Perebutan Kuasa DalamPakatan Rakyat Siapa Bakal PM!!!!



Pemimpin PKR dan DAP tidak melihat pendirian PAS bahawa jawatan perdana menteri dan timbalannya akan disandang oleh komuniti Islam sebagai isu “serius” sambil menegaskan, perkara itu masih belum dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun menurut mereka, terdapat satu konsensus antara tiga parti itu bahawa jawatan perdana menteri akan diberikan kepada pemimpin Islam parti perikatan itu.

Malah kata mereka, semua pihak telah bersetuju Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik mengetuai kepimpinan negara sekiranya berjaya menawan Putrajaya.


“Itu sekadar pendirian PAS bukan Pakatan Rakyat kerana kita masih belum berbincang sampai ke tahap itu.


“Kita perlu lihat apa konsensusnya, adakah ketua pembangkang sekarang merupakan dari parti yang majoriti dalam Pakatan Rakyat, parti yang majoriti adalah DAP tapi pendirian Pakatan Rakyat adalah Anwar adalah ketua pembangkang, lazimnya ketua pembangkang dipilih berdasarkan parti yang majoriti atau kerusi majoriti,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada Hari Terbuka PAS sempena Aidilfitri di Taman Melewar di sini. KLIK DI GWM



0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive