HOT BEB..!!! PKR Kalah Sebelum Berkempen?


Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’.

Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya:

1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.

Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.

Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.

Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.

Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.

Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.

Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.

Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya?

Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.

Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.

Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja.

Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen

Hadi Awang Akan Letak Jawatan Sebagai Presiden PAS..???


Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.

HOT BEB..!!! PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada


Ada Sumber-sumber mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1. ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2. ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3. ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

'Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur'


Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12

Sahabat Rasulullah BERMUKA BABI ... Hasil Ciptaan Puak Chauvinist..!!!

Karikatur menghina sahabat Rasulullah yang digunakan oleh sebuah pusat tuisyen di Ledang, Johor.

Apa yang dipaparkan adalah provokasi terancang puak-puak chauvinist pembangkang yang secara jelas bertindak biadab, kurang ajar serta tidak tahu menghormati umat Islam di negara ini.

Dalam waktu umat Islam melakukan ibadah Rukun Islam ini, masih ada saki baki sperma chauvinist dan ala komunis ini menyerang Rasulullah secara tidak langsung dengan penghinaan ke atas sahabat-sahabat junjungan dan kekasih Allah Taala.

Pusat tuisyen kini dijadikan alat dan instrumen menyerang institusi Islam secara halus dan strategik.

Watak-watak sahabat Rasulullah diwajahkan dengan babi, khinzir ... binatang yang menjadi makanan dan kesukaan puak-puak chauvinist ini.

Dan binatang inilah yang menjadi instrumen terbaik menyerang institusi Islam di negara ini.

"Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu." Selanjutnya Di GWM

PAS Mahu Di Kristiankan - Hasan Ali


Pas yang sanggup menukar matlamat perjuangan daripada menubuhkan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan didesak menyatakan pendirian mengenai tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia yang mahu semua agama bebas disebar tanpa sebarang sekatan undang-undang.

Ini kerana sebagai komponen dalam pakatan pembangkang, Pas perlu menjelaskan sama ada bersetuju melaksanakan tuntutan tersebut atau tidak memandangkan persekutuan berkenaan menyeru penganut Kristian memilih parti yang menawarkan kebebasan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas perlu menjawab tuntutan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan itu kerana seruan sedemikian melibatkan kuasa memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. :- Utusan

Human Rights Watch (Asia) Mengecam Anwar Ibrahim Tidak Betul...!!!!


Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat. Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”. “Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual.”

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam. “Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual.”

Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik. Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.

Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, “Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”

Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada ‘tuannya’ di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan.

Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa. Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.

Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village. Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan.

Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM. Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.

Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.

Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya. Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu. Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam.

Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri. Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin. Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.

Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU. Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.

Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya. Beliau wajib memadamkan imej ‘boneka barat’ yang telah tertepek di mukanya. Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.

Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.

Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, penulis hanya mampu berpesan: bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun penulis tidak dapat menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.

PAS JANGAN BERMIMPI UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD - Dr Tan Seng Giaw.


Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.

Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya. :- GR

Azizan Tidak Pedulikan Rakyat Kedah..!!!


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang terkenal dengan panas baran semalam melenting dengan Majlis Profesor Negara (MPN) apabila hasil kajian mereka yang membabitkan isu Pilihanraya Umum ke-13 tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Sebaik dimaklumkan mengenai kajian tersebut, Azizan langsung tidak mengambil walau sesaat dari masanya untuk merenung dan memikirkan kenapa hasil kajian MPN menunjukkan yang sokongan rakyat Kedah sudah kembali kepada BN. Azizan langsung tidak terfikir akan kemungkinan beliau benar-benar ada kelemahan, kesilapan, lemah dan tidak prihatin terhadap tuntutan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh hasil kajian tersebut.

Sebaliknya beliau pantas berkata isu yang dikaji termasuk memilih calon MB adalah remeh dan tidak sesuai difokuskan oleh golongan cerdik pandai. Beliau juga merendah-rendahkan tahap pemikiran MPN serta secara sinis menuduh mereka diperalatkan oleh pihak BN. Kata beliau, MPN seharusnya mengkaji isu yang lebih serius seperti masalah isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa.

Sememangnya, meremehkan dan memperlekehkan orang lain sudah menjadi kewajiban bagi pemimpin PAS seolah-olah hanya mereka sahaja yang bijak lagi maksum di dunia ini. Dan sudah menjadi kelaziman bagi pembangkang untuk menuduh apa saja yang tidak menyebelahi mereka sebagai alat atau didalangi BN.

Kata beliau, "Ini suatu yang malang kerana golongan cerdik pandai sepatutnya mengkaji isu yang lebih serius.”

Tetapi, yang malang di sini ialah rakyat Kedah kerana mendapat Menteri Besar yang sudahlah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa, sombong dan bongkak serta enggan bertanggungjawab atas apa saja. Mudah sungguh menjadi MB nampaknya. Hanya duduk goyang kaki, pekakkan telinga, butakan mata, tetapi buka mulut menengking sesiapa saja yang mengkritiknya.

MPN bukan mewakili BN, jauh sekali bekerja untuk BN. Kajian tentang calon MB membawa signifikan tersendiri bagi isu-isu serius yang disebut oleh Azizan iaitu isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa. Ini kerana, siapa MB yang dipilih akan menentukan sama ada isu-isu serius tersebut akan dapat ditangani dengan baik. Jika tersilap memilih MB seperti Azizan, maka hasilnya pastilah seperti apa yang berlaku di Kedah hari ini.

Masalah balak, air, pencemaran, madrasah, pelancongan, pelaburan, tanah rizab Melayu, KUIN telah puas diperkatakan sehinggakan rakyat yang terlibat secara langsung dengan isu-isu tersebut hampir putus asa sama sekali. Kata mereka, tidak guna memberitahu MB kerana beliau hanya akan berkata semua sudah selesai.

Secara realiti, apa yang selesainya?

Yang selesainya adalah wang negeri yang semakin hari semakin susut. Tiada satu pun projek yang dicadang dan dicanang di bawah kerajaan PAS Kedah yang menjadi. Cakap-cakap di bawah kedengaran berkata, bagaimana projek boleh menjadi jika diberi kepada puak-puak PAS yang tidak punya pengalaman, mahupun modal untuk melaksanakannya?

Begitulah malang sekali nasib rakyat Kedah kerana mendapat MB yang tidak faham pun akan hubungkait dirinya dengan isu-isu serius di kalangan rakyat.

Hakikatnya, Azizan adalah MB yang buta IT dan beliau pastinya tidak dapat memahami bagaimana maklumat, termasuk perkara sulit boleh tersebar dan merebak dengan mudah. Beliau tidak tahu bahawa rakyat punya akses untuk meneliti sendiri perkara-perkara yang dinyatakan atau dinafikannya. Hanya dengan menepis dan menempelak orang lain tidak menjadikan beliau MB yang bijak.

Dengan pengetahuan yang begitu cetek mengenai perihal negeri dan dunia, siapakah Azizan untuk memperkecilkan bijakpandai dalam MPN?

PAS Marah UMNO Sebab PKR Tolak Hudud?


Dalam program Fiqh bersama Ulama yang menampilkan ulama-ulama dari negara Arab, pada bulan lepas, antara kertaskerja yang dibentangkan menyatakan bahawa Hudud hanyalah 1/10 dari dari Islam.

Perkara ini dipersetujui oleh ramai Ulama termasuk Ulama PAS, buktinya, Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa ‘Hudud hanyalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam’.

Maknanya, tuntutan Islam ke atas sesebuah masyarakat itu adalah lebih luas mencakupi aspek sosial dan kemanusiaan yang lebih penting seperti pendidikan yang berkualiti, kemakmuran dan kemajuan negara, keupayaan untuk menyumbang bagi kesejahteraan manusia sejagat dan berbagai-bagai lagi, selaras dengan kedudukan manusia sebagai Khalifah di muka bumi.

Tuntutan Islam ke atas seorang individu Islam pula adalah atas amalan peribadinya kepada Allah S.W.T serta keikhlasan dan kejujuran sesama manusia. Kesemua ini mengambil tempat 9/10 dari tuntutan Islam yang mana majoriti dari Umat Islam masih menghadapi kesukaran untuk memenuhinya.

Manakala, kedudukan ‘hudud’ dalam Islam telah pun jelas iaitu jika sesebuah negara tidak melaksanakan hudud, ia tidak akan menjejaskan sedikitpun keIslaman seseorang Muslim di negara itu. Ini kerana hudud, undang-undang dan kerajaan bukanlah faktor yang menentukan kesudahan seseorang Muslim di akhirat kelak. Kerana itu, hudud tidak diletakkan sebagai perkara pertama dalam tuntutan Islam.

Namun, penganut-penganut PAS tetap tegar mengambil sikap seolah-olah Hudud itu adalah 100% atau perkara teratas dalam Islam dan kalau tidak melaksanakannya maka segala amalan tidak diterima lagi dan jatuh kafirlah kerajaan yang tidak melaksanakannya, termasuklah penyokong-penyokong kerajaan. Penjelasan kerajaan bahawa hudud masih belum sesuai dan terlalu sukar untuk dilaksanakan di negara ini, dan pada ketika ini, dibakulsampahkan sebagai kenyataan ‘menolak Islam’ oleh PAS.

Walaubagaimanapun, PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR yang juga memberi jawapan yang sama mengenai hudud.

Buktinya, baru-baru ini, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR menyelar Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana membangkitkan lagi isu hudud. Shamsul menyarankan agar Nasrudin merujuk kepada persetujuan yang dicapai iaitu hudud bukanlah sebahagian dari polisi yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat.

Apabila ditanya, kenapa PKR boleh dan UMNO tidak boleh?, PAS, khasnya, Mahfodz Omar menjawab bahawa PKR mengiktiraf hudud tetapi tidak menerima perlaksanaannya di Malaysia kerana ia tidak sesuai, tetapi UMNO pula menolak hudud mentah-mentah.

Jika ini jawapannya, kita ingin bertanya Mahfodz, kenapa pula PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama berjuang mengejar impian untuk berkongsi kerusi pemerintah dengan DAP walaupun DAP jelas menolak mentah-mentah, malah sanggup mati daripada membiarkan hudud dilaksanakan?

Kenapa DAP boleh dan UMNO tidak boleh? Pastinya, jawapan Mahfodz ialah kerana DAP bukan Islam.

Namun, ini bukan soal mengenai keIslaman mana-mana parti. Ia juga bukan soal sama ada satu-satu parti itu mengiktiraf atau tidak hukum hudud.

Soalnya ialah tentang pendirian PAS mengenai hudud dan apakah PAS jujur ingin melaksanakannya.

Jelaslah sudah bahawa pendirian PAS mengenai hudud dari dulu sehingga kini ialah, ia merupakan bahan politik semata-mata serta PAS tidak punya niat pun untuk melaksanakannya kerana jika PAS serius ingin melaksanakannya mereka pasti menolak kerjasama dengan PKR dan DAP sebagaimana mereka menolak UMNO juga.

Lajim Ukim Bakal Senasib Baru Bian


Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya.

Sementelah lagi cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.

Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR.

Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.

Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.

Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.

Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.

Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.

Populariti Najib, BN Terus Meningkat


Kajiselidik berkenaan populariti pemimpin dan parti politik yang diadakan oleh UKM menunjukkan petanda yang baik buat Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Ini berdasarkan hasil kajian yang mendapati bahawa populariti Dato’ Seri Najib meningkat sehingga 76% mengatasi dua pemimpin pembangkang iaitu Anwar Ibrahim dan Nik Aziz.

Melalui pecahan etnik pula, sokongan terhadap Najib di kalangan Melayu berada di tahap 75%, Cina 69.9%, India 71%, Iban 85.5% dan lain-lain etnik Bumi 84.4%.

Kajiselidik yang melibatkan 1,000 warga Lembah Klang pula menunjukkan 69.9% memilih BN akan menang dalam PRU ke-13, 37.5% setuju BN akan menang 2/3 majoriti dan 32.1% lagi merasakan yang BN akan menang mudah.

Dalam pada itu, populariti pemimpin dan parti pembangkang semakin menurun dengan Khalid Ibrahim mendapat tempat tercorot dengan 55% responden di menyatakan tidak yakin dengan PR serta ragu-ragu dengan agenda PR yang banyak merugikan kaum Melayu.

Begitu juga dengan kepimpinan Azizan Razak di Kedah di mana daripada 10,800 responden, 68% daripadanya menyatakan yang beliau tidak cekap dan tidak efisien manakala 72.8% menyatakan yang beliau kurang prihatin dengan isu yang dibangkitkan rakyat.

Selain itu, kajiselidik oleh Free-Test Malaysia Team yang dihantar melalui e.mail mengenai "Undi Anda: Perdana Menteri Malaysia" menunjukkan Najib mendapat 58% sokongan, 25% tidak peduli dan hanya 17% yang memilih Anwar Ibrahim.

Perkembangan ini menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat dengan konsisten sejak mula memegang tampuk kuasa. Ini berdasarkan kajian oleh UIA dalam tempoh Mac 2008 hingga Julai 2011 di mana pada Oktober 2008, 35% responden Melayu, 33% Cina dan 41% India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59%, 45% dan 62%.

Kajian UIA itu juga mendapati populariti pemimpin-pemimpin pembangkang terus menurun sebelum menjunam terus pada tahun ini sepertimana dapatan dari kajiselidik UKM di atas.

Peningkatan populariti Najib dan BN ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya dan kesannya dapat dirasakan secara langsung oleh rakyat. Najib ternyata bukan hanya beretorik tetapi langsung tidak membuang masa menyusun dan merangka pelan pentadbiran serta pantas mengambil tindakan untuk membuat perubahan.

Ini menyebabkan, kebanyakan rakyat yang pada mulanya agak ragu-ragu yang beliau akan dapat ‘memulihkan’ semula keadaan BN yang ‘sakit’ ketika mula-mula mengambil-alih kuasa, semakin hari semakin yakin dengan kepimpinannya. Hari ini, nampaknya rakyat telah bersedia untuk meletakkan harapan dan kepercayaan kepada BN dan Najib untuk menerajui nasib dan masa depan negara.

Walaupun kecekapan, kejujuran dan kebijaksanaan mengurus-tadbir merupakan faktor utama yang menyebabkan populariti BN meningkat dengan konsisten, tetapi kita tidak wajar menafikan peranan pembangkang dalam membantu melonjakkan lagi geraf populariti ini.

Ertinya, kelemahan pembangkang dalam mengurus-tadbir negeri-negeri di bawah jajahan mereka juga menjadi punca rakyat terus memberi sokongan kepada BN. Kelemahan pembangkang inilah yang memberikan markah bonus kepada BN dalam ‘pertandingan populariti’ di kalangan rakyat. Lebih malang bagi pembangkang apabila pemimpin-pemimpin mereka juga terlalu sering terlibat dalam skandal serta gagal menangani segala isu dengan baik yang mana menyebabkan geraf populariti mereka terus menurun sekali gus geraf BN terus meningkat.

Di mata rakyat, pembangkang dilihat sebagai pengkhianat kerana begitu berminat untuk menimbulkan huru-hara dengan berdemonstrasi di sana sini atas alasan yang sengaja diada-adakan, kurang matang dan tidak masuk akal. Sikap ‘khianat’ pembangkang ini benar-benar memberi kesan kepada golongan atas pagar yang mewakili majoriti pengundi dalam pilihanraya nanti.

Pendek kata, pembangkang bukan saja tidak bijak mengurus negeri tetapi juga kurang bijak dalam menyusun strategi politik walaupun saban hari kerja mereka hanyalah berpolitik. Dalam ertikata lain, politik keterlaluan pembangkang telah mengakibatkan rakyat semakin muak dengan mereka.

Dengan itu, jika BN meneruskan prestasi cemerlangnya, dan PR juga meneruskan cara politik huru-haranya, maka populariti BN pasti mampu mencapai tahap maksima menjelang pilihanraya nanti.

Kubah Masjid Jatuh Di Negeri Serambi Mekah, Apa Tandanya?


Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.

Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?

Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?

Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.

Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.

Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.

Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.

Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.

Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.

Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.

Rakyat Kelantan Menanti Lebuhraya Rakyat..!!


Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

Azmin Ali Terima Rayuan Wan Azizah Bertanding Di Selangor?


Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dalam PRU-13. Katanya lagi, beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.

Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini. Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya.

Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti.

Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu. Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya.

Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan ‘orang-orangnya’. Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung. KLIK DI SINI

Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin.

Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR. Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri. Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak.

Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus. Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini. Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya. Azmin adalah ‘raksaksa’ ciptaan Anwar. Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah.

Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbulkan keraguan terhadap Azmin di mata Anwar. Nampaknya, kesetiaan Wan Azizah kepada suami peliwat dan penzinanya berbaloi juga.

Wan Azizah mendapat sokongan padu dari Khalid Ibrahim, justeru, beliau mempunyai kelebihan kerana mendapat akses kepada maklumat dan bantuan kerajaan negeri secara langsung. Jika Wan Azizah menang, beliau pastinya akan dapat mempengaruhi kerajaan negeri dan memastikan kem Azmin dihapuskan terus.

Dengan begitu ramai di dalam PKR yang semakin ‘cuak’ dengan Azmin kerana dilihat sebagai sudah hilang kawalan, Wan Azizah percaya yang beliau berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk ‘mencabar’ Azmin secara halus.

Sememangnya, parti PKR tidak pernah lekang dari konflik dalaman sejak mula ditubuhkan sehingga memaksa begitu ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti itu saban hari. Konflik dalaman PKR adalah serius dan ‘pelik’ kerana ia bukan sekadar konflik perebutan kerusi politik, tetapi membabitkan skandal seks, masalah keluarga, manipulasi undi dalam pemilihan dan berbagai-bagai lagi.

Namun, kita tidak pasti sejauh mana konflik dalaman PKR ini dapat mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.

Bayangkan, bagaimana parti sebegini dapat memerintah negara dengan baik? Bagaimana kita boleh mengharapkan puak-puak yang asyik bergaduh dan saling bersyak-wasangka sesama sendiri untuk menerajui negara mahupun negeri atau kawasan?

Yang pastinya, sama ada Wan Azizah menang atau tidak di kerusi yang ditandinginya ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat di kawasan tersebut dan keseluruhannya. Percayalah, pemimpin PKR bertanding bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya sekadar ingin bertanding dan memakai gelaran ‘pemimpin’. PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar serta keluarganya. Inilah yang rakyat perlu terima jika ingin memangkah mereka dalam pilihanraya.

Tema Hari Kemerdekaan Membuat Pakatan Haram Panas..!!!!


Slogannya mudah, “Janji DiTepati” tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat meroyan. Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pembangkang telah tanpa segan silunya, meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini. Marah benar mereka dengannya.

Tidak semena-mena, slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik.

Tidak dapat difahami, di manakah politiknya dalam menepati janji? Sedangkan, yang politiknya ialah apabila kita menabur janji bulan, bintang dan matahari yang mustahil untuk ditepati.

Malang bagi pembangkang apabila slogan ‘Janji DiTepati’ yang digunakan sebagai iklan bagi mempromosi bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan kini dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan pula.

Maka, dua kali meroyanlah pembangkang.

Sakit benar pembangkang apabila ditampar oleh slogan ini. Maklumlah, mereka belum mampu menepati satu pun janji-janji mereka. Lihat saja Kampung Buah Pala, Pulau Pinang di mana PR berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu sahaja tetapi akhirnya, kampung itu yang lenyap begitu saja.

Dan siapa yang boleh lupa akan Janji 16 September? Atau janji hudud di Terengganu sebaik ayam berkokok jika PAS memerintah pada PRU1999?.

Ada juga janji ‘syurga akhirat’ tetapi hasilnya ialah ‘syurga dunia’ iaitu rumah-rumah urut, pusat karaoke, pusat judi dan hiburan malam yang tumbuh bagai cendawan di semua negeri yang diperintah mereka.

Sungguhpun begitu, pembangkang tidak serik untuk berjanji. Sehingga hari ini, pembangkang terus-terusan menabur janji, pendidikan percumalah, harga minyak turunlah, penghapusan tol dan berbagai-bagai lagi janji yang tak masuk akal.

Sedangkan, setelah 3 tahun memerintah di beberapa negeri, pembangkang masih gagal memenuhi manifesto mereka termasuk yang mudah-mudah. Malah dalam beberapa janji ‘bulan-bintang’ yang dibuat, hasilnya ialah ‘racun-tuba’. Contohnya, tariff air di Kedah dan bekalan air di Selangor.

Walaupun dibentangkan logik matematik untuk menangkis janji tidak masuk akal mereka, pembangkang tetap tegar mengulangi janji yang sama. Kerana apa? Kerana itu saja yang mereka mampu lakukan iaitu ‘berjanji’ dan bukan ‘menepati janji’.

Dengan mengambil sikap meroyan sebegini, jelaslah bahawa pembangkang cukup sedar akan ketidakmampuan mereka memenuhi janji. Kerana itu, pembangkang benar-benar fobia dengan ayat ‘janji ditepati’ ini.

Hakikatnya, ‘janji ditepati’ adalah slogan kerajaan, bukan UMNO dan bukan BN. Ia merupakan satu kenyataan terhadap komitmen kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Dan komitmen ini telah membuahkan hasil di mana rakyat dapat menikmatinya. Seharusnya semua rakyat meraikan tema ini dan bukannya fobia dengannya.

Tidak wajar kita mengaitkan segala-galanya dengan politik sepertimana yang cuba diterapkan oleh pembangkang. Jika kita melihat dunia secara jujur, kita pasti memahami bahawa tiada salahnya dengan slogan yang membawa kebenaran. Lainlah jika slogannya bertulis ‘janji ditepati’ tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Tetapi, hari ini, kita menerima segala-galanya yang dijanjikan oleh kerajaan, maka kenapakah kita perlu mempertikaikan tema yang benar tersebut?

Pembangkang boleh menuduh tema yang jujur itu sebagai politik, tetapi apa yang penting di sini adalah kejujuran itu sendiri yang mana pembangkang tidak memilikinya. Kerana itulah mereka meroyan dan menggelupur bagai cacing kepanasan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini.

PKR Cuba Cetus Pemberontakan Negara Islam Terhadap Arab Saudi


Di kala dunia mula membuka mata dan mengutuk keganasan rejim Zionis, tidak semena-mena ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan persoalan terhadap kerajaan Islam, yakni, Arab Saudi. Pihak yang diperkatakan di sini pula, bukanlah pihak barat, tetapi seorang penulis pro-PKR, sekali gus menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa PKR adalah agen Zionis di Asia Tenggara.

Penulis tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, ialah Hishamuddin Rais. Di dalam KeAdilandaily, Hishamuddin telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Arab Saudi dan Zionis Israel’ di mana beliau menghina warga Saudi dengan menyatakan yang mereka berkelakuan lucah dan ganas terhadap warga asing termasuk merogol dan memukul pekerja wanita dari Filipina dan Indonesia.

Antara petikan lain tulisan beliau:

“Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi adalah ‘scam’ yang paling besar yang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia.

Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti Negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan kabilah. Perbalahan dan perperangan antara suku dan kabilah sering berlaku. Maka di sinilah munculnya T.E Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Ottoman yang berpusat di Istanbul.”

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud, kekuatan kerajaan Ottoman di sebelah Selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara rasminya kuasa kerajaan Khalifah Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924. Akhirnya pada tahun 1932 lahirlah apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom of Saudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homoseksaul telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Arab Saudi.

Soalnya, kenapakah atau apakah agenda Hishamudin Rais atau PKR untuk menghina dan memperkecilkan kerajaan dan warga Saudi sebegitu rupa? Apakah PKR ingin membangkitkan perasaan curiga, syak wasangka, prejudis dan benci terhadap kerajaan Arab Saudi di kalangan umat Islam?

Apakah beliau ingin melihat Arab Saudi yang berkocak dan kacau bilau? Apakah beliau ingin mencetuskan pemberontakan besar-besaran di kalangan negara Islam terhadap kerajaan Saudi?

Negara moden Saudi terbentuk pada tahun 1932. Sejarah yang membawa kepada pembentukan ini menyaksikan penaklukan Nejd dan Hejaz oleh Abdul Aziz bin Saud pada tahun 1902, revolusi yang gagal pada tahun 1916, serta pembunuhan beramai-ramai askar badwi wahabbi pada tahun 1930 di Sabilla setelah mereka tidak bersetuju dengan Raja Abdul Aziz yang enggan berperang dan menakluk Jordan, Iraq dan Kuwait.

Semenjak itu, politik Saudi kerap bergolak berikutan krisis dalaman antara kerabat diRaja, tentera dan puak pelampau Islam.

Namun, adalah merupakan satu rahmat bagi Umat Islam di seluruh dunia bahawa kerajaan Arab Saudi berjaya mengekalkan keamanan dan meningkatkan kemajuan negaranya bagi membolehan tanah suci Mekah dikunjungi oleh jutaan umat setiap tahun dengan selesa dan tanpa merasa terancam.

Mengungkit sejarah lama semata-mata untuk memburukkan kerajaan Saudi adalah kerja gila kalau tidak pun jahat apatah lagi jika dilakukan oleh warganegara lain, bukan Saudi sendiri.

Kerana itu, rasanya tidak salah jika kita mengesyaki Hishamuddin Rais dan PKR sedang membawa agenda Zionis untuk mencetuskan perasaan benci terhadap negara ‘tauke minyak’ dan bertanggungjawab terhadap rumah Allah.

Ini mungkin juga usaha terdesak Hishamuddin untuk mengembalikan imej Anwar Ibrahim sebagai pejuang Islam dan bukan agen Zionis dengan mengaitkan kerajaan Arab Saudi dengan Zionis. Malangnya, apa yang dilakukannya iaitu dengan menghentam negara Arab Saudi sebagai satu ‘penipuan’ adalah keterlaluan.

Atau mungkin juga beliau sengaja ingin mencetuskan ketegangan dalam hubungan dua-hala Malaysia-Saudi. Jika ini niatnya, maka beliau tentunya yakin yang PKR tidak mungkin akan menjadi kerajaan dan kerana itu beliau tidak perlu menjaga hubungan diplomasi antara negara-negara luar.

Apapun, Anwar Ibrahim perlu menjelaskan banyak perkara kepada masyarakat Islam di dunia khasnya kerajaan dan warga Arab Saudi tentang apa yang cuba disampaikan oleh ‘baruanya’, Hishamuddin Rais. Artikel tersebut tidak wajar dikatakan pandangan peribadi Hishamuddin kerana ianya dicetak dan diedar di dalam lidah rasmi PKR.

Lebih-lebih lagi apabila penglibatan PKR dengan Zionisme dapat dikesan melalui hubungan rapat Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionisme. Kes ‘apology tour’ yang menyaksikan Anwar terpaksa melutut kepada semua tokoh-tokoh Zionis apabila ‘tersasul’ mengkritik pencerobohan mereka ke atas Palestin, telah membuka mata ramai orang.

Kita sudah sedia maklum mengenai strategi Zionis menakluk dunia, iaitu dengan cara ‘pecah dan perintah’. Rakyat sesebuah negara dipecahkan mengikut suku, kaum, bangsa dan agama dengan menggerakkan agen-agen mereka agar menghasut, melempar fitnah dan akhirnya memberontak terhadap kerajaan.

Sekian lama, Zionis berjaya meletakkan pemimpin boneka mereka di beberapa negara melalui strategi ini. Negara-negara yang disasarkan selalunya adalah negara di mana mereka mempunyai kepentingan sama ada berkaitan sumber alam seperti minyak, ataupun logistik dari segi ruang udara dan laut untuk kepentingan perdagangan mereka.

Selain itu, negara yang tidak mempunyai kelebihan sumber alam atau logistik juga tidak terkecuali dari ancaman Zionis kerana sememangnya Zionis mensasarkan supaya semua negara di dunia menjadi lemah agar terpaksa mengikut telunjuk mereka.

Ini bukanlah paranoia atau imaginasi yang terlalu tinggi tetapi fakta yang telah pun didedahkan oleh beberapa bekas agen CIA sendiri.

Justeru, dengan tulisan Hishamuddin Rais tersebut, nampak seolah-olah PKR bukan sahaja dipertanggungjawabkan oleh Zionis untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat Islam di dunia dengan membangkitkan perasaan benci terhadap negara yang merupakan ‘kiblat’ umat Islam.

Apa yang penting, kita tidak boleh membiarkan agen-agen Zionis seperti PKR mengotorkan Tanah Suci dengan membangkitkan huru-hara di sana pula. Keamanan di Tanah Suci perlu dijaga dengan apa jua kos dan kita percaya, itulah yang dipegang oleh Kerajaan Arab Saudi bagi memungkinkan umat Islam menunaikan ibadah haji setiap tahun.

Satu soalan yang bermain di fikiran ialah, apa komen PAS? Apakah PAS juga ingin melihat Tanah Suci menjadi Dataran Tahrir yang diimpikan sekian lama?

WAN AZIZAH MERAYU-RAYU PADA AZMIN ALI UNTUK MENJADI CALON PADA PRU13..!!


Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Malaysia seorang presiden parti terpaksa merayu untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding kecuali dalam PKR.

Begitulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah Ismail apabila hasrat beliau untuk bertanding di peringkat negeri pada pilihan raya umum akan datang disambut dingin oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Bukan sahaja dingin malah ada sesetengah pemimpin PKR seperti Timbalan Presiden menunjukkan sikap antagonis terhadap cadangan presidennya sendiri.

Sepatutnya seorang presiden parti politik mempunyai kuasa besar dalam perjalanan organisasinya.

Lihat daripada apa yang pernah berlaku di dalam kemelut parti-parti politik di negara ini, presiden mempunyai kuasa untuk memecat anggota parti, mengenakan tindakan disiplin, menentukan calon-calon yang sekepalanya dengannya dalam pemilihan parti dan sebagainya.

Bila datang musim pilihan raya, presiden juga punyai kuasai mutlak dan pemutus untuk menentukan siapakah yang bakal menduduki kerusi Yang Berhormat dan senarai calon-calon wajib melalui kelulusan dan tangannya.

Sebagai presiden beliau juga berotoriti untuk memilih mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selamat dan sesuai untuk bertanding samada di negeri atau parlimen.

Selagi tindakannya berlandaskan peraturan parti dan amalan proses demokrasi, tidak siapa boleh menentang kehendak atau kemahuannya kerana ia adalah presiden yang mempunyai kuasa yang luas.

Berlainan pula apa yang berlaku di dalam PKR, sebuah parti yang mendabik dada kononnya membawa 'politik baru' dan 'harapan baru bagi Malaysia' yang berlandaskan nilai-nilai perjuangan 'reformasi jalanan'.

Ini kerana kuasa dalam PKR terletak di tangan Anwar sebagai Ketua Umum, sat jawatan yang dilantik dan tidak boleh ditandingi.

Wan Azizah sebagai presiden hanya atas nama sahaja dan berperanan lebih kepada tunggul dan boneka yang tidak ada kuasa atau mampu membuat sebarang keputusan.

Pengorbanannya selama 14 tahun menerajui PKR seolah-olah tidak dihargai langsung malah peranannya juga dipandang sepi.

Beliau mengorbankan kerusi parlimen Permatang Pauh demi suami tetapi Anwar Ibrahim juga tidak memberi sokongan apabila si isteri meluahkan keinginan untuk bertanding semula.

Apatah lagi seteru politik Wan Azizah, Azmin Ali siang-siang lagi sudah mengenakan pelbagai syarat kepada presidennya sendiri jika ingin menjejak kaki di Selangor sebagai calon.

Malah ada ura-ura dan niat jahat Azmin untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di DUN Sementa, sebuah kubu kuat Umno-BN.

Mungkin tujuan Azmin mahu menamatkan karier politik bos politiknya kerana tahu Wan Azizah akan diganyang dan dimalukan di Sementa.

AMK Pulau Pinang pula bersikap hangat-hangat tahi ayam menunjukkan simpati dengan nasib presiden dengan juga menawarkan kerusi.

Ini semuanya adalah permainan silap mata oleh Azmin dan kroni-kroninya.

Isu niat Wan Azizah mahu bertanding sebenarnya membongkar konflik amat serius dalam PKR antara dua puak yang bertelagah berebut kuasa.

Di satu pihak ialah puak presiden yang didokong oleh anaknya Nurul Izzah serta mendapat sokongan kuat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Setpol MB Faekah Husin, dan lain-lain pemimpin yang tidak sehaluan dengan Azmin seperti Dr Syed Husin, Tian Chua dan Sivarasa.

Puak Azmin pula menjadi golongan majoriti yang memegang kuasa dan jawatan di dalam PKR tetapi mendapat tentangan hebat di Selangor disebabkan halangan oleh Khalid dan Faekah.

Selangor satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR serta diterajui oleh Azmin sebagai pengerusi negeri namun segala kontrak lumayan dan projek berjuta-juta ringgit dinikmati oleh kumpulan MB dan kroni-kroninya.

Faekah, seorang kroni rapat Wan Azizah dikatakan mendapat bermacam-macam habuan seperti projek-projek infrastruktur, tanah, pasir, stesen minyak, lesen-lesen, termasuk juga memonopoli penyediaan khidmat guaman kepada anak-anak syarikat di bawah MBI.

Azmin yang mengharapkan jawatan sebagai bos PKR di Selangor membolehkan beliau mengaut kekayaan terpaksa berputih mata dan menggigit jari melihat semuanya dibolot oleh kumpulan yang menyokong Wan Azizah.

Inilah punca Azmin melayan presidennya macam sampah apabila beliau mahu bertanding di Selangor.

Wan Azizah di mata Azmin hanyalah penghalang kepada cita-citanya untuk menguasai PKR dan oleh kerana itu harus dikorbankan walaupun yang hendak dimangsakan itu adalah isteri idolnya sendiri.

Tun Mahathir Beri Amaran Kepada Orang Melayu...!!!!


Ulama-Ulama Semakin Menjauhi PAS....


Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.

Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.

Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.

Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.

Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.

Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.

PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.

Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.

Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.

HOT BEB..!!! Rakaman Sulit Bekas Skandal Rosmah..!!!



Lim Kit Siang Jadi Sewel Bila 10 Ribu Cybertrooper Umno-BN Picit Telor Dia..!!!!


Dalam minggu lalu jika anda semua perasan bahawa pimpinan Pembangkang sudah mula kepanasan apabila serangan dihalakan kepada barisan pejuang media pro kerajaan. Lim Kit Siang melalui harakah pertama sekali telah menyerang pejuang BN dan diikuti dengan barisan pejuang pakatan pembangkang.

Malah setiap hari pelbagai cara diusahakan oleh blogger pembangkang dengan mewujudkan pelbagai cerita yang mana sedang cuba memcahbelahkan pejuang media baru Pro Kerajaan. Usaha mereka begitu bersungguh sungguh sampaikan rekayasa dicipta entah apa apa.

Dan paling menyengat apabila Papa Gomo dilabelkan sebagai liabiliti dan merupakan bakal menjadi punca UMNO serta BN lingkup pada PRU dengan cerita seks dan porno pimpinan pakatan pembangkang. Mereka dakwa Gomo pembawa Fitnah dan itu begini bagi mewujudkan sentimen Anti Papa Gomo.

Tak kurang dari itu blogger serta pimpinan pembangkang termasuk Rafizi, Chegubard, Nurul Izzah dan lain lain begitu kepanasan punggung apabila mula spin cerita bahawa Gomo dibenci oleh barisan pejuang media Pro Kerajaan. Benar ke semua tu? Betul ke? Selanjutnya Di Papa Gomo

Bayangan Maut Rosmah Mansor Dan Farid Ismeth, "Luka Lama Berdarah Kembali"..!!!

 
Pembongkaran kisah silam rosmah dan Farid Ismeth akan terjawab.

Dah lama isu Rosmah Mansor berkahwin dengan pembaca berita RTM 1 Farid Ismeth Emir dimainkan oleh gerombolan jentera media baru pembangkang. Malah serangan yang dilakukan bukan sekadar cerita biasa malah sampaikan mewujudkan dokumen, gamar edit dan sebagainya dalam melakukan kerja terkutuk mereka ini.

Adakah Video Ini Tempelak Pakatan..???

Dosa Khalid Ibrahim Terhadap Rakyat Selangor


Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN, setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya.

Cadangan pembinaan cawangan UiTM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya, merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya.

Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan, ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi.

Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP, PKR dan PAS, cadangan tersebut diganggu oleh Khalid hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut.

Selanjutnya, Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK dengan sengaja memulangkan semula bayaran cukai tanah oleh yayasan tersebut yang jelas berniat bagi menghalalkan tindakan jahat kerajaan negeri merampas tanah milik YBK.

Disebabkan mahu mengelak kontroversi berpanjangan dengan kerajaan negeri pimpinan Khalid, maka cadangan pembinaan kampus UiTM di Serendah terpaksa dibatalkan dan dipindah ke Jasin, Melaka. Akhirnya siapa yang rugi?

Demikian juga yang berlaku dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sejak 2010 lagi kelancaran pembinaannya sengaja diganggu gugat oleh Khalid dan kerajaan negeri pimpinannya dengan berselindung disebalik alasan kenaikan tarif air.

Sedangkan projek yang dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya itu bertujuan untuk menambah bekalan air bersih untuk kegunaan semasa dan akan datang yang manfaatnya bukan saja memberi kebaikan kepada rakyat malah menjamin kelangsungan ekonomi negeri.

Selepas dua tahun isu ini dipolemik dan diganggu gugat oleh kerajaan negeri yang diketuai Khalid Ibrahim, kesan negatifnya mula terasa bukan sahaja menyebabkan rakyat dirundum keresahan malah para pelabur mula menjauhi negeri ini.

Bayangkan apabila 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM tiba-tiba terpaksa membatalkan perancangan pelaburan mereka di negeri ini kerana tiada jaminan konkrit dari kerajaan negeri yang krisis air tidak akan berlaku.

Berikutan itu, sekurang-kurangnya 12,000 peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Bukankah ini satu dosa besar kerajaan negeri terhadap rakyat yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya Khalid dan pemimpin negeri yang lain dapat berfikir lebih jauh ke depan.

UiTM Serendah dan Langat 2 hanyalah secebis contoh klasik betapa ceteknya tahap pemikiran Khalid dalam mendepani tuntutan semasa sehingga kesan buruknya terpaksa pula diharungi oleh rakyat jelata.

Barangkali tidak keterlaluan kalau kita katakan untuk selama 5 dekad akan datang, rakyat Selangor akan mengenang Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya MB yang banyak 'berdosa' dalam merosakkan masa depan negeri Selangor.

PAS Tidak Bersekongkol Tetapi Cuma Bekerjasama Dengan DAP – Nasrudin Tantawi


Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan hubungan PAS dengan DAP yang mana beliau menegaskan bahawa Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi. Tetapi, beliau mengakui bahawa PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik.

Kita faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya. Dengan menggunakan perkataan ‘bekerjasama’ dan bukan ‘bersekongkol’, maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP.

Perkataan-perkataan seperti bersekongkol, berkomplot, berkonspirasi sebenarnya membawa kepada perlaksanaan yang serupa dengan bekerjasama.

Beza kedua-dua perkataan ini hanyalah dari segi ‘niat’ di mana ‘sekongkol’ merujuk kepada satu pakatan yang berniat jahat dan ‘kerjasama’ pula merujuk kepada satu-satu pakatan secara umum.

Oleh itu, kedua-dua perkataan membawa pengertian yang sama iaitu ‘berpakat, berganding-bahu, bertoleransi dan saling bantu-membantu untuk mencapai matlamat masing-masing’.

Dalam konteks politik PAS dan DAP, dan seperti yang diakui oleh Nasrudin, adalah jelas bahawa matlamat masing-masing hanyalah untuk menang pilihanraya. Pastinya kerana PAS dan DAP ingin mencatur semula politik Malaysia mengikut acuan mereka.

Maka di sinilah terletaknya masalah dalam penjelasan atau ‘tafsiran’ Nasrudin mengenai hubungan PAS-DAP. Iaitu, walaupun matlamat kedua-dua parti adalah sama tetapi acuan mereka amat bertentangan. Malah Nasrudin sendiri enggan atau tidak sanggup mengaku yang PAS berkongsi agenda yang sama atau ‘bersekongkol’ dengan DAP.

Kita sedia maklum bahawa acuan DAP adalah Malaysian Malaysia di mana ia menjulang kesamarataan total (ala DAP). Ini bermakna, semua agama adalah sama dan Islam tidak harus menjadi agama rasmi sekali gus persoalan mengenai undang-undang Islam, cara hidup Islam, hudud dan sebagainya adalah tidak relevan sama sekali. Selain itu, DAP juga diketahui mengambil sikap memperlekeh dan menentang Institusi Raja-raja Melayu.

Bagaimanapun, atas dasar kerjasama seperti yang diakui Nasrudin, kedua-dua parti ini tetap saling bantu membantu untuk memenangkan masing-masing dalam pilihanraya walaupun matlamat mereka bertentangan.

Ini bermakna, PAS membantu DAP menang, DAP membantu PAS menang, kemenangan PAS adalah kemenangan DAP dan mengundi PAS adalah sama ertinya dengan mengundi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS bertanggungjawab membantu DAP membentuk negara ini mengikut acuan DAP.

Benar, ada kemungkinan DAP tidak mampu membentuk negara ini mengikut acuannya dan sebaliknya PAS yang berjaya memaksa acuan mereka ke atas DAP.

Tetapi, ini hanyalah satu kemungkinan kecil.

Jika dilihat dari segi kebarangkalian matematik, jumlah PAS mengalah kepada DAP dalam isu-isu di mana mereka bertelagah pendapat adalah jauh lebih besar dari jumlah DAP mengalah kepada PAS.

Antaranya, hudud, Negara Islam, isu judi, arak, rumah urut dan murtad, keputusannya ialah DAP-5, PAS-0,. Di kala PAS sanggup menggadaikan Negara Islam, DAP pula sanggup ‘berjihad’ dan mati menentangnya. Hakikatnya, DAP tidak pernah mengalah atau berundur walau se-inci pun dalam ‘semangat’ kerjasamanya dengan PAS.

Justeru, adalah hampir mustahil yang DAP akan akur kepada agenda PAS andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.

Kesimpulannya, ‘kerjasama’ atau ‘persekongkolan’ atau ‘pakatan’ atau apa saja perkataan yang digunakan oleh Nasrudin untuk menjelaskan hubungan PAS-DAP, hanya akan menguntungkan DAP.

Dengan itu, Nasrudin harus sedar, bahawa PAS tidak akan berjaya menghapuskan imej parti itu sebagai balaci, barua dan anjing suruhan DAP hanya dengan menggunakan perkataan berbeza tetapi mempunyai maksud perlaksanaan yang sama, dalam menerangkan hubungan mereka.

Rafizi Gila Mahu Projek LRT Laluan Ampang...!!!


SEBETULNYA semua isu berkaitan dengan kontrak pembinaan projek LRT laluan Ampang yang dimulakan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sudah terjawab dengan sendirinya bila Prasarana Berhad mengesahkan bahawa tidak ada sebarang kontrak pembinaan telah dianugerahkan kepada mana-mana syarikat termasuk syarikat George Kent dari UK seperti didakwa Rafizi.

Laporan polis yang dibuat Rafizi juga lebih kepada mahu polis menyiasat SAMA ADA wujud penyelewengan dalam soal penganugerahan kontrak tersebut, bukan Rafizi menyerahkan apa-apa bukti yang menunjukkan berlakunya penyelewengan. Perkataan SAMA ADA itu dibesarkan bagi menunjukkan yang Rafizi pun tidak pasti.

Maklumlah, kontrak tak award pun lagi, nak seleweng macam mana?

Hakikat ini ramai orang tak tahu sebenarnya. Sebetulnya, Rafizi cakap depan polis (semasa buat laporan) lain – minta disiasat, keluar jumpa penyokong cakap lain – bukti dah diserah kepada polis. Bijak Rafizi ni bukan dari segi fakta tapi dari segi menyelewengkan persepsi. Rafizi pun tau apa hukumannya buat laporan polis palsu.

Jadi tidak hairan kenapa isu itu tidak mendapat sambutan rakyat seperti mana dalam soal NFC dimana Rafizi terlibat sebelum ini. Menyedari hal itu, Rafizi cuba cipta pembohongan terbaru, kononnya projek LRT laluan Ampang itu tidak selamat dan boleh mendatangkan bahaya kepada rakyat.

Isu keselamatan ini telah dibangkitkan sebelum ini dalam tuduhan pertama, kononnya kerana Perdana Menteri campur tangan dalam soal penganugerahan projek ini, ia tidak selamat kerana syarikat George Kent itu tidak mempunyai pengalaman membina projek LRT atau yang seumpama dengannya sebelum ini. Tapi ia tidak begitu dibesar-besarkan sangat kerana sasaran sebenarnya ialah PM kerana kononnya campur tangan dalam soal penganugerahan kontrak.

Bila isu PM campur tangan terbukti tidak benar, dengan itu tidak dapat sambutan rakyat, Rafizi main isu keselamatan pulak, kononnya projek tidak selamat kerana hampir dengan kolam air, bekas kuari dan sebagainya. Semua soal ini tidak muncul pun sebelum ini, hanya dibangkitkan setelah tuduhan tentang wujudnya campur tangan PM tidak mendapat sambutan.

Tidak cukup dengan itu Rafizi minta Kerajaan Selangor halang pembinaan landasan LRT Putra Height dan Taman Subang Alam yang berada dalam negeri Selangor. Kalau benar projek itu tidak selamat, kemukakan fakta di Mahkamah supaya keseluruhan projek dibatalkan atau ditangguhkan, apa ambil kawasan yang dalam negeri Selangor sahaja? Sebab disitu Pakatan Rakyat berkuasa?

Nampak sangat isu ini isu politik. Dengan tidak ada siasatan dan pengesahan oleh pakar bertauliah, Rafizi sendiri pun tidak ada latarbelakang pembinaan, dah pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri projek tersebut tidak selamat. Nama Prof Madya Dr Tajul Jamaluddin yang disebut Rafizi itu pun belum dipastikan kepakarannya dalam bidang berkaitan. Memang pangkal depan namanya Prof Madya, tapi adakah dia layak bercakap tentang soal struktur dan pembinaan serta alam sekitar?

Jika pun dia layak, bagaimana pula dengan pakar-pakar yang lebih berkelayakan sedang berkhidmat dalam Prasarana dan kerajaan sendiri? Sudahkah Rafizi mengambil kira pendapat mereka ini semua?

Jelasnya, semua ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya berminat untuk mensabotaj projek kerajaan BN yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dengan mempolitikkan isu tersebut. Samalah halnya dengan penangguhan projek Loji Langat 2 yang menjadi penyebab kepada krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sekarang, semuanya sebab projek berkepentingan rakyat yang dipolitikkan puak-puak ini.

Pakatan Rakyat tidak mahu kerajaan BN kedepan dalam soal memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Mereka gagal melakukannya di Selangor, air dan pengurusan sampah adalah beberapa dari banyak kepincangan yang berlaku di sebabkan oleh kegagalan Pakatan Rakyat memimpin. Itu baru bercakap di Selangor, belum di 2 negeri yang lain (Kedah dan Pulau Pinang).

Kelantan? Itu tak payah sebut, memang gagal sokmo!!

Ketua Eksekutif PKNK Bakal DiPecat?


Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.

Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang. Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat.

Mazlan Aliman, yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH. Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil. Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya. Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar. Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.

Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan ‘kosong’, cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.

Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa. Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK.

Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato’ Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi, tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK. Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.

Dato’ Abdul Rahman adalah ‘orang lama’ dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan. Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University, USA dan University Malaya, beliau adalah antara ‘beberapa kerat’ pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa, berdedikasi dan berkelayakan.

Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara, Bina Darulaman, KTPC, KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi, beliau merupakan aset penting, bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.

Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau, cadangan membeli saham FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak. Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.

Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.

Nampaknya, segala pengalaman dan ilmu Dato’ Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya. Dato’ Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.

Jika ini berlaku, maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato’ Abdul Rahman. Namun, semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS, asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti. Jika tindakan mereka merugikan rakyat, negeri atau negara, ia bukanlah masalah bagi mereka.

MB Arah Jual Saham FGVH: Bukti Kedah Tak Pandai Berniaga


Demi menjaga ‘air muka’ partinya, Dato’ Seri Azizan Razak membuat kanyataan merelakan PKNK melepaskan ‘tuah’ dan membiarkan negeri kerugian.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat, mahupun agama.

Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah ‘masalah teknikal’ membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa. Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya, membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah.

Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri?

Bagaimana satu keputusan yang baik ditafsir sebagai ‘masalah teknikal’?

Sebenarnya, ‘masalah’ di sini bukan pembelian saham tersebut, tetapi Azizan itu sendiri.

Azizan sendiri keliru atau mungkin terpinga-pinga apabila disoal mengenai perkara ini. Ini dapat dilihat dalam jawapan beliau yang menyatakan bahawa keputusan PKNK itu tidak bercanggah dengan PR, sedangkan isu besar di sini ialah ‘PR menentang keras penyenaraian Felda’. Justeru bagaimana beliau dapat menjelaskan ‘tiada pertentangan’ antara keputusan PKNK dengan PR?

Malah Azizan juga seolah-olah memberi jawapan tidak yakin dan tidak tegas bila menyatakan yang beliau “menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk untuk menjual saham tersebut.” Nampaknya Azizan tidak dapat atau tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan dan mengembalikan persoalan tersebut ke bahu PKNK. Walhal, peneraju utama PKNK adalah beliau sendiri.

Tidak mungkin PKNK tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengerusinya dan tidak mungkin Pengerusi tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi. Sebagai Pengerusi, Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan.

Kita faham bahawa PKNK bukan satu-satunya organisasi yang dibawah tanggungjawab Azizan tetapi PKNK adalah organisasi paling utama, atau nadi bagi negeri Kedah. Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk terlepas pandang akan hal-hal yang melibatkan PKNK terutama yang membabitkan jumlah wang lebih RM2 juta. Kita sedia maklum bahawa kewangan negeri Kedah berada di tahap kronik dan jumlah RM2 juta adalah besar bagi negeri tersebut.

Apalah nasib negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Sudahlah tiada satu pun projek yang mampu menjana pendapatan negeri yang dapat dilaksanakan dan kini untuk melabur atau berniaga juga mendapat halangan.

Sepatutnya, Azizan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya, bukan partinya. Rakyat memilih beliau untuk menjaga kebajikan mereka dan juga mentadbir negeri, bukannya parti. Justeru, beliau wajar memikirkan semasak-masaknya kepentingan siapa yang perlu diutamakan. Dengan meletakkan kepentingan politik mendahului rakyat dan negeri, serta meletakkan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain, maka Azizan telah dengan sendirinya menunjukkan yang beliau tidak layak duduk di kerusi Pengerui PKNK mahupun kerusi Menteri Besar.

Nik Aziz Di "Celako" Balik Oleh Penduduk Pulau Melaka...!!!!!

Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besaer Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka.

Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.

alt

Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut kuat PAS sebelum ini.

Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz. Selanjutnya Di KLPOS

Anwar Menghadiri Persidangan Pemimpin Boneka Barat di Indonesia?


Jaringnews.com melaporkan berita mengenai forum diskusi ilmiah dengan tema “Peace & Reconciliation in Southeast Asia” di Ballroom, Shangri-La Hotel, Jakarta semalam, yang menampilkan tiga tokoh kontroversi di Asia. Mereka termasuklah mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, mantan Presiden Timor Leste Jose Ramos Horta serta mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau mungkin juga ‘bakal’ Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Forum yang dianjurkan oleh Strategic Review: The Indonesian Journal of Leadership, Policy and World Affairs ini dihadiri oleh Presiden RI Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono.

Seperti yang didedahkan oleh laman web anwaraidc: “Strategic Review Indonesia adalah Journal berbahasa Inggeris yang dilancarkan oleh Dr Hassan Wirajuda, bekas Menteri Luar Negara Indonesia pada 15 Ogos 2011.

Ahli Lembaga penasihat journal itu terdiri daripada tokoh-tokoh pro AS, terdiri daripada Prof. Juwono Sudarsono, bekas Menteri Pertahanan, Indonesia, Let Gen (Ret) Agus Widjojo, Member, Ahli Lembaga Pengarah the Partnership for Governance Reform, Prof. John Thomas, Harvard Kennedy School, AS, Prof. Erhard Friedberg, Peranchis dan Prof. Arne Westad, London School of Economics (LSE) UK.

Prof. Juwono Sudarsono seperti dilaporkan usindo.org adalah salah seorang ahli lembaga penasihat USINDO (United States-Indonesia Society). Laman vaticannewworldorder mencatatkan nama Juwono Sudarsono sebagai salah seorang alumni Jesuit dari LSE.”

Dengan pendedahan ini, kita tertanya-tanya, apakah satu kebetulan atau ada agendanya sendiri apabila penganjur memilih ketiga-tiga tokoh yang punya kaitan dengan CFR sebagai panel kehormat tidaklah dapat dipastikan.

CFR atau (Council on Foreign Relations) adalah “the Power Elite” warisan The Trilateral Commission kata C. Wright Mills. CFR juga dikenali sebagai ‘private policymakers’ atau ‘pemikir’ bukan kerajaan, yang mempengaruhi dasar-dasar dan keputusan kerajaan Amerika. Antara polisi luar Amerika yang telah diterajui oleh CFR, termasuk “keputusan awal mengesyorkan serangan ketenteraan ke atas Vietnam dan kemudiannya mengesyorkan penarikan balik serangan itu”.

CFR ditubuhkan pada tahun 1921 oleh badan-badan kewangan Yahudi yang berengaruh di Amerika. Antara yang berada di belakang CFR hari ini ialah The Rockefellers, Woodrow Wilson dan J.P. Morgan. CFR juga dibiayai oleh Carnegie foundation, dan kemudiannya oleh Ford Foundation.

Anwar Ibrahim merupakan Diplomat Jemputan CFR pada tahun 2005 iaitu ketika beliau berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat (AS). Ini diakui oleh Anwar sendiri dalam dalam writ samannya kepada Chandra Muzafar pada 7 Mac 2008.

Ramos-Horta pula semasa mudanya melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan menggunakan pentas antarabangsa termasuk CFR untuk menuntut pemisahan Timor Leste daripada Indonesia.

Manakala, Thaksin Shinawatra juga menggunakan pentas CFR ketika menjadi pelarian politik Thailand ke luar negara.

CFR juga bertanggungjawab ke atas serangan Amerika terhadap Iraq. Pengerusi CFR, iaitu Richard Haas, yang berbangsa Yahudi dan mempunyai pertalian dengan keluarga Rockefeller, pernah menyambut Anwar sejurus selepas Anwar tiba di New York pada 25 September 2009. Beliau merupakan Pengarah Perancangan Dasar Jabatan Negara dan Senior Fellow pada ketika Iraq diserang. Beliau, dan juga Paul Wolfowitz yang mana keakrabannya dengan Anwar Ibrahim telah menjadi pengetahuan umum, disenaraikan sebagai antara 42 orang tokoh neo-con yang bertanggungjawab membuat keputusan menyerang Iraq.

Bukan rahsia lagi bahawa pihak neo-con berada di belakang pemberontakan mana-mana negara di dunia. Penglibatan mereka telah didedahkan sendiri oleh bekas-bekas pegawai CIA melalui buku-buku dan juga pentas-pentas keamanan dunia.

Kita sedia maklum bahawa barat tidak akan senang selagi tidak dapat menguasai dunia sepenuhnya dan ini dilakukan dengan meletakkan pemimpin-pemimpin boneka yang akan menurut perintah mereka di kesemua negara di dunia. Mana-mana negara yang tidak dapat dikuasai mereka, akan dimusnahkan dengan cara menghasut, memecah-belah dan mencetuskan pemberontakan agar mereka dapat masuk campur dan menabalkan pemimpin boneka mereka sebagai pemerintah.

Justeru, apakah satu kebetulan di mana ketiga-tiga tokoh yang mempunyai kisah tersendiri dari segi ‘pemberontakan’ di negara masing-masing, dijemput ke forum tersebut? Dengan mengadakan persidangan yang membawa kesemua personaliti CFR Asia ini ke Indonesia, mungkinkah bermakna bahawa CFR a.k.a pihak neo-con sedang merancang sesuatu yang besar di rantau ini?

Jika ya, apakah peranan Anwar kali ini? Dengan pilihanraya yang semakin hampir, kita yakin bahawa Anwar tidak akan duduk diam dan membiarkan pilihanraya berjalan dengan tenang terutamanya apabila beliau dapat merasakan yang sokongan terhadapnya semakin nipis.

Persoalannya, apakah rancangan yang sedang diatur oleh Anwar dan rakan-rakannya?

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive