Gara-Gara 200 Ribu Seluruh Pulau Pinang Buat Laporan Polis!!!



Sehingga setakat ini, diberitakan sudah terdapat 4 laporan Polis dibuat di Pulau Pinang ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Beliau didakwa merasuah RM 200 ribu kepada mangsa gangguan seksual anaknya serta didakwa melakukan salahguna kuasa sebagai seorang Ketua Menteri.

Hasil temubual pihak UtaraNews bersama beberapa pegawai yang terbabit, dimaklumkan bahawa empat laporan tersebut dibuat oleh orang awam dan ia bertujuan untuk mendesak pihak Polis supaya menjalankan siasatan berkenaan dakwaan yang dikeluarkan oleh beberapa blog pro kerajaan.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kisah sejumlah wang yang dibayar oleh seorang VVIP di Pulau Pinang bagi menutup kelakuan melampau anaknya. Akhirnya didapati, VVIP yang dimaksudkan ialah merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Isu itu menjadi lebih rumit apabila Lim Guan Eng tampil "menyerang" UMNO dan pemimpin-pemimpin tertinggi negara, tetapi sebaliknya berkeras untuk tidak membuat sebarang laporan Polis terhadap blog-blog yang dikatakan melakukan fitnah terhadap anaknya itu.

Beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, termasuklah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang juga bertindak mengecam "politik jijik" blogger-blogger pro kerajaan yang disifatkan sebagai amat keterlaluan kerana mengaibkan keluarga pemimpin Pakatan.

Situasi ini dimarakkan lagi dengan kenyataan dari Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Menteri Kabinet yang mendesak supaya Lim Guan Eng segera membuat laporan Polis bagi menyiasat kebenaran. Namun sehingga kini, Ketua Menteri tersebut masih lagi membisu.

Pihak UtaraNews dimaklumkan bahawa berkemungkinan lebih banyak lagi laporan Polis akan dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut selepas ini.

Rakyat Pulau Pinang nampaknya sudah tak mampu bersabar untuk mengetahui sama ada dakwaan rasuah RM 200 ribu dan salahgunakuasa Ketua Menteri benar-benar berlaku atau hanya khabar angin semata-mata. KLIK DI UTARA NEWS

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive