Khalid Gagap Mengamok Dengan Peter Chin..!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan persekutuan sengaja tidak mahu mencari jalan penyelesaian yang holistik terhadap isu penstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor.

Menurutnya, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui seolah-olah seperti tiada keyakinan terhadap kuasanya sebagai menteri penuh berdasarkan kenyataannya yang beliau tidak berkuasa meminta syarikat konsesi menerima penstrukturan semula tersebut.

Tambah beliau, sebagai menteri persekutuan yang bertanggungjawab terhadap isu air, beliau sebenarnya berkuasa penuh untuk memastikan syarikat konsesi mencari jalan penyelesaian secara holistik terhadap isu penstrukturan semula ini seperti yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Adalah jelas Peter Chin mempunyai kuasa yang secukupnya atas dasar kepentingan awam untuk menyelesaikan masalah ini dengan mengarahkan syarikat-syarikat terlibat memberi kerjasama penuh bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil-alih sektor perkhidmatan air.

"Oleh itu, kerajaan negeri sekali lagi menyeru menteri menggunakan kuasanya seperti yang termaktub dalam Akta WSIA agar masalah yang kita hadapi sejak 2008 dapat diselesaikan dengan segera.

"Perbuatan beliau (Peter Chin) yang terus berdolak-dalik dalam hal ini jelas bertentangan dengan matlamat asal dan semangat penubuhan WSIA untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh untuk perkhidmatan air," katanya.

Tambah beliau, Peter Chin mungkin terlupa bahawa perkhidmatan air bukanlah satu aktiviti perniagaan komersil semata-mata.

Katanya, ia adalah satu aktiviti perniagaan melibatkan perkhidmatan awam di mana kepentingan awam harus diberi keutamaan.

Menurutnya lagi, pengambilalihan pengurusan air oleh kerajaan negeri bukan sahaja menjadikan perkhidmatan air lebih berkesan dan kos efektif dan sekaligus memastikan tariff air yang munasabah serta tidak membebankan rakyat.

"Oleh itu, semua pihak terutamanya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sepatutnya bersama-sama kerajaan negeri Selangor dalam memastikan hasrat dan visi WSIA ini tercapai," katanya. KLPOS

1 comments:

Anonymous said...

Bungok betul lah Khalid Gagap. Dia orang amik alih dan gantikan ALAM FLORA. Apa dah jadi dengan sampah kat Sealangor. Negeri Selangor telah menjadi 50% lebih kotor dari semasa ALAM FLORA jaga sampah.

Kalau PRU 13, mangkuk ayun undi PAKATAN, Kau orang jawablah kat akhirat nanti.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive