PUSAT URUT MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA KHALID IBRAHIM..!!!


Kerajaan Negeri Selangor dilihat masih terkial-kial mencari penyelesaian masalah kegiatan tidak bermoral di rumah-rumah urut di sekitar negeri tersebut.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memberitahu kerajaan negeri bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan masih di peringkat membuat kajian bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen rumah urut di Selangor.

Antara kajian yang sedang dilakukan katanya adalah untuk memastikan samada kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk merampas premis yang didapati menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Katanya lagi, usaha sedang dijalankan bagi memastikan jika premis yang melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut disewa, pemilik sebenarnya juga akan dipertanggungjawabkan.

"Kerajaan negeri sedang menyediakan aturcara undang-undang. Sebelum dikuatkuasa, PBT akan mengeluarkan amaran terlebih dahulu.

"Selepas diberi amaran, jika premis itu masih menjalankan kegiatan tidak bermoral, PBT akan beri borang perampasan. Akhirnya pemilik tanah harus bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas program khas Terima Kasih Rakyat di Hulu Langat hari ini.

Selain itu, Khalid turut menambah yang kerajaan negeri mungkin akan melaksanakan 'aku janji' kepada pemilik premis perniagaan bagi menangani masalah kegiatan tidak bermoral di rumah-rumah urut di Selangor.

"Keduanya, jika pemilik premis menyewakan premis mereka, dan didapati perniagaannya meragukan, kita nak pemilik tanah menandatangani aku janji setuju jika penyewa langgar syarat perniagaan, premis tersebut akan dirampas," katanya.

Aktiviti tidak bermoral di rumah-rumah urut didapati semakin bercambah sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Di Pekan Kuala Selangor sahaja, tujuh pusat urut dikesan beroperasi.

Perkara ini membimbangkan penduduk-penduduk di negeri ini yang risau ia akan memberikan kesan negatif kepada golongan muda. Selanjutnya Di KLPOS

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang berlaku di Selangor sekarang, termasuknya BERCAMBAHnya rumah-rumah urut, yang biasanya hanya menjadi FRONT kepada aktiviti maksiat dan pelacuran, amat membimbangkan umat Islam. Parti bukan Islam seperti DAP melihat perkara ini dari sudut keuntungan dan peluang perniagaan dan pekerjaan.

Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN, dan agama-agama lain dibenarkan diamalkan dengan bebas. Persoalannya, apakah ada mana-mana agama di dunia ini yang membenarkan PELACURAN dan PERSUNDALAN?

PAS tidak berupaya 'mengawal' DAP dan PKR, memandangkan ketiga parti tersebut berdiri sama tinggi dan 'at par' antara satu sama lain. Berbeza dengan BN, di mana UMNO, sebagai pengawal kepada HAK MELAYU dan AGAMA ISLAM, adalah merupakan PARTI INDUK kepada BN.

Anonymous said...

Assalam. Aku penyokong BN. Aku nk tanya n aku nk tulis apa yg aku nampak di selangor. Aku mula menjejak kaki di selangor tahun 1987...msa tu Magnum , Tota & Da Ma Cai dh ada di selangor. Masa tu zman pemerintahan sapa. Rumah urut dh ada sebelum PKR ambil alih selangor. Mengapa sekarang mahu bising2. Kuman seberang laut kita nampak , gajah depan mata kita tak nampak. Sebab itulah BN jatuh di selangor, sebab....kita selalu nampak kesalahan orang lain. Kesalahan diri sendiri tak dibaiki.

Anonymous said...

ANON 1.20 MUNGKIN X FAHAM ISU DISINI..JANJI PAKATAN PADA PRU 12 DI SELANGOR ADALAH MENGHAPUSKAN SEMUA AKTIVITI JUDI DAN MAKSIAT JIKA MENANG DI SELANGOR.KINI DAH 4 TAHUN MEREKA BERKUASA TETAPI JUDI DAN MAKSIAT TETAP BERLELUASA MALAH BERTAMBAH..DULU ZAMAN UMNO BERKUASA PUSAT2 INI DIDIRIKAN KERANA DESAKAN DARI PARTI MCA DAN DAP BAGI TUNTUTAN KAUM MEREKA.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive