MAT SABU BAKAL DI PENJARAKAN..!!!



Polis kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara, selepas kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dihantar kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan dihantar sudah dilengkapkan bersama maklumat hasil siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Kita sudah jalankan tugas dan hanya tunggu arahan daripada pihak atasan, sama ada untuk tindakan selanjutnya.

“Terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan bentuk tindakan terhadap kes itu, selepas menilai kertas siasatan yang diserahkan,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Kelmarin Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan kertas siasatan berhubung kes dihantar ke Bukit Aman kelmarin untuk diteliti dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Menurutnya, keterangan Mohamad Sabu direkodkan pada Ahad lalu, manakala sebanyak 68 kenyataan turut diambil termasuk daripada pemberita, saksi bebas serta individu yang membuat laporan polis terhadapnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail turut melahirkan rasa kecewa serta kesal terhadap tindakan Mohamad Sabu yang dilihat cuba memutarbelitkan fakta sejarah.

“Kita tidak tahu apa motif beliau. Jika dilihat kepada jumlah 4,643 bilangan individu yang terkorban termasuk polis, askar dan orang awam pada kedua-dua fasa darurat ketika zaman Komunis, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Orang ramai juga boleh menilai sendiri, apakah wajar atau tidak tindakan tersebut (mengeluarkan kenyataan),” katanya. Sinar Harian

5 comments:

Anonymous said...

mat sabu sial macam babi

Anonymous said...

Mat syabu kaki sontot bini orang.

Anonymous said...

8000 je LGE payong, sisabu dah berani ubah sejarah,kalau 8 juta apa jadi agak nya Malaysia,celakalah hidup ko MAT SABU.

Anonymous said...

PDRM...KDN..ADA BERANI KAA????

Hashim Putera said...

Bukan Mat sapu le bangang...aljuburi yang bakal dipenjara masuk sg buluh... ,,,ada berani KDN ambil tindakan pada mat sapu?...setakat bagi amaran....bebal punya Melayu

KEPADA YANG MASIH BEBAL (Bhg IV)

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – UMNO sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. UMNO melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa UMNO adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

UMNO ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack.



MAsih lagi bebal...baca seterusnya disini... sini

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive