Kerana Hudud, Boleh Langkah Manyat Dr. Mahathir...


Gambar ini dijadikan bahan pameran 1 ketika dahulu oleh PAS bagi membuktikan Tun M merupakan Pemimpin Kafir dan Zalim.


Hampir terlupa mendengar reaksi Tun Mahathir, seorang pemimpin yang sehingga kini, sukar diterima Parti PAS akibat 'kezaliman' yang dilakukan bekas Perdana Menteri ini. Pembunuh, Perompak, Diktator, Fir'aun dan seangkatan dengannya. Itulah persepsi PAS terhadap Tun Mahathir. Malah era pemerintahan Mahathirlah yang menonjolkan sifat dan rasa benci PAS terhadap UMNO. Setiap ceramah yang dianjurkan, Pemimpin2 PAS akan mengeluarkan kata2 penghinaan terhadap beliau. Lalu Anwar jugalah yang tampil mempertahankan Mahathir dan menggelar PAS sebagai Ulama' Terompah, Parti kolot dan memulakan strategi menakut2 kan kaum Cina terhadap perjuangan parti tersebut. Hari ini Mahathir memberi komen mengenai Kepimpinan Baru PAS yang mengangkat Golongan apa yang didakwa Mahathir bersongkok hitam. Kini tiada lagi Pemimpin tertinggi PAS yang mengenakan Serban dan Kopiah kecuali Hadi Awang. Malah PAS sendiri pernah menggelar UMNO anti Islam kerana tidak pernah mengenakan kopiah. Songkok dijadikan bahan ejekan dan serangan PAS terhadap UMNO 1 ketika dahulu. Tun Mahathir juga mengucapkan syabas kepada DAP kerana berjaya membentuk dasar baru PAS ke arah pembentukan Undang2 Hudud. UMNO juga dikatakan Parti Kafir Yahudi hanya dek kerana tidak melaksanakan Hudud. Jika pada pemerintahan beliau, PAS pernah di dalam ceramah2 mereka mewajibkan kesemua umat Islam melangkah mayat Mahathir kerana kononnya Anti Perundangan Hudud. Hudud pada ketika itu menjadi nadi perjuangan PAS. Walhal pada hari ini, orang2 PAS yang bekerja di Bank Islam, belajar di UIAM dan bekerja di Tabung Haji. Hampir kesemuanya merupakan idea dan aspirasi insan yang digelar Mahafir'aun ini. Entah mengapa masih ada totok2 PAS masih setia parti parti yang hipokrit seperti PAS. Membiarkan roh di dalam jasad mereka digenggam ke dalam parti. Mungkin dahagakan janji syurga yang dijamin oleh Nik Aziz buat setiap ahli parti. SYABAS PAS... KE ARAH NEGARA BERKEBAJIKAN TANPA PERLU PERUNDANGAN ISLAM aka HUDUD.

5 comments:

Anonymous said...

..tanpa ajenda Negara Islam dan Hukum Hudud, PAS sebenarnya sudah mati..PAS is dead..yg ada sekarang ialah PMS..Parti Munafik SeMalaysia..

Anonymous said...

P - Parti
A - Angkatan
S - Syaitan

Hadi Awang pernah mengeluarkan fatwa kafirkan orang-orang UMNO. Ramai rakyat yang taksub bermusuhan sesama umat Islam sendiri di Malaysia ini. Contohnya :-
1. Ibu dan ayah tidak mengaku anak kerana berlainan fahaman politik.
2. Suami sanggup menceraikan isteri kerana berlainan fahaman politik.
3. Pasangan Islam yang dinikahkan oleh Imam Kerajaan dikatakan tidak sah.
4. Sembahyang Jumaat 2 Imam kerana berlainan fahaman politik.
5. Sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan tapi ayam KFC juak-juak PAS melantak tak fikir pulak siapa yang sembelih.
6. Adik beradik tidak bertegur sapa kerana berlainan fahaman politik.
Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang amat menyedihkan kerana terlalu taksub pada fahaman PAS (Fatwa Hadi Awang).

Bagi mereka yang masih hidup mungkin sepat bertaubat tetapi bagi mereka-mereka yang taksub dan telah meninggal dunia apa hal ceritanya? Boleh ke Hadi Awang menanggungnya diakhirat kelak?

Nik Aziz dan Hadi Awang cuma manusia biasa aja tak lebih dari itu. Minda mereka sama seperti orang lain yang pentingkan metarial tak lebih dari itu. Cuma bezanya mereka ini sanggup memainkan sentimen agama Islam untuk kepentingan peribadi.

Anonymous said...

tapi masalahnya dah terang lagi besuluh, tetap ada mahluk kejadian allah yg masih membela pas. nak digelar manusia pun rasa cam tak layak. ape ke bangsa nak gelar mahluk2 camni pun tak tau le. hadi & nik aziz tu memang le sronok, ape pun dorang cakap mahluk ni semua terima. memalukan islam aje. terhina islam dimalaysia dek dorang ni.

Jebon said...

Nik Aziz lebih takutkan Dr.M dari Allah s.w.t. pelik tu? Zaman Dr.M dah berlalu, jadi laksanakanlah Undang-Undang Hudud PAS di Kelantan, tak payah nak berdolak-dalih lagi. Sembang apa Nik Aziz ni?? Buat lawak bodoh pulak.

anak kel said...

kita doakan semoga islam berkembang di malaysia.sama sama kita sokong undang undang islam.
tapi kita jangan sokong parti yang berkelok klek dalam perlaksanaan undang undang islam. sebelom menang diterengganu dulu mereka kata kalu parti ambo menang sebelom subuh kita akan laksana undang undang islam. bila menang kata hukum hudud cuma 0.001% saja dalam Al Quran. ini lah sifat munafik berbohong.maka Allah ubah pula pemerintahan terengganu dari bulan ke dacing.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive