Derma Untuk Lebuhraya Ke Syurga


Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.

Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai bayaran pahala kepada mereka. Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km.

Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya. Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.

Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan:

Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala? Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya? Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?

Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram? Apakah mereka juga mendapat pahala? Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan?

Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz? Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?

Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.

Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu. Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.

Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol. Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.”

Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.

Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala? Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?

Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.

Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T. Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan. Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat.

Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.

PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.

Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran. Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya? Bagaimana hendak ke syurga jika kufur? Apakah hanya dengan mengundi PAS?

Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen ‘Undilah PAS’ sempena pilihanraya yang semakin hampir?

Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya

14 comments:

Anonymous said...

apela ko ni.. ni buat artikel pun pikir la dulu.. dah derma, sah2 la dpt pahala.. aduhai..

Anonymous said...

dia ulama, ko sendiri kena la faham.. jgn sebab politik, ko nk kutuk2 dia.. besar dosanya..

Anonymous said...

selama ini admin tk tau ke menderma dpt pahala...itu yg cuba diterangkan oleh Nik Ajis, selebihnya biarlah milik Allah SWT, Bersangka baiklah..

Unknown said...

org kat atas ni mcm husam musang jg..dh la bodoh..x reti bahasa pulak tu...yg mu g kecek kate ulama tu sape??yg semaye bwh pokok soghe2 tu..tu menate nama dio..nk menunjuk2..oghe yg wat sesuatu bende menunjuk2 ni sama dgn iblis dan syaitan je.. mu jange nk terpedayo denge lakone demo ni...smua demo tu dh msuk golonge munafik...

Anonymous said...

ada baiknye dia sibuk pasal air yang dah macam rupa air sungai golok tu. Pasal air pun tak settle lagi, nak tambah pulak pasal highway.

burst said...

PAS kelantan terlalu ego, kalau lah dia bersatu dengan UMNO dah lama da merasa lebuh raya, ni kopom2 2015 pon belum tentu siap, kalau mengharapkan duit saguhati orang

kukukata.blogspot.com/2010/12/sekarang-aku-nak-isap-ko-punya-pulak.html

Anonymous said...

ORE BODOH KALO NGOYAK SERUPO NATEBROKMU. AIR TOK BEREH LAGI ADA MIMPI NAK HIGHWAY BODOHNYA TOKGORU SAPO LANI.

Anonymous said...

Lepas ni tabung bergerak di ceramah-ceramah hamPAS akan lebih galak. Satu tabung untuk penceramah, satu tabung highway ke syurga Pork Nick. Kalau tabung untuk penceramah tak cukup, duit untuk tabung highway akan disonglap masuk ke tabung penceramah pulak.

Dan untuk menjayakan dan memperbanyakkan ceramah-ceramah hamPAS seluruh Malaysia, fitnah yang bertalu-talu akan dijanakan oleh cybertropper hamPAS. Kepada yang bengong macam 3 anon teratas tu akan main angguk je sambil duit akan keluar atas nama TAKDIR...!!!!

Kah kah kah kah kah... bodoh bertalu-talu..

Anonymous said...

malang nasib org Islam dek kerana ketaksuban hingga tertutup pintu akal...

Anonymous said...

memey la derma tu pahala bodoh.. sama jugak la kalau dia buat tol.. lepas habis.. jumlah tol tu dia nak berentikan dia renti la.. ngok... tp anwar kan byk $$$.. minta la yahudi.. byk harta poknik 5000 je.. sikit tuuu....

Juara Wira said...

awat la hangpa ni biol sangat woi pencacai pakatan al harami alkuburi alyahudi..... apa yg nak dok bangga ngan nicky ajies ni... woii dia tu pun sama mcm kita umat muhammad...... ulama ka nicky ajis tu??? kahkahkah!!! ulama hampeh ada la.... mana ada ulama yg dok pi kapirkan bangsa seagama dia??? ulama seboleh bolehnya nak menyatukan umat bukan memecahkan umat... hangpa nak ikut jalan sorga father nicky ajis mampuih pi la... yg pasti penghulu cheq hanya satu Muhammad S.A.W.... ikut cakap nabi buat apa yg nabi suruh tinggal apa yg nabi larang.. dah cukup InsyaAllah syurga Allah terjamin bang oii......

Anonymous said...

aku tgk org umno ni meluatla..buduh sgt..tok sah jadi manusia la..

Anonymous said...

Assalam. Terlebih dulu , aku ni penyokong BN. Dh 30 th tinggal d selangor. Asal kelantan. (1) Soal sedekah / sumbangan , sesiapa yang nk bagi , boleh. Taknak bagi diam. Tak salah Nik Aziz cakapmcamtu. Yang kita dok kutuk dia apasal. Sempurna sangat ker kita nie. (2) Soal air . Rumah aku di selangor , air sentiasa keroh n berkelodak , sebelum zaman PKR memerintah selangor lagi. Selalu telefon Syabas (sya air selangor) ...jawaban sama jerr. Dulu selangor neg paling maju , isu air sampai sekarang pun belum selesai. Kelantan neg baru nk maju , isu air kita terus bg tekanan kpd kerajaan negeri kelantan. Isteri aku orang selangir (penyokong BN) , tp dia suka dengan air d kelantan (kg aku) .Air telaga n guna pam letrik (air kerak bumi) bersih. Walaupun aku orang BN , klu sesuatu isu itu betul , x salah kita sokong. Berpolitiklah secara matang.

mYseLf said...

kepada admin, persoalan yang diutarakan sgt BASIC. belajarlah ASAS AGAMA ISLAM YANG SYUMUL, nescaya ada pencerahannya... saya mendoakan agar kita semua diberi hidayah utk menilai apa yang baik di sisi agama, dan apa yang mendatangkan kemudaratan kepada ummah agar ditinggalkan. Bersangka baiklah kepada PENCIPTA YANG HAQ, bukan kepada manusia.. insya'ALLAH, dengan sedikit amalan yang baik walau sebesar zarah pn ia, akan diberi ganjaran yang setimpal. Banyak mana? Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI....

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive