Fatwa Pemimpin PAS DiSahkan Sesat!!!


Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat? Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr. Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka. Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya.

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat. Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman. Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah. Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah. Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama. Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar. Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan. Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T. Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia. Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama. Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya. Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?

Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab. Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah.

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan

6 comments:

Anonymous said...

Dah lama dah sesat ... sebelum fatwa dari arab tu,cuma juak2 BEBAL je yang x faham2..Nauzubillah.

Anonymous said...

benar..lama dah.... diseleweng....

Apa taknya....diterajui Mursyidul yg belajar kat India tanpa sekolah formal... maklumlah diIndia banyak kelahiran perkara khurafat sebab pelajari banyak hadis palsu dan daif....tengoklah bagaimana
kubor dikeramatkan dan diadakan pula Imam rohani..ini semua bidaah ...

Inilah jadi amalan PAS...apa yg malang lagi susupan orang Abim (liberal ) .. Syiah (militant dan penghapus org sunah wal jemaah bila dah berkuasa) dan opurtunis business man) yg mendekati dan menunjuk ajar pemimpin PAS berahsuah,,,

Ini lah takdir ...kalau Umat muhamad redha berkerjasama dgn setan saperti disetujui dan di amalkan Mursyidnya,,, semua terpalit,

Haron Din yg bolih tahan ilmunya pun subahat sebab ikut boss nya yg menyesatkan,,,

Anonymous said...

Kalau lah dari dulu lagi dah sesat, cam mane ek yang beribu-ribu penyokong2 tegar yang dah jadi arwah tu. Nauzubillah.

TaksubPAS said...

Memang lama dah confirmed sesat ...tapi buat bebal & do'nt know aje sebab politik punya pasal.... sebelum fatwa dari arab tu,cuma juak2 taksub/hardcore/harbi je yang x faham2.....asal masuuuk PAS(Parti Azali Sesat) konon Islam.... cuba laa kata saya nee orang Islam atau masuk Islam itu lebeh afdal.......kerana bila Islam seseorang itu ingin berbaik sesama saudara Islam seperti BN.....tapi politik punya pasal kawan dgn syaitan pun boleh tapi kalau dengan Islam berbagai alasan........Nauzubillah.

Anonymous said...

nampak sangat ahli biru ni otak udang..bab agama pun korng,bab politik pun kurng...yg diorg thu mnfitnah n mlagakan org,lpas 2 myatakan mhu brgabung,ingat org buta kah tdak nmpak prmainan ktor yg dbwa..yg pling truk,dia mnampakkn smua parti dmalaysia truk,tk prnah buat kbaikan,yg hya reti n pndai buat kbaikan hya parti biru,yg len semua parti hya mnyushkan org n mnyestkan...parti sbginikah yg prlu brgabung!! pi MAMPUS!!!!

Anonymous said...

aku kalu tgk muka mat sabun ni mesti gelak..pasai ape ek keh keh keh

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive