Hasil dari siri demi siri pendedahan yang dilakukannya selama lima bulan yang dicampur aduk antara fakta dan auta,akhirnya membuatkan bos NFCorp dihadapkan ke mahkamah pada 12 Mac 2012. Tidak cukup dengan itu, aset mereka juga dibekukan, perniagaan mereka rosak dan isterinya terpaksa berundur dari jawatan menteri.
Rafizi yang sebelum itu tidak dikenali dan lembik,hinggakan nak bertanding jawatan Ketua AMK pun terpaksa dibatalkan, tiba-tiba kerana NFC dia menjadi ikon baru PKR. Dijulang, dipuja , disanjung, menjadi perhatian media hinggakan media tertunggu-tunggu bila lagi Rafizi hendak adakan PC. Jadual ceramahnya seluruh negara padat. Sampai sekarang pun apabila orang ingat lembu maka orang akan ingat Rafizi. Begitulah hebatnya seorang anak muda yang bernama Rafizi Ramli mencipta nama sekelip mata melalui lembu.
Ramai orang kata Rafizi budak cerdik, budak genius dan sebagainya. Tak mengapalah...jika itu anugerah yang Allah berikan kepadanya kita terima sahajalah. Rafizi semakin teruja dengan sokongan yang diterimanya dan membuatkan beliau ingin bekerja lebih lagi untuk membongkar kes NFCorp.
Dia tak toleh kiri kanan lagi, dia tak peduli lampu isyarat kuning atau merah, dia tak peduli garisan double line, semuanya dia tidak peduli dan terus memecut laju. Syok pandu kereta sport ni , tambahan pula ada tukang sorak atau pun dipanggil tukang perhangat.
Dedah punya dedah, auta punya auta , akhirnya hari ini Rafizi tersepit dengan 1 kebodohan dalam 100 kegalakannya menyerang NFCorp.
Pada 7 Mac 2012, Rafizi bersama ibu ikannya, Zuraidah Kamaruddin mengadakan sidang media mendedahkan kononnya NFCorp menggunakan wang kerajaan untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman bank bagi membeli hartanah di Bangsar. Selanjutnya Di Ocean'13
0 comments:
Post a Comment