultra kiasu, seolah-olah memperlihatkan di Malaysia ini tidak ada lagi yang lebih pakar selain Aziz Bari. Jika Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim masih hidup, mungkin Allahyarham akan tersenyum.

Inilah gambaran yang cuba dibuat oleh akhbar dan laman web ultra kiasu. Saya hanya membela diri setelah diserang bertubi-tubi melalui kenyataan Aziz Bari. Rujuklah sama pakar-pakar lain yang tidak kurang pakarnya seperti Profesor Shad Saleem Faruqi, Zaleha Kamaruddin dan ramai lagi profesor undang-undang. Tidak ketinggalan pengamal undang-undang seperti Mohamad Safiee Abdullah dan Sulaiman Abdullah. Kenapa mereka tidak dirujuk? Jawapannya, kerana pandangan mereka tidak menyebelahi ultra kiasu. Profesor pakar di Institut Pengajian Tinggi dilabelkan sebagai profesor kangkung, yang tidak kangkung hanyalah Aziz Bari.

Pada saya, sepakar manapun kita, memang kita sepatutnya bercakap benar. Saya puji keberanian itu. Tetapi fikirkanlah sama, implikasinya terhadap agama, bangsa dan negara. Cakap jangan ikut sedap mulut. Mengkritik raja-raja Melayu secara terbuka, yang menjadi payung kepada agama Islam perlu dibuat secara berhati-hati, supaya tidak merugikan Islam. Kenapa ultra kiasu semakin berani memijak-mijak atau mencabar kesucian agama kita, ada kaitan dengan persekongkolan kita.

Kenapa Aziz Bari tidak tampil membela mereka yang telah dimurtadkan? Kita hanya akan faham situasi yang sebenar jika melibatkan diri bersama khalayak dan NGO-NGO Islam, bukannya sekadar duduk dalam bilik membaca buku. Down to earth amat penting. Selamilah keadaan sebenarnya bagaimana Islam diratah dan dimamah oleh musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu? Jangan hanya pandai bercakap, praktikalnya entah ke mana. Bidang kepakaran satu hal, dengarlah sama rintihan-rintihan dan keluhan-keluhan akar umbi. Jangan syok sendiri kerana kita adalah pakar.

Semua tulisan dan kenyataan saya buat hendaklah difahami dalam bentuk konteks yang ingin disampaikan, bukan sekadar mendengar serba sedikit atau membaca separa dua. Inilah yang selalu dilakukan oleh ultra kiasu, memanipulasikan isu. Apa yang menyebelahi mereka disenyapkan, yang mana tidak, akan diheboh-hebohkan untuk mendapat perhatian.

Yang jelas, kita mudah melatah seperti apabila ultra kiasu meminta pandangannya. Janganlah terlalu bangga kerana dalam segala hal ultra kiasu meminta pandangan kita. Saya dihubungi saban hari oleh pelbagai jenis media untuk memberikan pandangan terhadap sesuatu isu, tetapi saya tidaklah terlalu obsess. Ada timbang taranya . Ini tidak, pantang ditanya, melatah selalu.

Menurut Aziz Bari, kenyataan saya tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama. Persoalan saya, adakah Islam memberikan kebebasan yang begitu luas kepada minoriti sehingga menenggelamkan kedudukan Islam sebagai agama majoriti? Jika kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud, apakah perlu bertanya kepada orang bukan Islam seorang demi seorang yang tidak sampai sepuluh peratus? Jika begitulah keadaan, kenapa umat Islam di China, terpaksa mengikut dan menurut undang-undang komunis di sana sehingga puasapun tidak dibenarkan?

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Misalnya kajian Wan Mohd Nasruddin Wan Abdullah (2006), antara memilih calon Umno yang dikatakan ‘korup’ dengan calon Pas yang dikatakan mempunyai integriti. Jawapan kajian tersebut adalah, orang Cina lebih memilih Umno walaupun korup daripada memilih Pas yang mahu melaksanakan hudud. Orang Cina lebih rela bersama Umno daripada hidup di bawah undang-undang Islam. Saya hanya melaporkan kajian orang lain.

Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia?

Misalnya, antara agenda Seksualiti Merdeka akhirnya nanti adalah mahu menghalalkan hubungan sesama jantina seperti yang berlaku di barat. Kenapa kita begitu menjaga hak asasi ini? Sedangkan undang-undang Tuhan tidak dipedulikan. Saya hanya mengambil contoh bagaimana orang Melayu dijinakkan oleh Lee Kuan Yew di Singapura melalui ‘kekerasan’. Bila saya berhujah sebegini, mereka katakan jangan bandingkan Malaysia dengan Singapura.

Apabila hak kita disentuh, kita disuruh berdiam diri, seperti isu sembelihan korban yang dicadangkan oleh Majlis Agama bukan Islam supaya penyembelihan korban tidak dibuat di tempat awam seperti di sekolah dan padang awam. Cuba kalau kita keluarkan kenyataan jangan rayakan perayaan Thaipusam, hantu lapar, kau ong yeh dan lain-lain perayaan, di tempat-tempat awam mengambil kira sensitiviti umat Islam dan kesusahan yang dihadapi akibat kesesakan jalan raya. Begitu juga dengan babi-babi diangkut berlori-lori sepanjang jalan raya. Saya boleh gambarkan seolah-olah Malaysia akan kiamat melalui bantahan demi bantahan atas asas hak asasi manusia.

Kenapa hari ini mereka begitu kurang ajar? Kenapa dahulu mereka tidak berani mengangkat muka pun. Jawapannya, kenapa mereka tahu, ada umat Islam yang mudah diperalatkan. Perlembagaan boleh dipinda jika umat Islam bersatu. Amat malang sekali Malaysia yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu tidak dapat melaksanakan identiti Islam di negaranya sendiri. Inilah konteks yang perlu difahami oleh Aziz Bari.

Aziz Bari boleh bertanya pada saya jika ada kekeliruan. Janganlah terlalu menunjuk pandai di hadapan ultra kiasu. Ianya tidak akan menguntungkan Islam. Saya ahli akademik dalam bidang politik dan kerajaan, pernyataan saya perlu dilihat dari sudut kepakaran. Begitu juga beza antara penteori undang-undang dengan pempraktikkan undang-undang. Cubalah menyelami apa yang dikatakan oleh Profesor Mohd Kamal Hassan. Kebebasan akademik ada limitasinya. Janganlah terlalu ghairah untuk menunjukkan kepandaian. Wal hal sebenarnya tidak.

20 comments:

Anonymous said...

Apa yg Redhuan Tee lakukan melihat ramai umat Islam murtad sejak beliau anut Islam? Soalan yg akan ditanya kembali. Redhuan Tee salah seorang bakal calun BN, itu pasti. Sejarah salebriti TV biasanya begitu. Contohnya Azalina & mashitah. Bersedialah mana2 ketua bahagian yg akan menjadi korban. Jgn serah kosong, paling kurang RM10j.

Anonymous said...

Bagusnya!!! Right on point Dr Ridhuan!! Saya suka dua ayat terakhir tu...

Anonymous said...

aziz bari gila kuasa dunia

Anonymous said...

aziz bari kemaruk nasi kangkang anwar dn pok nik..awas..iblis dn syaitan tajaan PAS sedang berkeliaran..

Anonymous said...

Kenapa pula hanya disoalkan pada ridhuan tee seorang tentang isu murtad ini? Isu murtad adalah isu yg secara tak langsung membabitkan each one of us umat Islam. Yang murtad tu bukan ke saudara sesama kita juga. Kenapa ada saudara kita yg sampai jadi murtad? Mungkin atas sikap kita sendiri yg 'ala... bukan urusan aku.. pandailah ustaz2 yg lain basuh depa tu...'' Macam pengkomen yg kat atas tulah.. Walhal mungkin hanya dengan 'menghulur tangan kita', lending our ears dan actually sincerely mengambil tahu, kita sendiri boleh menolong menyelamatkan satu2 jiwa dan akidah... Kita semua sebenarnya yg terlampau ignorant..

Anonymous said...

Apa yg Redhuan Tee lakukan melihat ramai umat Islam murtad sejak beliau anut Islam? Soalan yg akan ditanya kembali. Redhuan Tee salah seorang bakal calun BN, itu pasti. Sejarah salebriti TV biasanya begitu. Contohnya Azalina & mashitah. Bersedialah mana2 ketua bahagian yg akan menjadi korban. Jgn serah kosong, paling kurang RM10j.

to anom 4.32

jgn tanya Dr ridhuan apa tindakan beliau terhadap umat islam yg murtad..tanya diri anda sendiri apa tindakan anda yg semestinya seorg islam sejak turun temurun..anda sepatutnya malu bila mengutarakan soalan tersebut kepada Dr..seorang yg terpilih mendapat hidayah dari ALLAH swt...sila cermin diri anda dulu ya..ingatlah juga dosa fitnah itu...

Anonymous said...

Anon yg atas skali tu mesti pencacai anwar n DAPig..kompem..dpt bape juta la gaknye dr kaki liwat tu..atau mungkin die antara yg ingin murtad kot?? Nauzubillah..

Anonymous said...

anon di atas sekali,

Jangan lupa bertanya pada Anwar,apa dia telah buat berkaitan dgn issu murtad,apa pula hj Hadi lakukan,begitu juga Pok Nik Ajis.

Saya cukup rspek pendirian dan hujah Dr.Redzuan Tee,kerana saya yg Melayu ni dan lebih dulu Islam dari beliau tidak sehebat itu mempertahankan Islam dan Melayu.Malu rasa di buat nya.Tapi lebih menhairankan saya ialah bila ada Melayu Islam yg bangang berani menempelak tokoh seperti sdr Redzuan semata-mata kerana menjadi penyokong taksub tokoh sodomi dan pelakun handalan porno yg berjaya mengalahkan Sly.

Anonymous said...

Anony 4:32 PM
moga Allah beri petunjuk dan jalan yg lurus utk kamu... banyakkan beristigfar dan ingat Allah.. fitnah tu lebih dasyat dr membunuh...

Anonymous said...

buat anos 4:32 ..manusia seperti kamulah yang berbangsa melayu ( harap harap beliau melayu )yg memalukan bangsa kamu sendiri.Sedangkan Dr Ridhuan Tee seorang muallaf berani menyatakan perkara sebenarnya tentang isu murtad.Tetapi kamu pula suka memilih isu remeh temeh yang akan menjatuhkan bangsa kamu sendiri.Jika benar beliau di calonkan di pilihanraya 13 nanti,itu adalah rezeki beliau.Yang di berikan oleh Allah untuknya.
Dan apa sumbangan kamu terhadap bangsa kamu sendiri..? Buat Anon 4:32 sebelum kamu memberi pendapat tentang org lain,eloklah kamu bertanya pada Idola kamu Anuar Ibrahim..apa sumbangan dia terhadap soal isu murtad ini..? Adakah dia pertahankan atau cuba mengelak..?

Anonymous said...

Saya syukur pada Allah! kerana menganugerahkan insan bernama "Ridhuan Tee" kepada umat Islam di Malaysia! banyak kebaikan yang disarankan untuk orang Melayu, tidak kiralah samada dia masuk bertanding atau tidak! itu hal dia! Kalau dia jadi pemimpin lagi bagus! mudah-mudahan selamat juga orang Melayu dan ugama Islam. . . yang paling saya takut! ialah orang seperti Aziz Bari.

Anonymous said...

Syabas kpd dr Riduan tee kerana berani berkata benar. Moga2x umat Islam di Malaysia sedar tentang situasi sebenar yg berlaku di negara ini. Diharap seluruh umat Islam dpt kembali bersatu untuk membela agama Islam di negara ini. Kembalilah kita untuk merperjuangkan agama suci ini.

Anonymous said...

Anony 4:32 PM, masih dlm seluar dlm spender Ketua Umum Peliwat dan Penzina. Bila nak keluar? Tak lemas ke? Atau yg busuk tuh pewangi utk anda?

Anonymous said...

sentiasa menyokong keberanian dr Ridhuan Tee dalam menegakkan kebenaran

Anonymous said...

Syabas Doc,

Anonymous said...

hang semua tengok ajer apa yg telah dihidangkan kepada kita dan warisan kita di Media2 kita ... samada elektronik @ pun majalah


Semua nya menjurus kepada kerosakan akidah,,,

Anonymous said...

aziz bari cuba nk jd hero baru..gaji kat UIA x cukup kot.

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH,tahniah semuga ALLAH merahmati & BERKATI Saudaraku Ridwan tee Abdullah amein...

Anonymous said...

viva mahathirism.. kasi sadar kat semua orang melayu dalam umno ya... korang bukan cukup membantu orang2 melayu.. egoist yg hanya menyangka bahawa umno adalah hanya untuk mereka yg nak buat duit.. bila ada melayu yg bercaliber je atau penuh dgn idea.. korang hijack atau menhindari mereka2 yg sebenarnya mahu membantu orang melayu..

umno.. please wake up..

Anonymous said...

politik... =.= mcm sial je...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive