Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, masalah kurangnya rundingan awam tidak sepatutnya berlaku kerana projek bernilai berbilion ringgit itu membabitkan dana umum dan berkait rapat dengan hak rakyat.
"Baru-baru ini laporan akhbar menyatakan kerajaan negeri akan membuka permohonan cadangan membina terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam serta jalan sepanjang 12 kilometer yang menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang serta beberapa projek lagi.
"Semua projek ini dijangka dibiayai melalui pertukaran tanah dengan syarikat-syarikat yang akan membangunkan projek berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. :- Utusan
0 comments:
Post a Comment