Orang Melayu Di Negara Ini Dijangka Kehilangan Identiti - Tun Mahathir


Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.
"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya. UM

3 comments:

Anonymous said...

Dgn sokongan TMM, mungkin dana-dana arab tu boleh disalorkan ke Malaysian ... win-win situation.

Nani Cheras

Anonymous said...

Apabila hilang identiti, pautan di antara diri Bangsa Melayu menjadi lemah, kesatuan punah dan bangsa yang selama ini mendokong kedaulatan Islam tersungkur ke Bumi Tanah Melayu sendiri. Ketika itulah, satu persatu Hak Bangsa Melayu dibelit-pulas, dipatah-patah, dienjak-enjak sehingga luntur... Dan seterusnya lenyap nama Melayu di pesada Dunia. Hanya tinggal... Satu sejarah yang dipekasamkan. "Malangnya Pak Kadok" itulah ceritanya: Malangnya orang Melayu...

Anonymous said...

Inilah yg ditakutkan dan tidak mustahil akn berlaku jika melayu dlm pas dan pkr yg mengaku beriman tidak sedar2 lagi. melayu beriman dlm umno pula kena bangkit semula memperjuangkan tanah air seperti 60 tahun dahulu. buang kepentingan diri demi mempertahankan negara ini drp penjajahan dari dalam akibat sengketa perang saudara. ayuh saudara saudariku berjuang dalam apa jua bentuk hatta di alam maya ini, AYOOOOOHHHHHHHHH

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive