TANTAWI GELAR ANWAR MAHAFIR'AUN!!?


Ternyata benarlah seperti yang didakwa, Nasrudin Tantawi dilihat masih kuat pengaruhnya dalam politik Dewan Pemuda PAS. Tiada Pro Seks Anwar di dalam sayap parti ini. Jika ada sekalipun, politik mereka hanya bergantung kepada Anwar semata2. Hari ini telah berlangsung Debat Wacana anjuran Sinar Harian. Tantawi telah berhadapan dengan Ketua Pemuda UMNO, KJ bagi membincangkan isu fitnah. Tiada perdebatan hangat. Masing2 kelihatan sepakat dalam beberapa isu termasuklah berkenaan isu Fitnah Anwar. Namun, Tantawi langsung tidak membela Anwar berkenaan isu tersebut. Hanya meminta pihak media tidak memainkan isu ini kerana bercanggah dengan institusi Agama dan membiarkan pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu tersebut. Perbincangan yang tidak kelihatan Debat UMNO - PAS. Seolah2 ada bibit2 ke arah penyelesaian. Selepas selesai Majlis, beberapa pengikut Tantawi telah memaklumkan bahawa pihak Dewan Pemuda PAS tidak langsung menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan sebarang perbincangan ke arah penyatuan Agama. Malah jika ianya diteruskan mereka berkata tidak mustahil akan wujudnya Kerajaan Perpaduan seperti yang dicanang2 sekian lama. Ini kata mereka dimaklumkan sendiri dari mulut Tantawi setiap kali bersidangnya Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat. Mereka mendakwa Dewan Pemuda PAS mengakui bahawa agar sukar untuk bekerjasama dengan AMK mahupun Pemuda Sosialis DAP yang dilihat ada agenda tersembunyi. Malah sayap dari PKR dan DAP itu kerap mengadakan pertemuan tanpa pengetahuan Dewan Pemuda PAS sendiri dan banyak berahsia dengan mereka. Peristiwa pertelingkahan ketika merebut calon bagi PRK DUN Merlimau yang lepas adalah kemuncak yang menyatakan pendirian hubungan Dewan Pemuda PAS dan AMK. Emmm.. Apa2 lah. Melayu CinDia malas nak dengar soal Kerajaan Perpaduan. Mudah sahaja. Jika mahu, nyatakan pendirian parti, jumpa dan bincang. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sudah penatlah dok bercerita tentang hal ini. Sekejap nak, sekejap taknak. Apa yang ditakutkan sangat dengan Anwar tu. Pro Seks Anwar dalam PAS bukannya kuat. Jadi? Kita tengoklah. Bak kata S/U Agung PAS Mustafa Ali, "semua ini takdir Allah. Jika Allah mahu ketemukan PAS dan UMNO, kita redha ketentuanNYA."

2 comments:

Anonymous said...

Harga Barang dijangka meningkat tetapi tidak membebankan Pengundi BN.
KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.


Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

“Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”

“kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.

Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

Anonymous said...

bersatu kita bersatu

di bawah pemimpin penipu

tipu terus menipu

kita tipu melayu

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive