Delema orang melayu disebabkan oleh mereka sendiri kerana orang melayu sendiri tidak mahu menukar nilai-nilai diri yang yang selama ini masih di takuk lama.
“Kita selalunya berdiam diri dan malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar. Ini merugikan kerana kita bukan merampas hak orang lain.
“Jika kita terus berpegang kepada nilai itu, maka semakin lama kedudukan kita akan terhakis. Selalunya hendak cakap malu, tidak cakap kalah.
“Akan tiba pada satu tahap nanti kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah adalah pendatang sama seperti pendatang lain,”.
“Hakikatnya perpecahan orang Melayu kepada tiga kumpulan hanya akan menjadikan kaum itu kian lemah sehinggakan ada pada satu peringkat kaum Melayu sanggup memberi apa saja sama ada hak atau tidak kepada pihak lain bagi meraih sokongan.
“Lebih malang lagi, orang Melayu terpaksa berhadapan dengan risiko kehilangan kuasa mereka kerana pada masa itu pihak lain akan menguasai negara walaupun jawatan Perdana Menteri serta menteri masih berada di tangan kaum itu,”
“Saya malu...saya sering mempertahankan DEB tetapi jika Melayu menggunakan segala peluang yang diwujudkan dalam DEB, hari ini kita bukan saja mendapat 30 peratus kekayaan negara, malah, lebih dari itu.
“Masalahnya bukan polisi tetapi pelaksanaan. Sepatutnya jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi,” katanya. Dari Berita Harian
0 comments:
Post a Comment