skip to main |
skip to sidebar
Saya bukannya tak nak mengaku bercinta dengan Remy, tapi jika belum ada sebarang pengesahan, bila nak kahwin, saya tak berani cakap apa-apa, saya malu sekiranya dah pukul canang kami bercinta, di penghujungnya kami tak jadi kahwin. Jadi, saya hanya boleh katakan, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Remy. Dia ada sifat seorang lelaki yang memenuhi cita rasa saya. Remy juga memiliki kualiti seorang ketua, jadi saya nampak dalam dirinya memang ada ciri-ciri seorang suami, itu yang membuatkan kami serasi.
Saya tak pernah bawa bekal makanan untuk Remy ke set penggambarannya, jadi dakwaan yang mengatakan kami makan bersuap-suap tu, mana datangnya? Saya akui, memang pernah ke lokasi penggambaran filem Azazil sebelum ini dan makan bersama Remy, tapi kami tak pernah makan bersuap-suap pun… Kami takkan tunjuk kemesraan depan orang ramai, kami malu. Pun begitu, sekiranya kami makan berdua saja, saya mengaku pernah suap Remy, begitu juga dengan dia. Bagi saya, makan bersuap ni perkara biasa, lumrah. Kami nak rasa makanan masing-masing, bukannya nak feeling sangat pun. SUMBER beautifulnara
1 comments:
SALAM ZIARAH BRO.
MOHON PAUTAN UTK BLOG BARU SAYA INI.TKSH
Post a Comment