Katanya, keadaan menjadi parah apabila golongan ulama disisihkan daripada kepimpinan PAS pusat menyebabkan parti itu hilang kredibiliti selaku parti yang mempertahankan syariat islam. “Ini menyebabkan orng melayu terutama ahli PAS sendiri mula mempersoalkan hala tuju parti itu yang dilihat semakin meninggalkan hokum hudud dan konsep Negara islam yang diperjuangankan sejak lima dekat lalu.” Katanya.
Pentingkan undi bukan melayu Beliau berkata, perjuangan PAS sudah jauh menyeleweng kerana terlalu mementingkan undi bukan melayu.
“Kepimpinan PAS pusat sekarang sudah dikuasai golongan Erdogan dan Anwarinas yang angenda utama mereka ialah kuasa, kebendaan dan pekara duniawi.
“Kumpulan ini membisu apabila bedepan dengan DAP dan PKR demi merealisasikan impian menawan Putrajaya, sehingga menyebabkan PAS kini dilihat sebagai pengikut dala pakatan,” katanya ketika bertemu BH disini semalam.
Shahnon yang juga sastrawan Negara mendedahkan kebanyakan ahli PAS, Khususnya diperingkat akar umbi kurang selesa dengan DAP, tetapi tidak mahu bersuara kerana tidak mahu dianggap melawan dasar parti.
Katanya, kesetiaan ahli PAS kepada perjuangan parti boleh tergugat berdasarkan tindak tanduk parti parti ituyang banyak mengalah kepada DAP dan PKR.
“saya yakin ini tidak akan berlaku jika golongan ulama kembali memimpin jawatan kuasa PAS pusat, selain pelbagai isu membabitkan akidah dan akhlak boleh kita selesaikan. “malah, saya yakin kerjasama dengan UMNO juga boleh menjadi kenyataan kerana ulama mementingkan perpaduan ukhuwah sesame Muslim dan bukanya Erdogan atau Anwarinas yang hanya mengimpikan Putrajaya,” katanya. Berita Harian
0 comments:
Post a Comment