Di bawah adalah kenyataan bersumpah Rahimi Osman, bekas pekerja Anwar Ibrahim yang mendedahkan pembohongan Anwar Ibrahim mengenai kes liwat beliau!
Lewat malam 26 Jun 2008, saya tiba di Quality Hotel. Terdapat ratusan penyokong PKR dan juga orang-orang kanan DSAI. Saya naik ke tingkat 10, dibawa oleh Badrul Hisham dan terus berjumpa dengan DSAI.
DSAI kemudian menarik saya di sebuah bilik dan menanyakan saya apa yang telah Saiful beritahu saya. Saya secara ringkas memberitahu DSAI bahawa Saiful telah beritahu saya awal lagi bahawa DSAI telah meliwatnya, termasuk lokasi kejadian seperti kondominium, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.
DSAI nampak sangat cemas pada ketika itu dan beliau menyuruh saya untuk tidak memberitahu sesiapa meskipun pihak polis bahawa Saiful telah menceritakan semuanya kepada saya.
DSAI kemudiannya terus mengarahkan peguam Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli untuk menguruskan saya.
Peguam tersebut sedang menyiapkan satu Akuan Bersumpah untuk saya tandatangani. Dalam masa yang sama, saya minta untuk pulang tetapi mereka tidak mengizinkan. Mereka mengarahkan saya untuk tidur di Quality Hotel bersama seorang lagi rakan bernama Rashid.
Saya cuma dibenarkan pulang di bawah pengawasan Pengawal Keselamatan DSAI untuk mengambil barang-barang keperluan.
Tiba semula di hotel, peguam-peguam tadi telah menyiapkan Akuan Bersumpah untuk saya tandatangani. Akuan Bersumpah tersebut tidak dikarang sendiri oleh saya.
Namun, atas dasar keselamatan diri saya menurunkan tandatangan saya pada akuan bersumpah berikut. Hotel tersebut menjadi kubu bagi ratusan penyokong dan orang-orang kanan DSAI.
Saya risau apa-apa terjadi kepada saya jika saya enggan memberikan kerjasama.
Saya ditahan di Hotel Quality untuk beberapa hari, malam tersebut juga telefon bimbit saya telah diambil oleh YB Yusmadi dan cuma dipulangkan pada keesokannya harinya.
Dalam tempoh mereka menahan saya, saya tidak dibenarkan pulang ke rumah atau ke mana-mana. Saya dikawal rapi oleh beberapa orang dipercayai penyokong kuat DSAI.
Peguam yang sama juga membuat beberapa pindaan kepada Akuan Bersumpah yang telah saya tandatangani, kali ini tambahan cerita untuk memalitkan nama Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam hal ini.
Cerita palsu telah direka untuk memfitnah Dato’ Seri Najib dan isteri. Pada ketika itu baru saya tahu betapa kotornya permainan politik DSAI dan rasa menyesal untuk menyumbang tenaga selama ini kepada beliau.
Mereka juga telah menyuruh saya membuat rakaman video yang kandungannya palsu belaka dan dikarang oleh mereka sendiri.
Saya kemudiannya dibawa ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Old Town Petaling Jaya untuk menandatangani Akuan Bersumpah yang terakhir. Selepas itu saya dibenarkan pulang, tetapi masih dalam pengawasan ketat mereka.
Segala pergerakan saya dipantau dan masa ke semasa mereka kerap menelefon saya. Kemudian mereka meminta saya tidur di rumah DSAI di bawah pengawasan beberapa orang.
Ketika polis menahan DSAI, saya dan Rashid telah dibawa lari oleh orang-orang DSAI ke Tropicana, Hotel Armada dan sebuah pondok agama di Kajang. Saya tidak tahan dan tertekan dengan keadaan ini. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi dilayan seperti pelarian.
Saya mula memberontak dan tidak mahu mendengar kata-kata mereka. Saya mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Akhirnya mereka menurut kehendak saya, tetapi masih memantau segala pergerakan saya.
Selepas beberapa bulan, saya masih lagi berhubung dengan mereka. Saya takut untuk melakukan apa-apa tindakan sendiri. Harapan saya cuma DSAI berjaya untuk mengugurkan kes ini. Supaya saya tidak perlu menjadi saksi dan berbohong di mahkamah.
Tetapi keadaan sebaliknya berlaku, saya tidak sanggup untuk menipu dan berbohong. Lama kelamaan, saya nekad untuk menjauhkan diri dari mereka dan mula mencari jalan terbaik untuk saya memperbetulkan kesalahan saya. SETERUSNYA ;- Dr. MIM
0 comments:
Post a Comment