Pembaca Berita RAS ADIBA Sanggup Botakkan Kepala Untuk Baca Berita...!!!


Jika sebelum ini, ada akhbar yang melaporkan bahawa penyampai berita sambilan ntv7, Ras Adiba Radzi digantung dari tugasannya gara-gara membotakkan kepala, namun cerita sebenar lain pula kisahnya. Menurut laman rasmi Media Prima, laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana Ras Adiba tidak pernah digantung sebagaimana yang dilaporkan itu.

"Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan.


Demi kempen Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Ras Adiba Radzi rela mengorbankan rambutnya untuk kempen tersebut bagi menyokong kanak-kanak yang menderita kanser.

Kempen tersebut yang dinamakan sebagai kempen 'Jom Botak' bertujuan untuk mengumpul dana sejumlah RM50,000 bagi membantu pesakit kanser. Moga usaha tersebut mendapat sokongan dan bantuan ramai pihak sekaligus dapat meringankan tabung Majlis Kanser.


Read more: http://www.myartis.com/2012/06/gambar-bila-ras-adiba-radzi-rela-botak.html#ixzz1z15WxRtF

Read more: myartis.

8 comments:

Anonymous said...

apasal la bodoh sangat pompuan ni...

nak bt amal jgn sampai menghalalkan apa yg haram...

ingat landasan agama ketika beramal...

pahala yg dicari tapi dosa yg bertimbun...

apasal tak nak bt JOM BERTUDUNG???

pejuang hamas...

Ayah Man said...

Tak molek serta mendedahkan aurat agak keterlaluan dgn membotakan kepala. Tak cantik terpapar dikaca TV berbentuk itu. Adibah direhatkan sementara. Tapi janganlah sampai rezekinya tersekat. Adibah banyak bakat dan kebolehan, beri dia tugas2 sementara yg lain.
Kan kah Adibah bersetuju dan faham semua ini sebelum sedia dibotakan? Usaha Adibah itu baik dan terpuji. Adibah sentiasa tabah dan positif. Jangan beri peluang untuk orang ramai menganggap Adibah telah dijadikan mangsa

Anonymous said...

Semoga Allah memberi hidayah pd nya...sepatutnya dah byk dugaan dia hadapi dia kena muhasabah diri dan mendekati Allah serta mematuhi perintah Allah... Zahirnya aurat pun dia x terjaga...semoga Allah ampuni dia dan memberi hidayah

zack said...

Bodoh punya pompuan! Geng irsyad manji nih!

Anonymous said...

Tuhan tidak kata membotakkan kepala adalah haram. Ini semua perbuatan manusia sendiri. Perananan RAS adalah mulia.

Anonymous said...

Anon 10.37: sesaorang yg mengaku dirinya islam wajib berpegang kepada 2 sumber yakni al-Quran dan Hadis Rasulullah. Menolak salah satu atau keduanya boleh membawa kepada kufur. Rasulullah mengharamkan wanita mencukur rambut/membotakkan kepala apatah lagi jika ia menyerupai lelaki dan tidak menutup aurat (sila rujuk laman e-fatwa). Ketahuilah, Matlamat tidak menghalalkan cara. Wallahualam.

Juang said...

Setiap kebaikan yang seseorang manusia lakukan pasti ada ganjarannya. Tak perlulah kita menghukum melampau2. Kita bukan tuhan selain Dia.

Anonymous said...

Kita ada panduan yaitu Al-Quran dan hadis. didalam islam matlamat tetap tidak menghalalkan cara. Apa2 ibadah yang hendak dilakukan ketaatan kepada Allah harus didahulukan kerana yang membalas segala kebaikan adalah Allah.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive