Pnsyarah Mencabul Pelajar IPTA!!!!!



Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan. “Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.

“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya. Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan. “Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.



Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.

“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya. Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit. “Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya.

Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan. Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). mymetro

7 comments:

Anonymous said...

Cikgu"S"

Hoi keparat! Aku pun cikgu juga.Murid aku lebih ramai daripada murid kamu.Lebih 30 tahun aku jadi guru.Tetapi sedetik pun hati ini tidak pernah terlintas nak buat macam apa yang kamu lakukan itu.
Apa kena kamu turun minyak tak tentu pasal tu?Bini kamu tak boleh pakai ke?Apa agama kamu? Siapa tuhan kamu? mana pergi iman kamu?Dah lesapkah sifat kemanusiaan kamu? Kamu minum todi ke? Kamu mendadah ke?.Palin baik kamu letak jawatan saja.Kamu tak layak jadi pendidik pun! Pi mampus lah lu!

Anonymous said...

cikgu ngjar budak budak ja.... pensyarah berdepan dgn dugaan anak dara....seksi lagi, hahaha... mana sama beb...

Anonymous said...

ye la,pensyarah tu pun kuat nafsu nye...lancap je la kat ruma ari2..han senang...awek tu pun kuat lacap agaknya...buah besar

USAHMA said...

gambar yg trpapar tu gambar bdk tu ke...camana plak sempat ambil gmbar dok lentok dgn gaya yg mmberahikan tu..kalau camtu punya gaya,kucing pun meleleh air lior....mgkin si lac ni pernah boleh makan dah ngan bdk lain,makanya dia ingat semua dia boleh ngap la....baru padan ngan muka dia.....

Bancik said...

kenakan hukuman sula aje pensyarah tu...

Anonymous said...

Ni bukan pensyarah...tapi penjarah yang berperangai macam binatang...

Anonymous said...

Cuba kalau kena kat anak/adik dia.... macam itu... baru dia tahu.....Aku rasa hantar kat Anuar Ibrahim je, biar kasi toron dia... baru tahu langit itu tinggi ke rendah...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive