Air Atau Lebuhraya, Mana Lebih Penting?


Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang memilih air, kerana ia sumber asas kehidupan.

Namun demikian, di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta dari Kerajaan Barisan Nasional, tapi lebuhraya juga yang dikejarnya sambil mengutip derma dari rakyat.

Ura-ura Kerajaan PAS Kelantan untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat yang kosnya mencecah RM1.8 bilion sudah kedengaran sejak Ogos tahun lepas lagi, namun hingga kini bayang lebuhraya tak juga kelihatan. Kebetulannya tika itu hangat dengan spekulasi pilihan akan berlangsung pada November 2011.

Hampir setahun berlalu, tiba-tiba muncul khabar mengatakan akan berlangsung majlis pecah tanah pada bulan Mei 2012.

Akhirnya pada 28 Mei 2012 majlis pecah tanah secara rasminya dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelan tan, Nik Aziz Nik Mat.

Sekali lagi kebetulannya, majlis pecah tanah tersebut dilangsungkan tatkala waktu itu sedang hangat dengan spekulasi pembubaran parlimen dan pilihanraya umum yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan Jun atau selewatnya bulan Julai 2012.

Selepas majlis pecah tanah hingga kini, duit derma yang diterima untuk pembinaan lebuhraya pilihanraya itu khabarnya dah mencecah angka sejuta ringgit, entah berapa tahun lagi nak tunggu jumlah derma mencecah angka RM1,800 juta tak tahulah.

Bulan Jun akhirnya berlalu tanpa sebarang pembubaran parlimen, masuk bulan Julai, tiba-tiba khalayak umum dikejutkan dengan pengakuan Husam Musa semasa Sidang DUN Kelantan bahawa projek lebuhraya yang diwar-warkan olehnya sebelum ini rupanya belum mendapat kelulusan Mesyuarat Exco.

Parah. Majlis pecah tanah dah buat, duit derma dah beratus ribu dikumpulkan dari orang ramai, alih-alih projek lebuhraya tersebut belumpun diluluskan oleh kerajaan negeri.

Barangkali untuk cover line, maka Husam mendesak Mesyuarat Exco segera meluluskan projek tersebut sambil memberi jaminan lebuhraya tersebut akan segera dilaksanakan sebaik saja diluluskan.

Untuk tambah perisa, Husam mendakwa sudah ada 4 jentera di dalam hutan sedang buat pengukuran. Entah apa yang diukurnya sama ada ukur lilit kayu balak dan luas kawasan konsesinya atau mungkin juga ukur luas tanah untuk siapa pula nak dipindah milik tanah tersebut. Agaknyalah.

Risau juga takut terjadi macam kes projek di Lembah Sireh, tak pasal-pasal syarikat swasta dapat tanah seluas 716.8 ekar bernilai RM318.29 juta tanpa perlu menyiapkan sepenuhnya segala projek infrastruktur yang dijanjikan.

Tanggal 4 Julai 2012 akhirnya projek lebuhraya rakyat diluluskan. Ikut pada jaminan Husam, patutnya pembinaan sudah bermula setidak-tidaknya seminggu selepas itu Malangnya semenjak tarikh tersebut, sudah terlampau jarang lagi untuk kedengaran sebarang berita berkenaannya.

Masih sedang mengukur tanah agaknya sambil mengira berapa besar jumlah komisyen yang bakal diperolehi.

Hampir 3 bulan berlalu, semasa Sidang DUN Kelantan yang berakhir Rabu lepas pula, Husam selaku exco kanan negeri tiba-tiba sahaja memberitahu umum kononnya pembinaan lebuhraya pilihanraya itu akan bermula selepas musim tengkujuh sama ada selepas bulan November atau Disember tahun ini katanya.

Mentang-mentang timbul spekulasi pilihanraya umum akan berlangsung pada bulan Januari 2013, terus saja Husam akan muncul memberi jaminan baru.

Memandangkan projek lebuhraya pilihanraya ini banyak sangat flip-flopnya yang bermotifkan politik untuk menarik perhatian ramai, kita sarankan pada Husam untuk manfaatkan saja duit derma yang dah dikumpul itu untuk tambah baik khidmat bekalan air bersih di Kelantan.

Kalau dibiarkan lama begitu sahaja duit derma tersebut, bimbang pula kalau-kalau nanti jadi macam duit pelaburan Kohilal yang lesap entah ke mana.

Lagipun antara bekalan air dan lebuhraya, walau kedua-duanya penting, namun khalayak umum tahu diantara kedua-duanya ada yang jauh lebih penting.

Hatta kambing jamnapari sekalipun akan mati kehausan sekiranya menghadapi masalah mendapatkan bekalan air, tambah-tambah pula setiap hari empat lima kali terpaksa pula membuang keluar air dari badannya.

Bila kita sebut kambing jamnapari, tentu Husam akan lebih mudah untuk mengetahui mana satu diantara kedua-dua projek tersebut yang memiliki prioritinya. Lagipun, bukankah Husam dan jamnapari berpisah tiada sejak dulu, Tak gitu?

7 comments:

Anonymous said...

Lebuh raya tu spt yg dijanjikan BN la, tak buat2....janji tak tunai lah BN.....bodoh!

Anonymous said...

Derma tak diaudit, sampai N.ajis mampus pun tak siap-siap lebuhraya tu. Akhirnya duit perabis kat pencacai, penyangak dan penjilat PAS.

Anonymous said...

sapa berjanji, sapa yg tak tunai.. aikkk.. bn gak yg salah

kelantan terlalu banyak projek angan2 utk rakyat dari pemimpin2 berkakilebar pas.. janji dibagi, percaya jangan, itulah janji2 pas.. banyak berjanji, banyak pecah tanah, rakyat dapat habuk.. kasian sampai la ni minum air paip berkeladak.. rm 600 juta utk air dikelantan hilang tak dapat dikesan, disakau puak2 lebai lagi maksum pas.. cekap mentadbir duit utk masuk kepoket.. terbaru derma jihat utk buat lebuh raya mega, cepat menderma demi syorga pas.. puak2 lebai pas mula senyum sampai ketelinga..??

muhahhaaaa.. memang hampeh siot pas ni..

Anonymous said...

ITU NAMANYA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM SESAT HAHAHAHA.... KALAU ISLAM TULEN TAK TIPU ORG MCM TU SEKALI... GILE TERUK RAKYAT KELANTAN KENA KENCING !!! PATUTNYA KERAJAAN BELA RAKYAT, CARI PENDAPATAN UTK KERAJAAN NEGERI KEMUDIAN AGIH2 KAN KEPADA RAKYAT, TAPI PAS KELANTAN JADI PEROMPAK DUIT RAKYAT. KALAU SEMUA RAKYAT KELANTAN KAYA RAYA TAK KISAH JUGAK, RAMAI YANG PAPA KEDANA, MEREMPAT DAN MINUM AIR SUNGAI !!! LANTAK KORANG LA RAKYAT KELANTAN, KORANG MEMANG SUKA KENA KENCING DEK NIK AZIZ DAN SUKU SAKAT KAUM KERABATNYA.

AKU TAK SALAHKAN PAS SEBAB DAH TENTULAH DIORG BUKAN PEMERINTAH YANG ADIL DAN BERWIBAWA, TETAPI AKU SALAHKAN RAKYAT KELANTAN YG SGT MUDAH TERTIPU DGN GELARAN USTAD, ULAMAK ITU INI BAGAI. PAKAI KOPIAH SIKIT, JANGGUT, SERBAN JUBAH SAH DPT TITLE ULAR DLM SEMAK DI KELANTAN... NEGERI2 LAIN SORRY LAH. KORANG SEMUA OSTAD YG TIDAK BERILMU, ILMU YG ADE CUMA CACI MAKI, CARUT MARUT DAN ILMU TABUR DAN CIPTA FITNAH..... SEMOGA ALLAH MELAKNAT PAS KELANTAN... BAK KATA SAAD ABI WAQAS, "PANJANGKAN USIA MEREKA INI, TABUR SEGALA FITNAH KE ATAS MEREKA DAN BIAR MEREKA HIDUP DLM KEFAKIRAN SEPANJANG HAYAT"

anwat aljuburi said...

kawe pilih china-doll

Anonymous said...

1:21 am

Jika ko kata PAS kelantan menyamun, dia menyamun satu negeri saja iaitu Kelantan, tp BN menyamun seluruh negara dr Perlis hingga Sabah......sebab tu tamak kuasa....

moga2 UMNO/BN tumbang PRU 13...babi siol UMNO/BN..

Anonymous said...

Anonymous said...
October 19, 2012 11:24 PM

Watpe nak janji kat negeri yg bukan mereka tadbir.. baik bagi Sabah dan Sarawak sebab negeri tersebut adalah kubu kuat BN..
-----------------------------------------------------
Anonymous said...
October 20, 2012 10:20 AM

Seperti biasalah baik pkr ke, pas ke, dap ke.. mereka ada satu penyakit kronik.. suka memfitnah.. takperlah.. pok ajis ada cara utk korang masuk syurga pas..

Mintak maaf la budak benggong.. Kuasa BN tu diberi kepada mereka oleh rakyat dan byk dah pembangunan diberikan disepanjang negeri yg ditadbir dgn peruntukan yg dibagi.. Jadi jgn la nak salahkan org lain kalo pok nik dah diberi peruntukkan tapi digunakan untuk tujuan lain..

p/s: tatatertib dalam berdoa.. sebaik baiknya jgnla mencaci ketika berdoa.. semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.. amin..

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive