Selepas Bintang RTM, tahun 1977, Sudirman mula merakamkan suara dalam album EP sulungnya Teriring Doa bersama Warnada Rekod. Walaupun ketika itu sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya, beliau sempat merakam lagu-lagu untuk dimuatkan dalam EP pertamanya, diantaranya lagu Teriring Doa dan Suratku Yang Ini.
Tahun 1978, EMI menawarkan kontrak kepada Sudirman. Album sulungnya dengan EMI berjudul Aku Penghiburmu. Beliau menyanyikan semula lagu Jali Jali yang telah memperkenalkannya kepada umum, termasuk dua lagu ciptaan Ahmad Nawab Aku Penghiburmu dan Kasih. Kedua-dua lagu ini juga dinyanyikan oleh Broery Marantika apabila Ahmad Nawab berhijrah ke WEA. Dalam tahun itu, Sudirman dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Tahun 1979, album Perasaan diterbitkan dengan lagu hit Gerimis di Lautan bersama lagu-lagu lucu Mat Disko dan Toyol.
Setelah menamatkan pengajiannya, Sudirman bebas mengembangkan karier seninya. Beliau yang bangga dengan imej budak kampung, menyanyikan lagu-lagu yang berkait rapat dengan masyarakat Malaysian.
Istimewanya Sudirman kerana bermula tahun 1980, beliau telah menerbitkan 2 buah album dalam setahun. Kesemua albumnya berjaya dan kebanyakkan lagu-lagunya menjadi hit. Tidak semua artis pada zaman Sudirman dan zaman sekarang mampu berbuat demikian.
- Tahun 1980, album Anak Muda dan Lagu Anak Desa
- Tahun 1981, album Lagu Dari Kota dan Twinkle-Twinkle Little Star
- Tahun 1982, album Lagu Cinta dan Abadi
- Tahun 1983, album Images (hanya sebuah album sahaja)
- Tahun 1984, album Orang Baru dan Lagu Dari Sebuah Bilik
- Pada tahun 1985, Album Konsert Malam Anak Desa di UKM Bangi edisi terhad telah diterbitkan dalam bentuk kaset. Ianya adalah rakaman langsung persembahan konsert tersebut.
- Selepas itu, Sudirman hanya menerbitkan sebuah album dalam setahun.
- Tahun 1986, album Orang Kampung
- Tahun 1987, album Kul It
- Tahun 1989, album Asia’s No. 1 Performer
Lagu-lagu Sudirman yang istimewa dan popular telah dikumpulkan dalam album kompilasi Koleksi 16 Lagu-lagu Terbaik (1986) dan Pilihan Sentimental Emas (1987). Oleh kerana beliau amat menggemari lagu-lagu lama/klasik dan berirama deli, Sudirman turut mengeluarkan album Lagu-Lagu Rakyat (1989) dan Koleksi Klasik (1991).
Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, beliau telah menghasilkan 18 buah album dalam bahasa Melayu, dan 2 buah album dalam bahasa Inggeris (Twinkle-Twinkle Little Star dan Images).
Selepas kematiannya pada tahun 1992, EMI Malaysia telah mengeluarkan 3 buah album kompilasi. Dua lagu baru Setelah Kau Tiada dan Cinta Di Sisimu dapat diterbitkan setelah diketahui siapa penciptanya. Lagu-lagu ini dimasukkan dalam album Setelah Kau Tiada
- Sudirman - Jauh Di Sudut Hati (1992)
- Sudirman - Balik Kampung (1993)
- Sudirman - Setelah Kau Tiada (1995)
Banyak album kompilasi beliau telah diterbitkan semula dalam bentuk kaset dan cakera padat.
- Sudirman - DwiDekad (1996)
- Nilai Cintamu (2000)
- Sudirman - 24 Greatest Hits
- Sudirman No.1 (2002)
- Sudirman Penghibur No.1 (2002)
- Sudirman II 40 No.1 Dalam 1 (2003)
- Memori Hit Sudirman (2004)
- Sudirman - Memori Sentimental Hit (2005)
- Sudirman -Dwi Intan
- Sudirman - Timeless (2006)
- Koleksi Emas Aidilfitri
- Alunan Sukma Sudirman & Sharifah Aini
- Memori Hit Melayu Deli
- Sudirman Terunggul Disk 1Disk 2,Disk 3 & Disk 4 (2008)
0 comments:
Post a Comment