AS RANCANG SERANG KOTA MAKKAH & MADINAH, ADAKAH DAP TURUT SERTA BERSAMA PAS UNTUK BERJIHAD??

Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey Pegawai Pentagon latih askar benci Muslim, saran bom Tanah Suci
VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa SEOrang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.

Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.

Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.

Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’.

Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada SEOrang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.

Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap SEOrang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait.

Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.

“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.

“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.

Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.

“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya. – Agensi KLIK DISINI

10 comments:

Anonymous said...

PATOT LER RIBUT TOPAN POTENG BLIONG DOK MELANDA AMAREKA SEMEDANG JER...ALLAHUAKBAR

Anonymous said...

kafir laknat nak serang Mekah pun org Islam masih berbalah sesama sendiri... bangang!

Anonymous said...

Berulangkah tahun gajah...

Anonymous said...

gerenti tak akan berjaya. tempat tu ada penjaganya.

jadi abu ko nanti mcm tentera abrahah. hehe...

Anonymous said...

haii PAS PIS PUS..lihat lah bagaimana musuh islam bersedia untuk menghapuskan islam..di malaysia ramai yan gdah dibutakan mata dan dipekakkan telinga..hadi oohh hadio..nik aziz oooni aziz..lihat sekeliling mu yea. jangan dok nampak kelantan saja yea..

Anonymous said...

Kalu mereka berani serang bermakna akan berakhirlah perbalahan umat Islam sesama sendiri. Islam akan bersatu seperti yg tertulis dlm Quran, di mana Yahudi akan perhambat sehingga mereka menyorok di batu2, batu pun akan memberitahu. Begitu buruknya umat Yahudi ini sehingga batu jugak membencinya kecuali sejenis pokok yg akan jd bahan bakar dineraka kelak.

Anonymous said...

Allah akan memelihara kedua kota suci.Janji Allah adalah benar.
Bukan seperti janji PAS dan PKR .
Haram jadah taik.
Tunggu alasan Allah

Anonymous said...

kenapa nak relate kan PAS and PKR. Dah dlm tu awak sebut perkatan Allah, tiba-tiba "haram jadah taik". Di mana iman anada dan ketakwaan anda. Mengucap lah..... sejahil2 manusia yang beragama Islam pun, dia tak akan sebut "words" mcm tu. Ini lebih dari jahil lah awak ni...... taubat lah......

Anonymous said...

Mengapa terlalu jahil,bengap dan bebal.....Pas tu siapa dan PKR itu apa. Di RELATE kan kerana duit pembiayaan PKR dari MANA (jika tidak tahu juga sahlah hanya baca ruang GOSSIP dimajalah Hiburan) Hari Pemimpin pas yang baru menurut telunjuk siapa. Bukankah bergerak sana sini memerlukan wang,duit dan ongkos. Dan dari mana semua ini datang untuk PAS...dari hasil jualan Harakah atau Kohilal? atau derma dari ahli ahli? Untuk dapat duit percuma dengan hanya menyokong dan tunduk tunduk dan angguk angguk datang nya dari PKR dan PKR dapat duit lumayan dari pertubuhan Yahudi Yahudi yang terdapat diseluruh dunia. DAn bukankah KEpala PKR itu (sungguhpun berselindung dalam kain isteri) menjadi berbagai fellow dan ahli lembaga pengarah pertubuhan pertubuhan yahudi ini! Apakah tiada RELATE diantara satu sama lain.....bertaubat lah dengan kesedaran yang sebaik baik mungkin dan untuk mendapatkan taubat dengan sempurna memang sukar sebab terlalu jahil, bebal dan bengap untuk memahami apa yang telah di telah disampaikan. Bertaubat terhadap diri sendiri terlebih dahulu sebelum suruh orang lain bertaubat.......Bahasa jangan diambil kira sebab bahasa yang digunakan oleh PAS dan PKR lebih buruk, hodoh dan aib sebagai manusia.

Lenggang Kangkung said...

subhanallah

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive