ANTARA KEIKHLASAN TUNKU AZIZ DAN KEPURAAN SYED HUSIN


Apabila Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak bersetuju dengan dasar dan sikap diktator Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Engm beliau terus membuat keputusan untuk tidak mahu dilantik semula sebagai Senator untuk penggal kedua selama tiga tahun lagi.

Serentak dengan keputusan beliau itu, Tunku Aziz juga meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi dan keluar dari parti.

Bagi bekas Pengerusi Transparency International Malaysia itu, Dap tidak mampu memisahkan identiti dan stigma parti itu sebagai sebuah badan politik yang rasis dan cauvinis.

Tunku Aziz melepaskan segala kedudukan tingginya dalam Dap walaupun cuba disogok oleh Guan Eng untuk menerajui Penang Institute dengan ganjaran RM50,000 sebulan.

Begitu rendah pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menganggap orang Melayu seperti Tunku Aziz yang berintegriti tinggi boleh dibeli dengan jawatan dan wang ringgit.

Berbeza pula dengan Senator Dr Syed Husin Ali yang menerima perlantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua mewakili negeri Selangor.

Teringat kisah yang diceritakan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ketika berceramah di kampung dan desa mengenai betapa susahnya untuk meyakinkan bekas pensyarahnya semasa menuntut di Universiti Malaya dahulu untuk menerima pelantikan sebagai seorang Senator.

Kata Anwar, walaupun pelbagai pihak termasuk Presiden PKR, Wan Azizah serta Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin kanan parti yang lain cuba memujuk Dr Syed Husin supaya menerima pelantikan itu sebagai penghormatan di atas perjuangan lama beliau di dalam bidang politik, namun mereka semua tidak berjaya mencairkan tekad tokoh veteran itu.



Di sini Anwar menonjolkan dirinya sebagai hero filem Hindustan dengan mengatakan biar dia sahajalah yang meleraikan kekusutan itu.

Maka berceritalah Anwar bahawa beliau menalipon Dr Syed Husin yang ketika itu berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.

Dengan sekali panggilan sahaja, Anwar berkata beliau berjaya melembutkan hati mentor politiknya untuk menjadi Ahli Dewan Negara.

Maka Dr Syed Husin dilantik secara rasmi sebagai Senator pada 16 Disember 2009.

Daripada cerita Anwar bahawa gurunya itu sememangnya tidak mahu sebarang apa pun lantikan mahupun darjah kebesaran, kini Dr Syed Husin menyambung tempohnya sebagai anggota Dewan Negara untuk kali kedua.

Ada dua kemungkinan mengapa jalan cerita Anwar berlainan dengan hakikat yang berlaku.

Pertama Anwar berbohong dan mereka-reka cerita kepada penyokong PKR untuk menunjukkan betapa komitednya Dr Syed Husin yang berjuang semata-mata atas dasar prinsip tanpa mengharapkan sebarang habuan atau balasan.

Alasan ini mudah diterima akal kerana Anwar seperti yang dimaklum memang suka berbohong, contohnya beliau berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa negara akan mendapat sebuah kerajaan pusat baru di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat pada 16 September 2008 dan beliau sebagai Perdana Menteri.

16 September berlalu dengan penuh debaran dan kegusaran tetapi apa yang digendang-gendangkan tidak berlaku dan Anwar terpaksa menelan hempedu pembohongan yang pahit.

Realitinya Dr Syed Husin tidak pernah mahu menolak tawaran untuk menjadi Senator, kerana jika faktor usia atau komitmen dijadikan alasan, tidak mungkin beliau boleh menerima pelawaan kerajaan negeri Selangor untuk melantikna semula.

Semua ini adalah wayang yang dimainkan oleh Anwar dan PKR yang cuba mengaburi mata rakyat bahawa perjuangan mereka adakah ikhlas dan tidak berlapikkan kepentingan diri, keluarga dan kroni.

Inilah yang membezakan antara ketokohan sejati yang dimiliki oleh individu seperti Tunku Aziz dan kepalsuan yang dipamerkan oleh seorang yang dikatakan sebagai pejuang seperti Dr Syed Husin.

Jurang antara kedua individu ini adalah jauh berbeza.

Satu sanggup melepaskan semula jawatan berserta segala keistimewaan dan kemudahan yang boleh diperolehi.

Satu pihak lagi terpaksa memintal hikayat dan cerita ceriti untuk menutup kemahuan yang meluap-luap terhadap jawatan, prestij dan kuasa.

Amanat Haji Hadi Sedang Memakan Diri.


BUKU bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak. Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu.

Ia berlaku pada tahun 1982, di Ulu Peradung, Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya. Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu.

Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas. Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Trengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM, mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar.

Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura.

Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan "politik Islam" sehingga mengkafirkan UMNO.

Akibatnya perpecahan yang serius berlaku di kalangan umat Melayu kerana dalam kalangan yang taksub dan tegar dengan sikap radikal ini memilih jalan takfir untuk mencapai cita-cita politik dan "Negara Islam".

Pulau-memulau, solat dua imam, enggan memakan daging sembelihan orang UMNO, nikah dua kali, perkuburan yang tidak sama dan banyak lagi yang terjadi membayangkan sikap politik orang Pas yang terlalu 'tajam' terhadap orang UMNO.

Sebagai manusia Muslim, orang UMNO seperti juga orang Pas mempunyai kelemahan di samping kekuatan. Orang UMNO beriman kepada Allah, melakukan solat seperti orang Pas juga. Apakah layak mereka dituduh kafir semata-mata berbeza faham politik?

Mengkafirkan pihak lain semata-mata berbeza faham politik adalah sesuatu yang tidak syarie. Al-Quran secara jelas memberikan batas iman dan kufur serta menuntut kebijaksanaan dalam dakwah dan tarbiyah untuk disampaikan peringatan kepada mad'u atau sasaran.

Malah hadis Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya jangan mengkafirkan orang lain, bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri kita sendiri.

Ternyata Haji Hadi mengkafirkan UMNO kerana lonjakan nafsul amarah yang tinggi, dendam kesumat yang mendalam dan mencetuskan rasa kebencian yang berlarutan terhadap musuh politiknya yang beragama Islam.

Suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh Haji Hadi, UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan Malaysia sekian lama tidak menolak Islam.

Walaupun UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan ada kelemahannya tetapi kekuatan UMNO dengan agenda Islamnya dalam kerajaan tidak boleh dinafikan.

UMNO dan kerajaan tidak sekadar menjadikan Islam sebagai sumber retorik atau Islam sebagai agama rohaniah yang sempit. Kerajaan di bawah kepimpinan UMNO menghasilkan program Islam yang bercorak institusi dan lembaga yang mengembangkan pendidikan Islam hingga ke universiti, program patuh syariah dalam perbankan, takaful, suku', wakaf, industri halal dan banyak lagi.

Zaman UMNO memerintah kerajaan juga Tabung Haji dibangunkan, kebebasan melakukan dakwah dan tarbiyah terjadi, TV Hijrah dan Radio IKIM dibangunkan.

Apakah dengan agenda Islam yang banyak dilakukan oleh UMNO dan kerajaan ini layak Haji Hadi menuduh UMNO kafir sedangkan faedah daripada agenda ini dirasakan sama oleh orang Pas.

Tidak ada pula orang Pas yang menolak sistem perbankan Islam, khidmat Tabung Haji, menonton TV Hijrah dan mendengar siaran radio IKIM di samping terus menerima bantuan biasiswa untuk anak-anak mereka belajar di dalam dan luar negara.

Logiknya kalau UMNO adalah kafir, produk kerajaan dukungan UMNO yang banyak membela orang Islam sepatutnya juga dianggap produk kafir. Orang Pas juga memanfaatkan kemudahan ini.

Salah satu faktor yang menyebabkan Haji Hadi mengafirkan UMNO ialah kerana berkawan dengan orang kafir dalam pemerintahan.

Apa beza dengan Pas sekarang berkawan dengan DAP yang cauvinis. Tidak pula Haji Hadi mengatakan perbuatan itu kafir. Apakah kenyataan Haji Hadi dengan amanatnya pada tahun 1982 sedang memakan diri. Utusan

Balak Lebih Penting Dari Nyawa Rakyat Kedah


Jika tulisan boleh berbunyi, rungutan dan keluhan boleh didengar sekuat-kuatnya, tentulah bising, riuh rendah, gamat lagi bingit jadinya negeri Kedah dengan seruan memanggil Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

Serata ceruk akhbar, blog dan laman web sedang memanggilnya, serata ceruk kampung sedang menyebut namanya, meminta beliau bangun dari tidur dan melihat apa yang terjadi di negerinya. Semua orang menjerit-jerit memberitahu bahawa pembalakan tidak terkawal di negeri Kedah kini berada di tahap kronik dan bakal menyebabkan bencana. Semua orang mengharapkan beliau menjawab dan seterusnya menyelesaikan apa jua masalah yang melanda.

Namun, sehingga habis empangan tercemar, sehingga habis sungai menjadi keruh dan gondol hutan-hutan dikerjakan, Azizan masih terus berdengkur. Amaran dari pihak Jabatan Alam Sekitar juga tidak diambil endah, malah sepatah pun Azizan tidak berkata apa-apa, baik di dalam media perdana, jauh sekali di media pembangkang.

Kata orang Azizan tidak tahu apa-apa, maklumlah, akhbar Harakah langsung tidak melaporkannya.

Walaubagaimanapun, memandangkan Azizan pernah mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan, maka tidak salah jika kita mengesyaki yang Azizan bukan tidak tahu tetapi cukup maklum mengenai pembalakan tidak terkawal di kawasan tadahan di Kedah. Lebih-lebih lagi apabila Azizan sendiri pernah bermegah kerana berjaya meningkatkan hasil pungutan balak daripada RM35 juta kepada RM39 juta sejurus selepas PAS mengambil alih Kedah.

Bukan sahaja Azizan, tetapi Amirudin, exco Kedah, pada Mei lalu juga masih lagi berceramah megah mengenai ‘kebijaksanaan’ PAS membuat keuntungan dari pembalakan. Dalam satu video ceramahnya (http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v= CEaWFkAIwLU), Amiruddin berbangga mengumumkan pendapatan Kedah dari pembalakan melonjak sehingga RM48.5 juta pada tahun 2010 dan seterusnya, pada tahun 2011 pula sehingga RM80 juta!

Lihatlah saja cerdik tak cerdiknya kerajaan PAS Kedah. Walaupun ketika orang ramai sedang menjerit-jerit memberitahu bahawa pembalakan di Kedah sudah tidak terkawal, kronik dan membawa bencana tetapi pemimpin-pemimpin PAS Kedah berbangga pula kerana dapat meningkatkan pendapatan dari punca bencana itu.

    

Kita percaya, sehingga kini tiada seorang pun dari pemimpin PAS Kedah yang prihatin dan turun melihat sendiri apa yang berlaku bagi mengesahkan pendedahan ini.

Kerana itu, kita mengesyaki yang pemimpin PAS Kedah sebenarny sedia maklum mengenainya tetapi sengaja membiarkan saja keadaan menjadi buruk kerana tidak tahu cara lain lagi untuk menjana kewangan negeri.

Mereka tidak mampu membawa masuk pelaburan dan tidak pula dapat meningkatkan pendapatan anak-anak syarikat kerajaan negeri. Lalu, balak sajalah jawapannya, tidak kira yang sebesar pemeluk atau sebesar jari, semuanya ditebang asalkan ia mampu membawa masuk sedikit wang kepada negeri, atau mungkin juga ke poket sendiri.

Tidak cukup balak di negeri sendiri, kerajaan PAS Kedah juga memalukan negara dengan projek balak di Papua New Guinea. Pembelian saham projek pembalakan dan peladangan bernilai RM31.21 juta oleh Kedah Corporation Berhad (KCB) mendedahkan satu penyelewangan dalam bentuk sogokan kepada Menteri negara itu.

Laporan audit negara 2011 melaporkan kerugian yang membabitkan pembayaran goodwill kepada vendor sebanyak RM1.21 juta, pembayaran perbelanjaan mobililisasi (RM3 juta), komisyen dan yuran guaman pinjaman (RM1.6 juta) dan pinjaman dari lima syarikat dan kos berkaitan (RM7.68 juta) mulai 2007 hingga Mac 2011. Projek tersebut, bagaimanapun tidak berjalan.

Yang membuatkan kita bukan sahaja menggeleng-gelengkan kepala, tetapi ternganga kehairanan ialah semua perjanjian ini dilakukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. Sama ada kerajaan negeri Kedah termaklum atau tidak mengenainya, masih lagi menjadi tandatanya. Ini kerana, tiada sepatah pun respon dari Azizan dan sesiapa jua dari kerajaan negeri untuk menjelaskan perkara ini kepada umum.

Sikap kekampungan PAS kini terbukti menimbulkan masalah di mana mereka mengurus negeri bagaikan mengurus sebuah kampung. Etika dan professionalisme langsung tidak wujud dalam pentadbiran mereka. Prosedur dan undang-undang adalah perkara asing bagi mereka.

Dalam pada itu, mereka amat tergila-gilakan kuasa dan masih teruja dengan kedudukan dan jawatan. Mereka mengalami kejutan budaya bila berada di atas. Sangka mereka, negeri, negara dan dunia ini, diperintah secara suka-suka hati pemimpin kerana kuasa ada di tangan mereka. Oleh itu, apapun yang diperkatakan oleh media dan apapun yang disungutkan oleh rakyat terhadap kepimpinan mereka dianggap sebagai asam garam politik semata-mata.

Bagi PAS, jika Kedah akan ditenggelami lumpur, itu sudah takdir. Jika rakyat sakit akibat bekalan air tercemar, itu adalah ujian. Jika ada rakyat Kedah yang mati dalam banjir lumpur, itu sudah ajalnya.

Ia bukan tanggungjawab mereka, kerana kerajaan PAS Kedah perlu buat duit untuk negeri, dan satu-satunya cara yang ada ialah dengan menebang balak sebanyak yang mungkin dan selagi ia boleh dilakukan sementara kuasa masih di dalam tangan.

Hadi Awang Perlu Tarik balik fatwa, mohon maaf terbuka



MENGHUKUM orang Islam sebagai kafir kerana berbeza pendirian politik bukanlah satu perkara baharu malah sudah berakar umbi sejak munculnya sebuah parti politik yang menggunakan agama sebagai platform ideologinya. Hal ini dapat dibaca menerusi pelbagai tulisan sama ada yang ditulis oleh sarjana tempatan mahupun luar negara yang mengkaji politik orang Melayu di Kelantan untuk tempoh 1960-an hingga masa kini.

Prof. William Roff misalnya menghimpunkan beberapa rencana yang ditulis oleh pengkaji dan budaya tempatan Kelantan dalam naskhah Kelantan: Religion, Society and Politic in Malay States (1974); Prof. Clive Kessler yang melakukan kajian beberapa tahun mengenai politik Kelantan dalam Islam and Politics in a Malay State, Kelantan 1838-1969 (1978); Prof. N John Funston dalam Malay Politics in Malaysia: A Study of the Malays United Organisation and Party Islam (1980); Prof Hussin Mutalib, Islam and Ethnicity in Malay Politics (1990); Prof. Firdaus Abdullah dalam Radical Malay Politics: It Origins and Early Development (1985); dan beberapa orang lagi telah menemukan bahawa pertembungan politik yang berteraskan nasionalisme dan ideologi Islam telah menyebabkan berlakunya persoalan kafir mengkafir sesama umat Islam.

Bagaimanapun, menghukum sesama Islam yang tidak sehaluan pendirian politik menjadi semakin serius apabila seorang yang dianggap radikal dalam Pas mengeluarkan fatwa pada tahun 1981 dan kemudiannya diulang serta dicetak secara meluas untuk dijadikan ?doktrin politik" dan ?kehendak agama" bagi menghadapi pilihan raya umum pada tahun 1982 ekoran kemasukan Anwar Ibrahim dalam UMNO dan kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai ?ultra Malay."

Kemuncaknya dapat disaksikan berlakunya perpecahan masyarakat yang lebih kritikal di beberapa buah kampung di Terengganu dan Kelantan sehingga insiden pulau memulau jiran tetangga dan sekampung, haram memakan sembelihan, sembahyang dua iman, haram menziarahi kematian orang berlainan sokongan politik, perceraian akibat berbeza parti, dan tidak kurang juga pergaduhan sehingga terputusnya silaturrahim walaupun sedarah, seagama, seketurunan ataupun dilahirkan oleh ayah dan ibu yang sama.

Konflik politik itu masih belum berakhir hingga sekarang meski pun tahap keseriusannya tidaklah sehebat situasi pada tahun 1980-an dan 1990-an. Isu ini kembali menyengat apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang beberapa hari lalu memohon maaf semasa berucap di Sidang Dewan Undangan Negeri atas kesilapan politik dan tindakannya selama ini walaupun beliau tidak pernah mengakui bahawa fatwa yang dibuatnya sejak lebih tiga dekad menjadi faktor terbesar berlakunya perpecahan dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia.

Apa pun, kerana parti berkenaan dilihat semakin terdesak, angin perubahan golongan muda untuk tidak mempercayai kepimpinan mereka yang dilihat semakin tidak relevan, maka adalah lebih manis membuat permohonan maaf meskipun ia lebih bersifat politik berbanding permohonan maaf berdasarkan kesedaran sebenar untuk mengulangi kesilapan.

Barangkali adalah lebih baik jika kita membaca semula sebuah buku kecil yang pernah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung dengan tuduhan kafir mengkafir sesama Islam. Adalah lebih baik kita cuba memahami apa yang dijelaskan dalam buku kecil yang bertajuk Penjelasan Mengenai Isu Mengkafirkan Orang Islam, Jihad dan Mati Syahid yang diterbitkan pada tahun 2002, kerana ia ditulis berdasarkan pendapat dan tafsiran ulama muktabar dan bukannya ulama politik.

Tuduhan bahawa pemimpin dan penyokong UMNO adalah kafir berdasarkan daripada penjelasan Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 44 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah), menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah); sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan).

Oleh itu hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia), dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

Dalam ayat 47 surah yang sama, Allah SWT menjelaskan: ?Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Ayat-ayat itulah yang menjadi sandaran atau hujah untuk melabelkan seseorang itu sebagai kafir walaupun tafsiran ulama yang muktabar membuktikan berlaku salah tafsiran (orang Pas) dan tidak menepati maksud sebenar.

Maksud sebenar ayat-ayat tersebut (Surah al-Maidah ayat 44 dan 45) ialah:

(1) Dalam kitab Tafsir Ruhul Ma?ani Juzuk 6 halaman 130, ialah ?Golongan Khawarij telah membuat hujah dengan ayat ini bahawa orang fasik (yang melakukan dosa) adalah kafir yakni tidak mukmin." Pendapat golongan Khawarij ini dijawab oleh ulama Islam dengan beberapa jawapan antaranya:

(a) Ayat tersebut tidak dimaksudkan dengan makna zahir kerana menghukum itu meskipun pengertiannya meliputi amalan hati dan perbuatan anggota lahir, tetapi yang dimaksudkan ialah amalan hati itu sendiri, iaitu ?mempercayai?' atau ?tidak mempercayai?' hukum Allah.

Maka tidak syak lagi bahawa seseorang itu menjadi kafir jika ia tidak mempercayai akan apa yang diturunkan oleh Allah; tetapi ia tidak kafir sekiranya ia tidak mengamalkan atau melaksanakan hukum Allah.

(b) Dalam tafsir Ruhul Ma?ani juga dijelaskan lagi bahawa Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa ?sesungguhnya Allah menurunkan ayat-ayat di atas (ayat 44, 45, 47 Surah al-Maidah) hanya mengenai orang Yahudi, semata-mata?' (tidak dimaksudkan kepada orang mukmin (Islam).

(c) Seterusnya Tafsir Ruhul Ma?ani menerangkan bahawa Abi Salleh telah berkata: ?Tiga ayat dalam Surah al-Maidah tersebut tidak kena-mengena dengan orang Islam, ayat tersebut adalah mengenai orang kafir?.

Jika benarlah tiap sesuatu yang dilakukan yang bertentangan dengan hukum Islam akan menjadikan seorang Islam itu kafir, maka mungkin 99.9% daripada orang Islam sudah menjadi kafir selama ini (peratusan ini sebagai gambaran yang manusia tidak maksum). Mereka tetap sebagai orang Islam walaupun mereka berkali-kali membuat dosa.

Seseorang yang murtad ialah mereka yang menolak agama Islam selepas ia memeluk Islam, dan juga orang Islam yang mengkafirkan orang Islam yang lain tanpa usul periksa sedangkan orang Islam itu masih berpegang kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Oleh itu, mana-mana pemerintahan Islam di dunia ini adalah bertanggungjawab memastikan perkara ini supaya tidak menjejaskan kekuatan umat Islam. Jawapan sudahlah jelas bahawa orang UMNO tidaklah kafir kerana orang UMNO, mereka tetap beriman dengan al-Quran serta sentiasa berusaha mempertingkatkan kedudukan Islam di negara ini.

Mengenai isu dan hukum Takfir (mengkafirkan orang Islam) ini, Ahli Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 27 - 28 Mei, 1963 telah mengeluarkan pendapat seperti berikut:

l ?...Adalah kufur mengkufurkan seseorang Islam itu satu daripada perkara yang dipandang tersangat berat di dalam agama Islam. Kiranya orang yang dihadapkan kepadanya perkataan itu tidak tepat sifat-sifat yang menjadikan dia murtad, maka kembalilah hukum murtad itu kepada orang yang berkata itu pula".

l ?...Mengikut kitab karangan Syarwani dalam juzu? 9 muka surat 88 ada mengingatkan orang-orang Islam supaya jangan terburu-buru mengatakan kufur kepada seseorang Islam, apatah lagi bagi orang awam sangat tidak digemari mengeluarkan perkataan kufur kepada saudara-saudaranya yang lain."

l ?...Ahli-Ahli Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlis Raja-Raja menasihatkan setiap orang Islam bahawa kalimah kufur mengkufurkan sesama Islam itu hendaklah dipelihara daripada lidah masing-masing sama ada dalam kempen-kempen atau perbualan hari-hari atau lainnya."

l Ayat 44 Surah al-Maidah adalah ditujukan kepada orang kafir Yahudi kerana mereka mengubah hukum Allah dan menggantikannya dengan hukum ciptaan mereka sendiri. Ini jelas dari ayat tersebut yang mengisahkan turunnya kitab Taurat yang dikaitkan dengan orang Yahudi.

l Tidak menjadi kafir seseorang Islam yang tidak melaksanakan hukum Islam dalam sesebuah negara selagi ia tidak mengingkari kebenaran hukum tersebut yang datang dari Allah; apatah lagi jika ia (atau mereka) tidak mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.

l Pas mengkafirkan UMNO semata-mata atas dasar perbezaan politik kerana kedua-duanya merebut pengundi Islam, khasnya orang Melayu.

Dalam hal ini, siapakah yang sebenarnya yang menolak serta memutarbelitkan al-Quran dan al-Sunah? Siapakah yang sebenarnya kafir?

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: ?Jangan engkau menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah." (Surah Sad, Ayat 26).

Maka wajarlah Presiden Pas itu mengambil pendirian memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di Malaysia dan dengan hati penuh ikhlas menarik balik fatwa yang telah banyak meninggalkan kesan negatif sehingga mengakibatkan pecah belah masyarakat dan suasana persaudaraan yang dibingkaikan oleh tafsiran politik matlamat menghalalkan cara.

Bukti DAP Rasis: Lantik Cina Jaga Hal Ehwal Melayu


Sejauh mana agaknya DAP menyangka mereka mampu menipu orang-orang PAS atau orang-orang Melayu kononnya parti itu bersifat terbuka dan menerima berbagai kaum secara sama rata? Sebodoh-sombong manakah DAP sehingga menyangka yang orang Melayu semuanya bodoh seperti mereka juga?

Jika DAP tidak bodoh, maka, apa ke jadahnya parti itu melantik seorang Cina untuk menjaga hal-ehwal Melayu?

Inilah yang berlaku dalam Kongres DAP 2012 pada hujung minggu lalu di mana setelah semua Melayu yang bertanding untuk Jawatankuasa Kerja Pusat DAP (CEC) kalah, maka parti itu cuba menutup sifat rasis mereka melalui lantikan di bawah kuota Melayu.

Antara yang dilantik ialah Zairil Khir Johari iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semua, Zairil juga adalah CEO Penang Institute (badan pemikir DAP).

Tentu ramai yang hairan dan tidak percaya bagaimana Guan Eng atau DAP boleh melantik seorang Melayu bagi jawatan-jawatan penting ini sedangkan di mana-mana syarikat yang dikuasai Cina, untuk menaikkan pangkat seorang Melayu yang layak ke tahap pengurusan atasan juga adalah sesuatu yang mustahil.

Setelah mengkaji latarbelakang Zairil maka kehairanan ini pun terjawab. Dan jawapan yang didapati pula disahkan sendiri oleh laman pro-pembangkang iaitu Suara PR.

Jawapannya ialah kerana Zairil bukan seorang Melayu tetapi Cina.

Nama sebenar Zairil ialah Zairil Khir Johari bin Abdullah. Beliau adalah anak tiri kepada Menteri UMNO, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Zairil adalah anak kepada Cristine Lim Abdullah hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina juga. Cristine berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari pada tahun 1996 manakala Zairil kini berusia 29 tahun. Jelas bahawa tiada setitis pun darah Melayu yang mengalir dalam tubuh Zairil.

Dengan itu, motif Zairil menggunakan nama bapa tirinya amatlah meragukan memandangkan beliau bukannya anak kecil ketika Tan Sri Khir berkahwin dengan ibunya.

Dan kini, keraguan itu juga menjadi jelas apabila beliau menggunakan nama tersebut untuk mengaburi mata rakyat bagi menjustifikasi kedudukannya sebagai wakil Melayu dalam DAP.

Hakikatnya, Zairil tidak mungkin diberi kepercayaan oleh Guan Eng untuk menjaga hal-ehwal politiknya, jauh sekali menjadi meneraju badan pemikir untuk partinya jika beliau seorang Melayu. Ini adalah sesuatu yang semua rakyat Malaysia sedia maklum.

Namun, apa yang lebih penting untuk dikupas di sini ialah hakikat bahawa DAP telah melantik seorang bukan Melayu untuk mewakili Melayu.

Bagaimana untuk menjelaskan lantikan seseorang yang bukan dari kalangan kita untuk mewakili kita? Sedangkan orang itu pastinya kurang arif tentang kehendak dan keperluan kita serta apa yang terbaik untuk kita. Bukan itu saja, terdapat juga persoalan apakah kita yakin yang beliau benar-benar akan memperjuangkan nasib kita, yang bukan merupakan ‘orangnya’.

Serta, apakah jaminan yang beliau tidak akan mengorbankan kepentingan kita untuk menjaga kepentingan ‘orang-orangnya’.

Justeru, apakah yang boleh ditafsirkan dari perlantikan Zairil Khir Johari bin Abdullah ini sebagai wakil Melayu di dalam DAP?

Tidak ada tafsiran lain lagi yang lebih tepat selain dari DAP terlalu angkuh dan terlalu membenci Melayu untuk meletakkan seorang Melayu sebagai wakil Melayu. Dan selagi boleh, DAP akan cuba mengelak, menipu dan memanipulasi keadaan bagi memastikan Melayu terus dibelakangkan dalam parti, dalam ekonomi dan dalam segala-galanya.

Laman Suara PR boleh cuba membentangkan berbagai alasan berbentuk undang-undang dan perlembagaan untuk menjustifikasikan perlantikan Zairil, namun ia tidak akan dapat menutup hakikat keangkuhan dan sifat perkauman DAP yang tiada taranya.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive