Israel Ganas Kata Tun Mahathir Membalas Surat Presiden Itu.....!!!



Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, menurut Dr. Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

"Ia benar. Saya terima surat daripada Netanyahu dan Ehud Barak dan saya jawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

"Bila dia (Netanyahu dan Ehud) jadi Perdana Menteri, harapan dia kita di Malaysia yang tidak ada hubungan dengan Israel akan ubah pendirian dan adakan hubungan dengan Israel. Saya kata tidak mungkin selagi dia (Israel) ganas macam itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jelajah Keamanan dan 'Waqaf Water 4Gaza' di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang disiarkan di beberapa laman blog bahawa Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Israel.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R. Ganesan; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Menurut Dr. Mahathir, beliau masih menyimpan salinan surat tersebut dan mahu ia didedahkan kepada umum tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan.

"Saya tidak tahu kenapa kerajaan tidak benarkan saya siarkan surat itu. Semua surat yang saya tulis kepada orang lain, dia (kerajaan) benarkan," jelasnya.

Mengulas mengenai dakwaan Malaysia mempunyai dagangan dengan Israel, beliau menegaskan negara tidak pernah membeli dan menjual barang kepada negara Yahudi itu.

"Kononnya ada minyak kelapa sawit dihantar ke Israel, kita tidak boleh tentukan. Di zaman dulu pun, kita tidak ada hubungan dengan Afrika Selatan tetapi orang lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.

"Kemungkinan minyak kelapa sawit kita dibeli oleh pihak ketiga dan mereka menjualnya kepada Israel. Yang saya tahu, buah pisang kaki masuk di sini tidak tulis ia dari Israel tetapi masuk Singapura dan orang Singapura jual kepada kita," ujarnya.

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong segala usaha memastikan keselamatan Israel, Mahathir berkata, tiada sebab untuk negara menyokong Israel.

Katanya, Israel mempunyai pendekatan yang amat ganas iaitu lebih ganas daripada pengganas dalam tindakan untuk mempertahankan keselamatan negara tersebut.

Tambah beliau, Israel juga tidak mempedulikan segala undang-undang antarabangsa dan ia dapat dilihat daripada tindakan rejim Zionis itu mengebom Iraq dan Mesir sebelum peperangan dan pembunuhan sembilan aktivis Turki di atas kapal 'The Spirit of Rachel Corrie' di perairan antarabangsa.

Dalam isu berkaitan, Dr. Mahathir berkata, walaupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar dalam isu Israel, Mursyidul Am Pas itu tetap menyokong Ketua Pembangkang itu.

"Jadi, kalau kita sokong seseorang dengan pendapat tertentu, jadi kita sokong pendapat itu juga," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Mahathir selaku Presiden PGPF menerima sumbangan wakaf, 'Waqaf Water 4Gaza' berjumlahu RM282,158 daripada kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan serta parti politik dan swasta di Perak.

Jabatan-jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan tanah serta swasta menyumbangkan RM122,158, kerajaan negeri dan UMNO Perak masing-masing RM50,000, MCA Perak (RM20,000) dan MIC Perak, Parti Gerakan Perak, Parti Progresif Penduduk (PPP) serta Majlis Sukan Negeri serta badan-badan sukan negeri masing-masing menyumbangkan RM10,000. UTUSAN

8 comments:

Anonymous said...

Hoi mangkuk umgok cuba pegi tengok surat yang mamak tongkang ni tulis kat pm israel tu siap puji2 lagi siap kata nak jumpa pulak,kalau aku jumpa sialan mamak ni mesti aku pijak2kan sebab kuat menipu

Anonymous said...

anonymous 12.33pm - kalu ckp dengan emosi tue bukan tindakan yang bijak... kalau cakap takder bukti baik tak payah cakap.. kalau benar kita kata benar.. kalau salah kita kata salah.. bukan sokong jer tanpa berfikir... jgn malukan dr sendiri..

Anonymous said...

Manusia yang bertopengkan Agama, sungguh munafik dengan tuduhan melulu dengan tiada bukti, fitnah sahaja, hearsay. Cakap serupa tong kosong. Kurang ajar pulak tu. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak kena tempat puak-puak mahzab PAS sesat ini.
Dengan ketua pemimpin terang-terang bersekongkol dengan puak kafir jahanam dan penzina maksiat, tetap juga mereka sokong tanpa guna akal yang telah diberikan. Ingat Neraka itu ada.

Anonymous said...

anoy 12.33pm....
bodoh!!!!...cakap saja lebih! habuk takda! macam anu...ar,cakap itulah ,inilah,betullah ,salahlah,ada buktilah..kasi pusing satu dunia.,bila disuruh tunjuk bukti ...macam macam dalih...buat de.....je muka dia.Pengikut2 dia semua macam pak turut..tak da telo nak tanya balik...

Anonymous said...

Saya bukan Melayu (bapa Melayu tulin dan emak Indian Muslim)sebab itu saya terasa diatas apa yang awak katakan pada Tun. Sanggup awak bersikap kurang hajar pada Tun yang telah banyak menabur jasa untuk negara. . dengan mengatakan mamak tongkang pada yang dikasihi Tun. .saya boleh agak awak penyokong PAS. . kerana kebanyakan mulut orang PAS celupar dan saya sendiri InshaAllah tak akan undi PAS dan saya telah mendesak seluruh ahli keluarga saya jangan berhasrat mengundi PAS untuk selama-lamanya kerana PAS dari dahulu lagi suka menghina mamak.Saya berdoa semoga Allah lanjutkan usia Tun demi ugama, bangsa dan negara. . . kerana Tun diberi Allah kebijaksanaan dalam serba serbi.. . HIDUP TUN HIDUP UMNO. . InshaAllah.

Anonymous said...

Ini lah hasil PSMMI apabila Tun menjawab bagi surat yang dia sendiri hantar minta bantuan Ehud Barak lepas tu menafikan tidak menyokong Israel. Isunya tiada pun minta pandangan sokong ke tidak. ISUNYA ialah kenapa minta tolong EHUD BARAK dana untuk UMNO. Kenapa bersekongkol dengan Israel? SOKLANNYA lagi kenapa minta tolong israel bagi dana untuk UMNO ZIONIS.Persoalanya surat itu minta bantuan. Faham tak blogger haprak UMNO. DIULANGI. KENAPA HANTAR SURAT TU? ? KLu x hntar surat tu lain la citer. Bukti nyata Syed Hamid jumpa menteri luar israel sama dgn surat Tun. So jawapan itu tidak menjawab soklan dan bukti yg diberikan. NYANYUK. TUN da kepanasan sampai Najib pun da takleh kawal Malaysia ngan Tun skrg cuba take.over bagi selamatkan diri

Anonymous said...

surat yg didedahkan kononnya ditulis oleh Tun M tu original ke edited? Jawapannya.. jeng jeng jeng, surat tu dah dimodified sb surat tu sebenarnya ditulis oleh jeng jeng jeng.. :0 nantikan pendedahannya

Anonymous said...

Umngok hak ptuih!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive