Nik Aziz masih berpegang kepada prinsip kepentingan politik diutamakan dengan menganggap isu ini kecil dan tidak menjejaskan hubungan PAS dan DAP. Berbeza bagi Pemuda PAS yang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Karpal Singh yang menidakkan usaha PAS mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam.
Kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau Presiden PAS sedangkan beliau hanyalah Mursyidul Am PAS yang dilantik dalam sayap PAS. Apakah kuasa Nik Aziz melebihi kuasa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang?
Nik Aziz mengakui bahawa pemerintahan secara Islam termasuk hudud menjadi dasar perjuangan politik PAS, ia bukan bawah undang-undang PAS. Maksudnya di sini jika Pakatan Pembangkang menang dengan berpegang mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, tetapi jika tidak dipersetujui rakan dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR maka ianya tidak akan dilaksanakan. Atau lebih mudah lagi ia sekadar gimik politik untuk menarik sokongan rakyat Melayu.
Selepas Ketua Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud dan pembentukan negara Islam sehingga sanggup mahu menyaman bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kini Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Karpal Singh.
Sebagai pemimpin dan parti yang bersepakat dalam Pakatan Pembangkang, DAP seharusnya mengeluarkan kenyataan yang tidak akan menyinggung rakannya seperti PAS. Tetapi tidak bagi DAP yang mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut saja. Ini sangat mendukacitakan Pemuda PAS yang melihat isu telah meretakan hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Pembangkang.
"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal Singh dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam Pakatan Pembangkang.
Biarpun anak beranak ternyata kedua-dua mereka itu tidak bersependapat dalam soal pendirian parti. Dalam soal ini, Nik Abduh dilihat masih mentah berbanding bapanya, namun suara Pemuda PAS tidak perlu diketepikan memandangkan kini zaman cerdik pandai berbanding Nik Aziz yang semakin tua dan semakin pelupa. Wira Kenyalang
1 comments:
KENAPA DAH BERTAHUN-TAHUN NIK AZIZ
TIDAK BERDEBAT DENGAN SESIAPA YG MENOLAK
HUKUM HUDUD.
METRO.
TOLONG BUAT DEBAT HUKUM HUDUD.
DAN CALON PERTAMA DI ANTARA NIK AZIZ
DENGAN KARPAL SINGH.
AMBO NAK DUDUK DEPAN SEKALI DENGOR.
LEPAIH TU.. ROUND KEDUA.
NIK AZIZ VS KELUARGA LIM
NIK AZIZ VS MAHATHIR
NIK AZIZ VS NAJIB
NIK AZIZ VS HURASANI
NIK AZIZ VS AMBIGA
NIK AZIZ VS ANWAR
KALAU NIK AZIZ BOLEH PUKUL BERSIH
SEMUA. HUDUD TAK BOLEH LARI LAGI.
Post a Comment