Datuk Seri Nazri Abdul Aziz Menarik Balik Cadangan Menaikkan Elaun..!!!!



Dengar ceritanya ramai Ahli Parlimen pembangkang kecewa teramat sangat apabila Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menarik balik cadangan menaikkan elaun mereka seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, pada Isnin.

Bagaimanapun, mereka tidak salahkan Nazri ekoran penarikan cadangan itu yang sepatutnya berkuasakuasa 1 Januari depan membabitkan bajet RM30 juta dan bakal memberi keselesaan kepada semua ahli parlimen termasuk pembangkang dan Bebas.

Mereka kini menunding jari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,(PKR) ,Lim Guan Eng (DAP) serta Salahuddin Ayob (PAS kerana ‘awal-awal buka mulut’ menolak cadangan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 petang Jumaat lalu.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang ditemui Agendadaily menyatakan kekecewaan mereka kerana Anwar membuat kepuitusan tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

Rata-rata mereka mengatakan perbelanjaan ‘defesit’ setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan dicampur lain-lain  elaun termasuk tuntutan jika parlimen bersidang, mereka perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.

Lebih malang lagi, Ahli Parlimen pembangkang PKR terpaksa dermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.

“Tolak sebanyak itu, berapa yang kami dapat. Anak isteri juga perlu wang. Ini tak masuk bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat...hadiri kenduri kahwin, ziarah kematian,” ujar seorang daripada Ahli Parlimen PKR.

Katanya, kalau tidak ada RM1,000, beliau tidak berani pulang ke kawasan.

“Itu duit minyak, duit tol dan perbelanjaan di sana. Kalau RM1,000 sekali balik kawasan seminggu, sebulan kena sediakan RM4,000. Itu paling sedikit,” ujar beliau.

Menurutnya, pada awal bulan, boleh balik ke kawasan dengan lapang dada tetapi jika hujung bulan, beliau kena fikir macam mana hendak dapatkan perbelanjaan melawat kawasannya.
     
Beliau amat kecewa dengan tindakan Anwar menolak cadangan tersebut kerana sudah dimaklumkan jika kenaikan itu diluluskan, setiap ahli parlimen dijangka memperolehi gaji dan elaun hampir RM20,000 sebulan.

Seorang Ahli Parlimen PKR  berterus terang bercerita terpaksa ‘bersilat’ dengan isterinya selepas ternampak slip elaun RM6,500.

“Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu. Dia tanya saya, macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan...nasib baik saya ada perniagaan sendiri, jika tidak memang teruk. Perbelanjaan kami ‘defesit’ sebenarnya,” tegas beliau.

Beliau berharap kenaikan yang dicadangkan itu dapat memudahkan mereka memberi perkhkidmatan kepada rakyat dan membantu penolong penyelidik mereka dengan  tambahan elaun.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya media Isnin mengenai kepurtusan menolak kenaikan elaun itu mendakwa, cadangan kenaikan elaun untuk ahli parlimen hanya memberi kepentingan besar kepada peruntukan elaun dan bukannya untuk menggaji kakitangan. Agenda Daily

1 comments:

Bingai @ Bangang said...

Perangkap dah mengena. hehehe

Aku yang Bingai
http://tendangterajang.blogspot.com/2011/10/kj-bocor-rahsia-siapa-kroni-dsn.html

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive