PR Menolak DAP


Terkejut melihat rumah ini, agaknya rumah ini memilih kerajaan perpaduan yang dilaung2kan oleh Hadi Awang.

Setiba Man Laksa di Merlimau melihatkan keadaan yang begitu sunyi disini macam tiada agin yang bertiup kencang hanya kehebatan bendera sahaja yang membakar semanagt mungkin belum ada percikan api yang kuat untuk menggegarkan lagi di Merlimau.

Anuar Ibrahim Di Angkat Oleh Ulama India...!!!

Calon BN Merliamu Mula Berkerja....!!



Roslan Datuk Ahmad Dari Keluarga Politik....!!!


Roslan Datuk Ahmad, anak bekas ADUN Sungai Rambai Datuk Ahmad Ithnin diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Merlimau.

Roslan merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings.


DS Ali Rustam awal-awal lagi memaklumkan semalam, nama-nama mereka yang dicalonkan tetapi tidak dipilih jangan kecewa dan kecil hati.


Mungkin kali ini rezeki Roslan. Siapa tahu pada PRU-13 nanti nama-nama tersebut dicalonkan semula dan dipilih, siapa tahu!


Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )

Pendidikan
Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBM
Tahun : 1994-1996

Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009 - http://prkmerlimau.blogspot.com/




Sudirman Banyak Menaikkan Lagau Rakyat Dan Patriotik...!!!


Tema lagu


Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.


Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa seperti lagu Pesan Abang, Jamilah, Sepetang Di Pinggir Bukit, Orang Kampung dan banyak lagi. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan.

Anak Muda, Anak Desa


Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung halaman apabila menyanyikan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua) dan Anak Gembala dengan tempo yang rancak dan girang.

Lagu seperti Apa Khabar Orang Kampung mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita. Lagu Balik Kampung merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.

Ketika bermula era "siswazah menganggur" Sudirman terlebih dulu menyingkapkan dalam lagu Aku Penganggur. Sekalipun lagu ini berentak rancak tetapi isu yang dilontarkan tentang stigma penganggur sampai kepada sasaran.

Lagu Aku Dan Duniaku menceritakan Sudirman dengan dunia pilihannya, manakala lagu seperti Baru Dapat Kerja, Orang Muda dan Pulang Dari Kilang adalah paparan mengenai jiwa dan perasaan orang muda, terutama yang baru bekerja.

Nasihat

Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.

Sudirman mengabadikan puisi nukilan Allahyarham JM Aziz iaitu Penyu Menangis Siapa Tahu yang sebenarnya mengenai rayuan seekor penyu agar manusia menghentikan pencemaran alam sekitar.

Lagu Pesta Dunia mencela manusia-manusia negara kaya yang membazirkan makanan dan memperpanjangkan kebuluran di negara-negara miskin. Tahun itu, lagu ini telah memenangi kategori lagu terbaik dan penyanyi terbaik di South East Asia Song Festival.

Manakala lagu-lagu seperti Punch Card dan Chow Kit Road bukan saja menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga mempunyai mesej.


Semangat patriotik


Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album (piring hitam) ABADI (1982) bahawa EMI dan penerbitnya masa itu, S.Atan, tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik (sepuluh lagu semuanya lagu patriotik) kerana takut masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi cintanya pada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya biarlah dia ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya. Dalam ABADI, lahirlah lagu Warisan, Punch Card, Kehadiranku, 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita. Album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan.



Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman menerusi lagu Radio Malaysia, Bapak (ditujukan kepada Bapak Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Kul It! (mengenai perpaduan kaum) serta One Thousand Million Smiles.

Beliau turut menyanyikan lagu yang ditujukan khusus kepada Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul Mama. “Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya cipta lagu untuknya. Kata Mama, P.Ramlee enggan cipta lagu untuknya kerana Saloma adalah miliknya, dan tidak perlu cipta lagu lagi,” kata Sudirman pada April 1983.

Sudirman meninggalkan lagu Salam Terakhir dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang memberi makna besar kepada peminatnya.

“ Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan. ”

“ Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya. ”

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive