Ustaz Azizan Hilang Bala Tentera Di Kedah Untuk PRU Ke 13.!!



Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria.

Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO.

Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat.

“Yang saya paling geram apabila pada satu ketika ada individu dalam PAS ini kata kepada saya kalau hendak senang pergi masuk UMNO.

“Situasi ini menjadikan saya betul-betul kecewa dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke dalam UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian.

Bekas Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Padang Limau Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata sistem pentadbiran PAS tidak sistematik dan gagal merealisasikan keperluan golongan muda pada masa ini. KL BOYZ

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive