Ibu Ayam Semakin Ramai Di Kelantan!!!!


KOTA BHARU- ibu ayam kini semakin licik menjalankan ‘perniagaan’ mendapatkan pelanggan seks mereka dengan mengubah taktik terbarunya supaya pergerakannya sukar dijejaki pihak berkuasa. Dilaporkan sekarang ini, ibu-ibu ayam tidak lagi menunggu di kawasan terbuka untuk mencari pelanggan tetapi secara mobile di mana mereka hanya perlu ke kedai-kedai tertentu dengan menunjukkan gambar ‘wanita-wanita’ yang berada di bawah jagaan menerusi telefon bimbitnya sebelum ditempah.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh,Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), yang mendapati ibu ayam terbabit akan menuju ke kedai-kedai tertentu dan ‘persetujuan’ akan dibuat individu berkenaan apabila melihat gambar-gambar menarik tersebut.

Dengan persetujuan harga yang ditetapkan dan wanita pilihan sudah ditempah, mereka akan mengaturkan perjumpaan untuk pasangan terbabit melangsaikan gelora nafsu masing-masing di lokasi yang difikirkan selamat daripada dicekup pihak berkuasa. Demi memuaskan nafsu, ada di antara pelacur yang ditempah oleh pelanggan yang sengkek ini sanggup memilih kawasan hutan untuk tujuan tersebut walaupun dalam suasana gelap dan dipenuhi sarang nyamuk. :-Sinar

Ini terbukti dengan penemuan kondom terpakai, tisu dan pelbagai lagi barangan lain di dalam kebun pisang serta hutan di sebuah penempatan di bandar ini ketika Operasi Cegah Maksiat yang dilakukan baru-baru ini. Penolong Pengarah Penguat kuasanya, Ramly Che Hussin berkata, taktik terbaru itu sudah dihidu oleh pegawai-pegawainya dan perkara ini tidak akan terus berleluasa sehingga mereka merasakan selamat untuk mencari makan dengan cara itu.

"Sehingga kini pihak kami sentiasa mengadakan operasi-operasi dalam membendung perkara ini dan tidak membuka peluang untuk mereka berani ‘berniaga’ dengan cara haram ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Katanya, kawasan hutan dan kebun pisang tersebut akan dibersihkan untuk mengelak pelacur-pelacur ini terus menggunakan lokasi terbabit, malah tempat-tempat terbabit sebelum ini pernah diserbu.

9 comments:

Anonymous said...

tak sungguh, org tak katalh kot!

Anonymous said...

pork nik tido ko?? mkn gaji buto ka??

Anonymous said...

cuba pikir jap...negeri kelantan, serambi mekah...ramai ulamak...tuhan uji negeri tu...bapak ustaz...anak mat rempit...tuhan uji bapak tu...itulah dugaan bagi orang yang perjuangkan agama Allah...wallahualam...

anaklepar said...

sepatut jadikan contoh kepada negeri-negeri lain....kata Serambi Mekah....

Anonymous said...

nanti ada yg berkata;kat mekah pun ada.....; inikan pula setakat diserambinya saja.

Anonymous said...

wahhh....kena tang ko je tuhan uji la...tp bile gejala seks bebas, rempit ape sume yang len ko salahkan BN lak...munafik!!!!

Anonymous said...

setuju anon 11:46...asal kena btg hidung diaorg ada jer alasan..ujian lah apakenda lah..yg benarnya diaorg ni memang munafik tahap gaban..imam mahadi diaorg ada..nabi jadian pun diaorg ada...hahaha... ostad burit pun diaorg ada..

Anonymous said...

Mmg ujian tuhan utk Pas...nk tgk kepandaian pemimpin2 Pas yg selama nie hanya pandai bercakap..utk mengatasi masalah sosial nie...jgn hanya salahkan org lain...skrg di negeri Kelantan..Pas yg perintah selama 22 tahun..takkan nk salahkan UMNO lagi kot

Anonymous said...

Nape?????? ingat di kelantan saja banyak mak ayam dan bapak ayam. Di PERAK, PAHANG, JOHOR, Malaka, Nogori 9 tak da ka??????Yang do melanggan tu sapa????? Pemimpin UMNO dan anak2 buahnyalah.Sewaktu Persidangan UMNO di KL anak-anak ayam tempatan habis di tempah.Baya masuk lagi dari CINA beb....UMNO usahlah dok tipu rakyat kononnya alim sangat. kelingkata poooooraaaaaah.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive