Mat Sabu Bakal Dipenjara Dua Tahun!!!!



Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 hingga 23 Disember ini untuk perbicaraan kes terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini dengan kehadiran Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali dan peguam Aminuddin Zulkifli yang mewakili Mohamad.

Tarikh tersebut dipilih selepas Lailawati memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu dituduh melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Mohamad turut dikenakan tuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, Mohamad dalam ceramahnya itu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor ialah wira sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mohamad menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan meluas pihak media menyebabkan lebih seribu laporan polis dibuat termasuk oleh tiga ahli keluarga anggota polis yang terkorban iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yuso :- UM

7 comments:

ezdevon said...

muke dy....isshh,,,

Anonymous said...

PAKPANDIR TOLOL MEMANDAI-MANDAI NK MENGAJAR ORG UTK MNJADI PANDIR MCM DIA..BAK LEBAI MALANG ,AKIBAT SIKAP GELOJOH ,RAKUS DAN MABUK NK MAKAN SEDAP, KEHULU MELEPAS, KEHILIR DAPAT HAMPAS..SYOK DPT GAJI DRI KELEPET DAPig PENENG LGE, MAKA BONTOTBUSUK dapIG PON SANGGUP DIJILATNYA..

Anonymous said...

bulu masih ada lekat kat renGkonG dia kot??

pus said...

2 tahun?
Minta tolong tambah sikit boleh tak?
Tambah 5 tahun.

Nok said...

Kalau tak sangkut...maka petaka besar pada rakyat...sejarah menghina Polis akan lebih besar lagi....Mat Sabun memang patut di penjarakan...kerana beliau adalah bapak segala fitnah dan penzinah...kalau dia bebas dia akan menabik dada dan berkata "tuan2 tengok..apa yg saya katakan benar dan di sahkan oleh mahkamah....manusia2 macam ni mesti diajar...kalau tidak petaka besar pada keselamatan dan kesejahteraan negara.....

Anonymous said...

Kenakan dia hukuman yg setimpal dgn mulut celupaq bau limbah..diminta Polis ,MKN ,KDN dan Tentera jgn ambil enteng perkara yg macam ni..dah byk kali depa menghina menghina..tapi masih berdiam..

Tak zalimnya kita kalau kita ambil tindakan kat dia..mau dok ajaq muka dia sikit..jgn takut...depa tak berani punya..depa tu semua bacoi..(pas pkr dap )..mempergunakan islam utk kepentingan diri.

Gomo..hang siasat dari mana Aljuboq dpt duit sepanjang dia jadi ketua pembangkang..kemudian hang publish kat blog..memang sah dia proxy yahudi.

Malay Delima said...

Kalu mengikut hukum hudud apa hukuman yang patutu di kenakan keatas mat sbut ni yer?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive