Rakyat Kelantan Menanti Lebuhraya Rakyat..!!


Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

6 comments:

PokSu Bekam said...

Semua mulut bercakap pasal Lebuhraya Rakyat KB-KK.Semua rakyat Kelantan dah tahu bahawa mereka yang akan membiayai projek ini. Alangkah megah dan berbesar hati setiap orang.Pelancaran Lebuhraya ini hanya mukadimah kepada satu aktiviti Mafia PAS diKelantan untuk menghalalkan mereka merompak khazanah negeri dan hakmilik rakyat. Beribu-ribu hektar kawasan hutan simpan Negeri telah ditawarkan dan berbondong2 tokey2 balak dari KL dan Johor datang membuat tawaran gelap. Beribu-ribu ekar kawasan lombong bijih besi dan emas sedang dirundingkan untuk diambil milik oleh tokan2/mafia. Berjuta-juta RM akan beralih tangan dibawah hidung rakyat, manakala rakyat masih lagi didondangkan dengan lagu dikir..wau bule teraju tigo, habis bule takdak gapo,hak ado semua telopo( terlopong), lebuhraya entah kemano...
Jemaah membalun khazanah negeri ini berlaku 4-5 tahun sekali tatkala pilihanraya. Disamping duit tadahan ketayap yang tak seberapa,duit dari hutan belantara Kelantan dirompak untuk menampung PAS dan konco-konco.Ternyata PAS tidak berminat langsung untuk membangunkan Kelantan.Dari dahulu,kini dan masa depan.
Tujuan mereka hanya menjaga dan mengawal punca pendapatan parti melalui rompakan kekayaan dan khazanah Kelantan, disamping pandai mendondangkan lagu dikir,lagu sorga,supaya rakyat Kelantan terus dibuai mimpi bertemu bidadari,dan membenci sesama saudara.
Tidak heran jika laskar-laskar terbaru PAS disertai oleh geisya-geisya dan artis pencen, sebab environmen politik dan cita rasa rakyat Kelantan dan penyokong PAS telah beralih kepada ulamak liberal, resipi yang digubah oleh Anuar.

Anonymous said...

KAU ORANG PERCAYA KE. MASALAH AIR TAK DAPAT DISELESAIKAN INIKAN PULA LEBUHRAYA. KESIHAN RAKYAT KELANTAN TUNGGULAH BULAN JATUH KERIBA. KALAU BN PERINTAH KELANTAN AKU PERCAYA. BILA PECAH TANAH AJE SELESAI JENTOLAK2 PUN SAMPAI. KERJA PUN BERMULA. KELANTAN PUN ADA LEBUH RAYA, SENANG KITA ORANG NAK KESANA.

Anonymous said...

Aku perhatikan rata2 orang Kelantan yg tinggal diKelantan cakap besar... dah le mcm katak bawah tempurung!

Anonymous said...

muhahahaaa..sampai bila la puak2 kelantan ni nak kene kencing oleh pemimpin2 maksum diorg ni....

projek mega berbilion ringgit mintak rakyat derma..?? tak logik langsung..perancangan macam budak2 sekolah tadika

kata kebajikan utk rakyat tapi rakyat yg kena buat kebajikan utk parti...

dah bertahun2 air pun tak boleh nak uruskan utk rakyat...sekarang janji nak bagi bulan dan bintang utk rakyat lagi tapi dgn syarat rakyat kene derma....siott..

rakyat kelantan tolong lah buka minda dan berfikir lah cara matang, sampai bila nak kene kencing...

Anonymous said...

janganla kutuk orang kelantan....tau tak? dari cakap,pakaian semua nampak alim,air kopi,tea,milo,nescafe tak payah beli bukak jea kepala paip,beras siam murah,bas ekspres paling banyak,daging segar banyak dalam kebun tinggal kat kampung tradisional,duit anak-anak kerja kat luar negeri billion sbulan masuk acount kelantan... aper jealous ker

Anonymous said...

Jgn kutuk2 org alim bro, ilmu agama korang takat mane? mengaji pon x lepas, korang bleh baca JAWI? nama je MELAYU + ISLAM solat 5 waktu pon x cukup, lg mau kecoh. Kelantan x maju sbb korang la (UMNO)sebangsa seagama pon dikriminasi, negeri majoriti Melayu Islam korang abaikan & anaktirikan tp negeri ramai cina india korang jaga (Johor,Penang & ++).

Jambatan,jalanraya,pelabuhan,airport semua tu kan tggjwb kerajaan pusat.Kerajaan negeri hanya membantu & berikhtiar dgn pendapatan negeri yg x seberapa mmg x logik nk buat semua tu. Habis mcmane nk maju dgn jalanraya sempit kecil, dengan airport kecil dengan xde pelabuhan..mcmane pelabur nak masuk. Pulak tu bila ada hasil gas di luar pantai kelantan korang rampas tanpa bayar royalti, bkn tu saje siap buat tempat pendaratan gas kat belah thailand lagi w/pun jarak pantai kelantan lg dekat,ape jenis MELAYU la korang ni.

Nama je UMNO tp bangsa melayu ko abaikan ko dikriminasikan. dah 50++ thn lebih bro merintah camtu jgk gayanya. skrg mcm2 ade kat malaysia gay,pengkid, lesbian,isap gam..ade kerajaan create undang2 utk mengekang aktiviti tu??? semua tu majoritinya anak2 MELAYU bro, punah org melayu skrg..50 thn akan mcmane agaknya nasib bangsa MELAYU ni..korang pikir la sendri

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive