Bagaimanapun, panel tiga anggota hakim itu menolak permohonan peguam Karpal Singh agar perkataan 'keputusan' di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman dikaji semula tafsirannya.
Panel yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin juga menolak permohonan Anwar untuk melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kes berkenaan.
Dua hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang bersama adalah Hakim Tan Sri James Foong dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong.
Hakim Zulkefli , dalam mengumumkan keputusan sebulat suara itu berkata mereka mendapati bahawa tidak menjadi satu kesalahan bagi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak meneliti bahagian-bahagian tertentu merit kes itu "demi kesempurnaan". MK
1 comments:
mungkin kerana Anwar dengan nasihat karpal dan majlis peguam telah melihat dan sedar 'kelompongan' perundangan negara , maka sebab itu mereka lari sana ..lari sini , tangguh sana dan tangguh sini , alasan itu ini , akta itu ini demi menyelamatkan diri !!
mereka gunakan undang2 utk menundukkan undang2 , mereka gunakan muslihat dan taktik dengan apa cara sekalipun untuk lari dari tindakan undang-undang !!
lalu apa harus dibuat badan penasihat dan para bijak pandai perundangan ? apakah terus membiarkan Anwar berlari dan 'konar' sana sini sehingga kiamat ?
maka bertepuk tanganlah Anwar kerana telah mempermainkan undang2 malaysia !!
Post a Comment