Karpal Singh perlu tampil secara sukarela walaupun tidak dipanggil untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd.

Tindakan tersebut wajar sekiranya Pengerusi DAP itu adalah seorang peguam atau pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan berintegriti.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haron berkata, Karpal tidak seharusnya mengambil sikap 'menikus' jika tidak mahu orang ramai melihat beliau sebaliknya.

"Sebagai seorang peguam berpengalaman, Karpal tidak perlu takut membantu mengemukakan bukti dimilikinya tentang kegiatan liwat Anwar seperti dinyatakan di Parlimen pada tahun 1997.

"Walaupun Karpal dan Anwar kini sudah 'bersaudara', namun kenyataan tersebut tidak pernah ditarik balik menunjukkan bukti yang dikatakan sebelum ini benar-benar wujud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tony Pua, Mandi Pagi Dulu Sebelum Tuduh Orang Lain Busuk..!!!


Tony Pua, (DAP – Petaling Jaya Utara) dengan bangga dan konsisten sekali terus memainkan peranannya sebagai ‘pejuang tender terbuka’ atau ketelusan dalam pentadbiran kerajaan BN.

Nampaknya, Tony Pua ini telah terlepas pandang akan laporan-laporan akhbar mengenai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato’ Seri Najib. Jika ini tidak benar, tentu Tony Pua sedia maklum bahawa tender terbuka merupakan antara tunjang program transformasi kerajaan dalam memperkatakan tentang ketelusan.

Oleh itu, sistem tender terbuka telah sememangnya diamalkan oleh kerajaan BN dan sudah pun menunjukkan keberkesanan atau kejayaan di mana Malaysia telah diiktiraf oleh firma antarabangsa iaitu A.T Kearney sebagai 10 negara terbaik dalam indeks keyakinan pelabur asing 2012.

Kalau ada pun projek yang diberikan secara rundingan terus, ia adalah projek yang melibatkan rahsia pertahanan dan rahsia sulit negara, atau memerlukan tindakan cepat dan ‘khas’ seperti yang melibatkan bantuan ataupun projek-projek berskala besar dan signifikan untuk kesejahteraan rakyat atau pembangunan negara.

Ini adalah amalan biasa oleh mana-mana kerajaan yang bijak dan mementingkan keselamatan rakyat serta negaranya.

Justeru, tiada sebab untuk Tony Pua terus menyalak memperjuangkan sesuatu yang telah pun ada di depan mata. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan PR sendiri masih bergelumang dengan masalah ketidaktelusan yang amat serius sehingga mampu membawa bencana besar kepada rakyat.

Tahukah Tony bahawa rakyat tidak pernah lupa akan ‘ketelusan’ DAP dalam menangani kes rasuah pemimpin mereka sehingga membawa kepada kematian saksi penting SPRM, iaitu Teoh Beng Hock? Tidak cukup dengan itu, DAP bertindak mengalihkan isu rasuah mereka dengan mempolitikkan pula kematian Teoh Beng Hock dengan menyalahkan SPRM.

Itu belum lagi dikira aduan rakyat mengenai ahli majlis yang menyonglap peruntukan untuk Pusat Khidmat DAP atau kes salah guna kuasa memberi sokongan kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga sendiri.

Beberapa kemusykilan juga pernah dibangkitkan mengenai pemberian projek di Pulau Pinang antaranya tender bagi projek di Taman Perindustrian Batu Kawan dan Bukit Jambul Country Club. Antara yang dipersoalkan ialah tindakan Ketua Menteri hanya memanggil satu syarikat sahaja untuk rundingan khas walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang mengambil bahagian serta penganugerahan projek kepada syarikat yang mempunyai masalah kewangan sedangkan syarikat-syarikat yang digagalkan adalah lebih berupaya dan berkredibiliti.

Selain itu, DAP juga turut dipersoal mengenai syarat yang dikenakan bagi tender melebihi RM10 juta di mana kontraktor yang berjaya perlu membuat sumbangan. Persoalan ini kemudiannya membawa kepada skandal rumah Lim Guan Eng yang dikatakan berkait dengan projek Taman Manggis dan syarikat Winbond Sdn Bhd yang mana laman webnya dipadamkan sejurus selepas skandal ini meletup?

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang melantik HDB Singapura bagi projek di Batu Kawan juga menimbulkan tandatanya, kerana ia seolah-olah menunjukkan tiada kontraktor Malaysia yang mampu untuk membina rumah yang berkualiti. Semua persoalan ini masih lagi tinggal persoalan yang tenggelam dalam ‘ketelusan’ DAP.

Bukan sahaja DAP, tetapi kerajaan PKR Selangor juga pernah ‘kantoi’ memberi projek membekalkan hamper Hari Raya bernilai RM2 juta tanpa melalui tender terbuka sejak 2009 hingga 2011.

Mungkin projek hamper dan pembinaan rumah dianggap perkara kecil oleh Tony Pua, tetapi bagaimana pula dengan projek balak di Kedah dan paling hangat kini, di Kelantan. Walaupun kerajaan Negeri Kedah pernah membuat kenyataan penuh bangga bahawa projek balak negeri itu diberikan melalui tender terbuka tetapi sehingga kini tiada siapa yang mengetahui secara terperinci syarikat-syarikat yang terlibat iaitu yang gagal mahupun yang berjaya mendapat projek tersebut. Bagaimana dikatakan terbuka jika tiada siapa yang dapat melihatnya?

Tony Pua juga perlu bertanya kepada rakannya Ngeh Koo Ham yang pada mulanya beria-ia menafikan menerima tanah dari kerajaan PAS Kelantan tetapi terpaksa mengaku apabila menyedari yang maklumat pemilikan syarikat bukanlah sesuatu yang sukar dicari dan didedahkan oleh sesiapa saja.

Apakah semua yang disenaraikan di sini merupakan tindakan telus di pihak DAP, mahupun PR? Atau apakah Tony ingin mengiakan tuduhan BN bahawa DAP atau PR sememangnya gemar bercakap tak serupa bikin? Mengamalkan dwi-standard, dia buat tak apa orang lain tak boleh?

Dengan terus membangkitkan soal ketelusan dan tender terbuka, Tony seolah-olah menyamakan dirinya dengan puak-puak bengap yang menentang Lynas akibat tak faham fakta sains dan kemudian mogok lapar tapi tak tahan lapar. Oleh itu, sebelum bercakap, tengoklah diri sendiri terlebih dahulu. Sebaiknya, mandi dan cucikanlah diri dahulu sebersih-bersihnya, sebelum keluar rumah dan menuduh orang lain berbau busuk.

Shamsidar Wajib Ke Mahkamah Untuk Nafi Segala Skandal Seksnya


Sebagai seorang seorang isteri pemimpin politik yang kaya raya, siap dengan kereta mewah dan rumah berharga berjuta serta pernah juga memegang pendapatan sendiri yang cukup lumayan sebagai pengarah syarikat walaupun tidak perlu bekerja, Shamsidar Tahrin sewajarnya dilihat sebagai wanita yang memiliki segala-galanya.

Namun, di sebalik semua ini, Shamsidar dilihat sebagai isteri yang paling malang kerana mempunyai suami yang kalau tidak dayus, tentunya tidak menyayanginya langsung. Ini kerana apabila nama beliau menjadi gah dikaitkan dengan skandal seks bersama Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri, suaminya langsung tidak mengambil apa-apa tindakan tegas untuk membela dan membersihkan namanya.

Dengan bukti DNAnya yang didapati dari tilam dalam kes liwat 1 yang membabitkan Anwar, nama Shamsidar kini busuk, sebusuk-busuknya. Malah, kisah-kisah dalaman dan terperinci yang didedahkan oleh ahli keluarga suaminya, Ummi Hafilda serta rakan baik Anwar, Nallakarupan menjadikan Shamsidar bagai wanita yang tiada harga walau sesen pun lagi. Tidak cukup dengan itu, anaknya Afifa turut terheret sekali apabila didakwa sebagai anak luar nikahnya dengan Anwar.

Malang bagi Shamsidar kerana walaupun sehingga begitu sekali aibnya dibuka, suaminya masih tidak tampil ke hadapan membela maruahnya. Tidak juga suaminya bertindak memencilkan diri dan keluarga mereka dari pandangan umum, sebaliknya masih begitu ghairah menonjolkan diri mengejar cita-cita untuk berkuasa sambil membiarkan saja maruah isterinya dipersoal dan dipijak-pijak.

Sehingga kini, Nalla dan Ummi terus menjadikan Shamsidar sebagai bahan ceramah dan kenyataan media. Lebih dahsyat, Nalla juga menyatakan yang beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman aksi Anwar dengan Shamsidar yang pasti mengejutkan.

Semua ini adalah tuduhan dan dakwaan yang amat berat dan mampu menghancurkan hidup seorang wanita dan sebuah keluarga, apatah lagi suaminya yang bergelar ahli politik.

Tidak ada seorang manusia pun yang akan terus berdiam diri jika dirinya dituduh dengan sebegitu rupa. Dan tiada suami yang boleh menahan diri dari mengambil tindakan sewajarnya jika isterinya dituduh atas kesalahan yang begitu kotor dan hina sedangkan di masa yang sama beliau kononnya percaya yang isterinya tidak bersalah.

Tetapi, inilah yang berlaku kepada Shamsidar. Suaminya hanya tahu membuat penafian secara ringkas terhadap segala tuduhan terhadapnya, tetapi selebihnya enggan mengulas lanjut.

Justeru, sudah sampai masanya, Shamsidar bertindak sendiri untuk membersihkan namanya, jika benar beliau tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Anwar. Bukankah sudah jelas kini bahawa Shamsidar tidak boleh mengharapkan perlindungan atau pembelaan suaminya.

Sesungguhnya, suami seperti Azmin, tidak layak dihormati. Adalah dayus bagi lelaki membiarkan isterinya dihina jika isterinya benar-benar tidak bersalah, dan dayus juga bagi lelaki yang rela isterinya dikongsi oleh orang lain.

Penting bagi Shamsidar untuk membersihkan namanya jika beliau tidak mahu keturunannya menanggung malu selama-lamanya. Ini kerana, sejarah silamnya tidak akan hilang dan dilupakan begitu saja memandangkan beliau bukannya orang biasa. Beliau adalah isteri seorang ahli politik yang didakwa berhubungan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Malaysia

Justeru, seluruh keturunannya akan dikenang dengan kisah gelap ini yang pasti terpahat kemas dalam sejarah politik negara. Ia bakal menjadi rujukan, sebagai pengajaran kepada pemimpin masa depan.

Apakah Shamsidar tidak kisah jika seluruh keturunannya terpaksa menanggung malu memikul beban namanya yang busuk? Apa kata cucu-cicitnya nanti? Terutama, anak-anak Afifa? Apakah Azmin mampu mencantas terus susur galur keturunannya bagi memastikan kisah silam tidak dibongkar kepada keturunannya oleh keluarganya sendiri?

Semuanya terpulang kepada Shamsidar sama ada untuk bertindak sewajarnya membawa Nallakarupan dan Ummi Hafilda ke mahkamah dan mencabar mereka secara rasmi, atau terus hidup dalam keadaan dan pandangan hina.

Jika Shamsidar memilih untuk hidup dalam penuh kehinaan, dipandang serong oleh jiran dan rakan, sentiasa gusar dicemuh di belakang dan mungkin juga berdepan di majlis-majlis hanya kerana beliau enggan membela diri melalui undang-undang, maka kita melihat bahawa mungkin inilah cara hidup yang layak bagi seorang wanita yang bukan sahaja sanggup menduakan suami, tetapi, suatu ketika berbangga dan secara terbuka pula bermegah mengenainya.

SHAMSIDAR BAKAL SINGKAP SALAH LAKU SEKS ANWAR


Apabila seorang ahli politik seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menggunung untuk menjadi Perdana Menteri maka segala aspek kehidupannya menjadi teropongan rakyat.

Lebih-lebih lagi jika ia mahu menjadi Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam seperti Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama persekutuan serta majoriti rakyatnya pula adalah penganut agama Islam.

Maka kriteria untuk mana-mana calon Perdana Menteri akan menjadi bertambah ketat dan telus.

Bukan sahaja beliau perlu mempunyai ketokohan dan sifat kepimpinan yang kukuh serta mantap tetapi juga perlu melepasi ujian moral dan akhlak yang tersemat dalam ketinggian nilai-nilai agama yang luhur dan murni.

Anwar yang sejak dahulu tidak pernah sesekali menyembunyikan hasrat dan desakan kalbunya untuk memimpin Malaysia bukan sahaja tidak terkecuali daripada penilaian rakyat yang bakal dipimpinnya tetapi juga ujian kelayakan dari sudut agama.

Kini Anwar bakal menghadapi satu lagi proses perundangan di mahkamah dalam perbicaraan kes saman beliau terhadap bekas rakan permainan tenisnya, Senator S. Nallakaruppan yang didakwa telah memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam aktiviti biseksual.

Anwar dan tuduhan salahlaku seks samada di luar tabii atau sebaliknya bukanlah baru.

Bermula dengan perbicaraan tahun 1998 yang mensabitkan beliau dengan kesalahan atas jenayah liwat dan salahguna kuasa, Anwar telah melalui satu lagi perbicaraan jenayah liwat pada tahun 2008, kali ini membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Kes kali ini antara Anwar dan Nalla adalah berbentuk sivil, bukannya konspirasi politik membabitkan pemimpin atasan UMNO seperti yang gemar diwar-warkan oleh beliau dan diperpanjangkan oleh kuncu-kuncunya di pentas-pentas politik.

Kesnya adalah mudah; Anwar berasa dakwaan bekas kroninya itu adalah bersifat fitnah dan tohmahan bagi mencemarkan imej beliau sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR lalu mengambil langkah untuk menyaman Nalla.

Yang menarik perhatian Anwar dan mungkin juga ini yang menyebabkan beliau tidak lena tidur saban malam ialah 10 nama yang telah disenaraikan oleh pihak peguambela Nalla.

Antara nama tersohor yang tercatat dalam senarai saksi yang bakal dipanggil oleh peguambela Nalla ialah Shamsidar Taharin, satu nama yang sebati dan sinonim dengan perbicaraan tahun 1998.

Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan kini menduduki jawatan orang nombor dua dalam PKR sebagai timbalan presiden.

Shamsidar sekian lama telah berjaya mengelak daripada dirinya terseret dalam drama skandal seks membabitkan Anwar tetapi kali ini nampaknya usaha beliau untuk terus mengelak mungkin sudah sampai ke penghujung jalan.

Sejak 14 tahun lalu nama Shamsidar, isteri kepada Anwar sering dikaitkan sebagai individu yang pernah menjadi mangsa kerakusan seks Anwar tetapi dakwaan ini tidak pernah dapat dibuktikan.

Malah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail juga menutup rapat mulutnya daripada memberi sebarang komen atau penjelasan walaupun didesak, ditekan dan diasak oleh kawan dan lawan.

Mungkin Dr Wan Azizah sebagai isteri yang setia hanya mampu memendam hati dan perasaan demi menyelamatkan mada depan dan karier politik suaminya.

Ini kerana tuan empunya badan iaitu Shamsidar tidak pernah membuka mulut samada untuk menafikan tuduhan berat itu apatah lagi untuk mengiyakannya.

Bagi rakyat yang selama ini ternanti-nanti untuk mengetahui kedudukan sebenar dan juga kebenaran disebalik misteri Anwar-Shamsidar sudah tentunya menunggu perbicaraan yang bakal menjelang dengan penuh debaran.

Agak lucu apabila media melaporkan PKR akan menganjurkan Himpunan Shamsidar bagi menghalang isteri Azmin itu mengambil tempatnya sebagai saksi apabila tiba masa perbicaraan kelak.

Mungkin penyokong PKR menjangka perbicaraan yang melibatkan bos mereka kali ini akan menjadi hebat dan sensasi daripada perbicaraan liwat kedua.

Namun parti yang kononnya mendokong dan sering melaung-laung di jalanan untuk menegakkan keadilan kini menjadi golongan yang sama untuk memusnahkan institusi keadilan apabila kepentingan mereka terancam.

Adakah pihak pembangkang bermimpi bahawa para hakim di negara ini mudah untuk ditakut-takutkan dengan demonstrasi ataupun perhimpunan demi melindungi kepentingan seorang yang terbabit dengan pelbagai dakwaan kepincangan akhlak dan moral?

Jika benar Anwar adalah manusia 'suci' dan 'maksum' yang diyakini oleh penyokong PKR, maka usahlah gundah dan gulana menghadapi perbicaraan yang bakal menjelang.

Sudah tentu 'kesucian' dan 'kemaksuman' diri Anwar akan terserlah jua sekiranya beliau di pihak yang benar!

Maka janganlah dilayan sangat desas desus bahawa perbicaraan ini adalah satu lagi konspirasi politik berpanjangan untuk meranapkan impian Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi anggaplah masa untuk mengangkat tirai kebatilan sudah tiba.

ISU KALIMAH ALLAH: PAKATAN RAKYAT BAKAL BERPECAH


Mahaguru fahaman pluralisme di Malaysia, Anwar Ibrahim amat gelisah apabila Pas membangkang gesaan Dap berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian di dalam Al Kitab (Injil).

Justeru, tidak mahu isu itu merebak kepada tahap menggugat kerjasama PKR, Dap dan Pas dalam Pakatan Rakyat, Anwar telah memanggil mesyuarat tergempar pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti untuk merungkai satu lagi krisis yang berpotensi meledak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Isu penggunaa kalimah ALLAH kembali menjadi panas apabila Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng menghidupkan balik isu itu dalam perutusannya menjelang sambutan Hari Krismas pada 24 Disember lalu.

Dap menegaskan kerajaan perlu membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab iaitu versi bahasa Melayu kitab Injil.

Jika Dap benar-benar mahu menjadi jaguh kepada penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian di Malaysia, mengapa isu ini diperjuangkan hanya sejak dua tahun lalu dan tidak dari masa parti itu ditubuhkan?

Mengapa ketua agama Kristian sedunia, Paus Benedict XVI tidak menggunakan kalimah ALLAH di dalam mana-mana ucapan atau penulisan gereja di negara-negara Barat?

Mengapa di Malaysia yang mana umat Islam adalah lebih 60 peratus daripada jumlah penduduk negara manakala penganut Kristian hanya mencecah 9.2 peratus sahaja, isu ini perlu digembar-gemburkan sehingga ke tahap mencabar Perlembagaan Negara?

Ini tidak lain tidak bukan kerana pembangkang mahu mempolitikkan isu yang sensitif ini untuk dilihat sebagai hero menjelang pilihan raya.

Ia juga menjadi sebahagian daripada agenda licik pembangkang terutamanya Dap untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta melemahkan kedudukan umat Islam di negara ini.

Dengan menggunakan logik yang tidak masuk akal dan berselindung di sebalik jaminan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan, pembangkang cuba mengeksploitasi ruang yang diberi bagi kepentingan politik mereka.

Pas, yang sekian lama dituduh sebagai keldai tunggangan Dap dan dipaksa tunduk kepada kemahuan parti cauvinis Cina itu dalam beberapa isu sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian keras Dap.

Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa penganut Kristian di negara ini tidak harus menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab.

Ini kerana jika digunakan tanpa melihat keadaan sosio-politik dan latarbelakang Islam sebagai agama persekutuan di negara ini, ia menimbulkan kekeliruan di kalangan kedua-dua penganut Islam dan Kristian.

Bayangkan tertera kalimah ALLAH pada papan tanda gereja yang sudah tentunya akan menimbulkan kemarahan umat Islam apatah lagi mengelirukan umat Islam khususnya golongan belia dan remaja yang masih belum mantap pemahaman agama mereka.

Dap hanya memikirkan kepentingan segolongan kecil penganut satu agama sahaja tetapi kerajaan harus menjaga kepentingan dan hak semua rakyat daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan bangsa.

Kali ini nampaknya Pas tidak akan berganjak dalam isu ang menyentuh sensitiviti dan kepentingan agama Islam dan sanggup bertarung dengan Dap untuk menegakkan pendapatnya.

Jika Pas berundur dan terus akur kepada tekanan Dap bermakna ia tidak layak mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan lebih elok dibubarkan sahaja parti itu.

Kredibiliti pas akan terjejas teruk jika ia tidak mempertahankan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai pendirian rasmi parti itu.

Mengalah dalam isu ini akan bererti Pas akan kehilangan bukan sahaja keyakinan ahli-ahlinya sebagai sebuah parti Islam tetapi juga undi pada pilihan raya nanti.

Sanggupkah Pas dilabel sebagai parti bacul yang berdegar-degar melaungkan mengenai Islam tetapi cabut lari apabila dicabar oleh Dap sedikit?

Sudah tentunya dalam polimik isu kalimah ALLAH ini, Anwar akan muncul sebagai hero yang akan menyokong kuat pendirian Dap dengan mengenepikan pendapat Pas.

Dap sejak 2008 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13, namun Pas selama ini hanya berdiam diri dan pada muktamarnya baru-baru ini telah mencalonkan presidennya, Abdul hadi Awang.

Jadi tidak mungkin Anwar akan membiarkan sokongan kuat Dap kepadanya sebagai calon Perdana Menteri akan dibiarkan digugat oleh Pas.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan untuk membincangkan isu kalimah ALLAH akan mengeruhkan lagi hubungan Pas dan Dap yang sudah pun tegang sejak sekian lama.

Mereka adalah musuh politik tradisi dan tidak mungkin sepandai mana Anwar bersilat di gelanggang politik Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang mampu mencemar imej dan maruah Islam.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive