Golongan Belia Merupakan Kuasa besar Dalam sistem Ekonomi Negara.


Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya.

Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri.

Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.

Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.

Sejurus selesai menjawab pertanyaan Dewan Rakyat, satu sidang media diadakan di lobi Dewan Rakyat bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen.

Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.

Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.

Nik Aziz Masuk CCU...!!!




Ada Konspirasi Dan Desakan Untuk Azmin Berundur..!!!




Kita semua perlu faham,pertandingan kali ini berbeza dengan 2008. Pada 2008,hanya segelintir sahaja yang menjangkakan BN akan kalah teruk,hilang beberapa negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.Tidak terkecuali Pakatan Haram.Sebab itu ntah siapa-siapa diangkat menjadi calon tapi akhirnya menang.Pendek kata,dulu tak siapa hairan nak jadi calon Pakatan haram tapi sekarang berbunuhan pun sanggup,kalau diperlukanlah.itu adalah pandangan saya


Jadi tidaklah mustahil untuk situasi yang tidak menyebelahi Azmin kali ini,digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PKR sendiri untuk menjatuhkannya.sekali lagi saya tegaskan,saya tidak hairan kalau apa yang dilakukan Cabang Ampang ini adalah satu kepada permulaan yang lebih besar.Malah telah juga disebutkan kelmarin,beberapa cabang lain dalam negeri Selangor juga akan mendesak Azmin berbuat perkaran yang sama.Azmin Ali terlupa,dia tidak boleh selamanya menjadi ‘untouchable’ dalam PKR.Dulu mungkinlah kerana kurang sangat orang yang nampak potensi PKR ini pada satu ketika akan berjaya juga membentuk kerajaan.Tapi tsunami 2008 mengubah keadaan itu.Semut mana yang tidak tertarik kepada gula ya.betul tak pembaca Badut Rakyat ???


Azmin tidak mungkin tampil menjelaskan segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada dia dan isterinya Shamsidar.Ambil yang mudah cukup,saham.Tak sampai 1 hari dia mencabar supaya bukti pemilikan sahamnya didedahkan,bekas Setiausaha Sulit Anwar,Anuar Shaari tampil dengan bukti tersebut.Silap-silap,kalau dia mengulangi cabaran supaya Nalla atau Ummi mengemukakan bukti yang isterinya pernah melakukan zina dengan Anwar (dalam pengetahuannya),berkeping-keping gambar dan video akan ditunjukkan kedua Nalla dan Ummi untuk menyahut cabaran Azmin.Kalau itu berlaku,apa pilihan yang Azmin ada ??? Sudah tentu tidak ada pilihan lain,melainkan mengundurkan diri atau memujuk Anwar tampil dengan kenyataan yang sebenarnya tidak menjawab persoalan yang dikemukakan.Dalam isu pemilikan saham ini pun,sehingga sekarang Azmin tidak berbunyi apa-apa,ini pulak lagi nak cakap soal zina isterinya dengan Anwar ??? semalam dia sebut Hanya yang buta dan tuli percaya fitnah itu’...itu jer jawapan Azmin Ali kat parlimen.itu jer yang dia mampu.

Jadi Mohd Isa sebenarnya mengambil tindakan yang betul dalam mendesak Azmin kerana Mohd Isa pun tahu Azmin tidak akan berbunyi apa-apa mengenai dakwaan zina Anwar dengan isterinya.Soal saham itu mungkin,sebab dokumen boleh dinafikan ketulenan dan apa lain yang berkaitan sehingga memakan masa bertahun-tahun.Lagipun apa masalah dapat saham ??? Berbeza pula dengan tuduhan yang satu lagi.Itu boleh menjadi persepsi yang besar yang bukan sahaja menjatuhkan imej dirinya,tapi keluarganya dan Anwar juga sebab bukti kepada perlakuan tersebut sudah menjelma menjadi seorang gadis dewasa kini.

Sidang Media Shamsidar Dan Kak Wan Hanya Bayangan...!!!


Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar.

Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan.   Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’  tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega,  mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.

Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa.  Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya.   Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka.   Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi.   Itu hakikat.

Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.

Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.

Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka?  Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya?

Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama.

Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan.  Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.

Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena.  Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.  

Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku.   Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.

Khalid Gagap Sanggup Mempergunakan Agama Untuk Selamatkan DAP....!!!!


Sudah terhantuk, baru nak tergadah... begitulah perumpamaan kepada Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Kenapa masa Hassan Ali didalam pentadbiran perkara ini dipandang remeh ? Jom ikuti laporan dari KL Pos sebelum aku ulas lebih jauh lagi.

Kerajaan Negeri Selangor bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menganalisis kajian kekuatan dan kemampuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam membuat sebarang penyelesaian isu-isu berkenaan umat Islam.

Mengambil contoh Isu Gejala Murtad, jawatankuasa ini dibarisi beberapa Pemimpin yang terlibat dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin; Pengarah Penguat Kuasa Jais, Mohamad Rais Rashid; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman selaku Pembantu Exco Agama Islam.

Jawatankuasa tersebut turut dibantu 2 pegawai Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Beliau turut berkata, Anggota Jawatankuasa ini juga akan memantapkan lagi Peranan JAIS bagi mencari jalan penyelesaian dengan lebih efektif dan holistik. Satu pembentangan akan dipersembahkan kepada MAIS sebelum membawa perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kerajaan Negeri berpendapat jawatankuasa ini akan memberi penambahbaikan kepada Jais dalam peranannya untuk mengangkat martabat agama Islam terutama setelah wujudnya ‘cakap-cakap’ (kononnya ada) cubaan memurtadkan umat Islam (sebagaimana didedahkan) menerusi pendedahan video. Dakwaan ini dibuat dengan cara yang memberi gambaran seolah-olah boleh berlaku satu kegemparan jika tidak ditangani secara bijak oleh pihak berwajib,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Abdul Khalid menjelaskan Jawatankuasa iniyang dibarisi individu yang rata-rata berlatarbelakang bidang Perundangan Syariah amat rasional ditubuhkan berdasarkan rekod bukti yang amat lemah dalam mengbangkitkan isu-isu berkaitan.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan niat baik pihak tertentu yang mempertahankan kesucian Islam. Tetapi tidak boleh membenarkan mana-mana pihak menyalahgunakan pendirian ini untuk melakukan apa-apa yang boleh memberi impak negatif kepada keharmonian kaum di Selangor dan Malaysia amnya,” katanya.

Sebelum ini, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali telah membangkitkan isu berkaitan Gejala Murtad yang semakin menular di Negeri Selangor. Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri mempertikai tindakan beliau kerana didakwa tidak disertakan berdasarkan bukti yang jelas. - KL Pos

Bagi aku mudah je, selama ini JAIS telah menjalankan tugas dengan baik tetapi yang menyebabkan mereka jadi susah nak buat kerja adalah DAP dan PKR yang memperkudakan PAS !

Kenapa baru sekarang nak tubuh jawatankuasa, kenapa tidak dulu ?

Dari sini juga kita tahu bahawa Khalid tidak pernah memandang serius hal ehwal Islam.

Apa sekalipun, tahniah kepada Datuk Dr Hassan Ali kerana pendedahan beliau telah membuatkan Khalid TERPAKSA juga mengambil tindakan penubuhan jawatankuasa.

Aku harap lepas ni Khalid akan ambil tindakan untuk tubuhkan Jawatankuasa Khas juga untuk kes-kes moral pimpinan Pakatan yang mercanggah dengan akidah seperti kes zina, liwat melibatkan kepimpinan tertinggi Pakatan !

Ada berani tak Khalid ???

Harap juga, selepas ini tiada lagi rampasan arak yang akan diarahkan untuk dipulangkan semula !!! :- KGC

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive