Hasrat DAP Mahu Hapuskan Hak-Hak Orang Melayu..!!!



Semua orang Melayu di negara ini mesti sedar bahawa nasib serta masa depan mereka akan terpinggir jika DAP diberi mandat untuk memerintah.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, orang Melayu jangan lupa yang DAP pernah berjanji untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang antara tujuan utamanya untuk menghapuskan hak keistimewaan kaum itu.

Justeru, beliau berkata, tiada sebab orang Melayu berharap untuk terus mendapat perlindungan serta keistimewaan kerana jelas sebelum diberi mandat untuk memerintah, parti berkenaan sudah menunjukkan keberanian mencabar kedudukan serta hak kaum majoriti itu.

"DAP sekarang sedang berusaha menawan hati orang Melayu dengan janji-janji manis, termasuk menempatkan calon Melayu di kawasan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Ini menunjukkan kesungguhan DAP untuk memerintah negara ini. Orang Melayu tidak seharusnya terpengaruh dengan janji-janji manis parti itu kerana hakikatnya mereka tidak pernah serius mengotakan janji," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang mahu DAP mendedahkan bilangan ahlinya yang berbangsa Melayu dan pada masa sama menyenaraikan rancangannya untuk pembangunan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam hal ini, Rosnah memberi contoh nasib orang Melayu di Pulau Pinang selepas DAP diberi mandat memerintah negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Orang Melayu di negeri itu dianak-tirikan. Janji-janji semasa pilihan raya kononnya orang Melayu akan dibangunkan hanya tinggal janji," ujarnya.

Malah, beliau berkata, Exco Melayu dalam pentadbiran DAP umpama boneka yang tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa keputusan sekalipun membabitkan kepentingan Melayu dan Islam.

Menurutnya, begitu juga nasib orang Melayu di Singapura apabila parti PAP yang asalnya DAP tidak mengambil kira sumbangan mereka selain turut mempersoalkan kesetiaan kaum itu.

"Melayu di Singapura tidak mendapat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan orang Melayu dianak-tirikan di republik itu," katanya.

Rosnah berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu membuat penilaian tentang kedudukan kaum itu jika DAP memerintah negara ini.

"Pilihlah yang mana intan dan yang mana kaca. Kami yakin rakyat bijak menilai pihak mana yang terbaik dan yang mampu membela nasib rakyat," katanya lagi. :- Utusan

14 comments:

Unknown said...

Is DAP that capable ??

Anonymous said...

Yg peliknya..selama lebih 54 tahun memerintah...
Apa yg melayu dapat.....
Tukang angkut sampah....
Ada korang nampak cina angkat sampah...

Anonymous said...

aku setuju selama ini pun melayu tak dapat apa pun yang dapat ketua cawangan dan ahli keluarga nya semua bantuan semua depa sapu bahagian pun sama aku buat kebun jambatan runtuh tak dapat ganti baru .alasan tak cukup duit yg kerajaan bagi

Anonymous said...

sbb melayu pemalas .... semua harap kerajaan subsidi

Anonymous said...

hahahahahahaha

Anonymous said...

yang memerintah 54 tahun tu x salah..
salah org melayu yg MALAS, semua harapkan subsidi..bila tarik sikit nk boikot lah,ugut ubah lah..
igt kerajaan khayalan tu dapat buat lagi bagus ke, silap2 makan sampah..untung la jugak dapat kerja pengutip sampah+rezeki halal..drpd pegi menyamun..samdol

Anonymous said...

jagn serlah kan lagi kebodohan pada diri sendiri, takpayah renung jauh2, lihat disekeliling kita, bangsa apa yang ramai menjadi penagih, bangsa apa yang banyak jadi bohsia, bangsa apa yang banyak merempit dll, bukan kah itu bangsa melayu, selalu ke kita jumpa anak2 cina berperangai sedimikian, jgan salahkan kerajaan, pelbagai kempem, kemudahan pendidikan dan macam2 lagi kemudahan disediakan, berbilion kerajaan membelanjakan untuk memajukan bangsa melayu, tapi malangnya sikap individu melayu itu sendiri yang membuatkan melayu masih ketinggalan dari bangsa cina, tak hairanlah kalau dimalaysia bangsa cina lebih baik kerana mereka memang terkenal sebagai bangsa yang kuat berusaha, jadi disitu kita sebagai bangsa melayu harus bangkit dari tidur yang lena, bingkas melakukan perubahan pada diri dan keluarga kita dahulu, segera merenung apa kesilapan diri kita dahulu sebelum menyalahkan pihak lain diatas kegagalan diri kita sendiri.....

Anonymous said...

HAPUSKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAHULU. WAA OLANG PECAYA INI HAK ISTIMEWA TIDAK ADA GUNA SAMA KITA OLANG CINA..KITA DAP MESTI HAPUSKAN NANTI..TUNGUUUUUU PRU 13. HAHAHAHAA

Anonymous said...

bila perkataan dan pendapat alim ulama tidak di pedulikan ,maksudnya pendapat yang sejalan dengan kitab suci al quran dan kitab hadis,dalam hal ini rakyat tak boleh buat apa apa,sedangkan kerajaan yang kawal semuanya,sekian

Anonymous said...

dalam agama islam publsiti tidak di perlukan sangat ,yang di penting kerja dan hasilnya,harap ada yang faham

Anonymous said...

agama islam bukan barang dagangan,agama islam adalah anugerah allah subhanahuataala yang maha pengasih dan maha penyayang ,

Anonymous said...

orang bukan islam tidak tau apa itu islam,orang yang mengaku islampun ,ada yang tidak tau apa itu islam ,jadi sangat salah mengharapkan orang kafir untuk menolong agama islam

Anonymous said...

raja kerajaan melayu champa namanya tuanku iskandar keluarga serta moyang saya berasal raja pagaruyung keluarga raja ,seorang dari penaung raja raja nusantara,seluruh keluarga melayu /minang kabau semuanya beraja kepada kerajaan raja pagaruyung /raja yang bertanduk sebagai lambang kerajaan dan kekuasaan,sebagai bukti penerus dari iskandar zulkarnein ,sebagai anugerah allah subhanahuataala jua,

Unknown said...

Perlembagaan Malaysia (Fasal 160) :Seseorang itu dikategorikan sebagai Melayu apabila mempunyai tiga ciri berikut :
1. Beragama Islam
2. Menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian
3. Mengamalkan adat resam Melayu
* Knp Hak Orang Melayu perlu dipertahankan? sbb dah mmg terang lagi bersuluh bahawasanya Orang Melayu adalah beragama Islam. Beri pendapat mestilah releven. Tunjukkanlah diri ada ketertinggian ilmu. Lebih teruk jika org Melayu bersatu dengan org bukan Melayu bersatu utk menegakkan Islam tetapi proses perjuangan itu terdapat org munafik di dalamnya. Pasti akan rebahlah perjuangan itu. Menang sorak tanah tergadai.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive